Jika Perompak Masuk Bersatu Saya Akan Keluar Parti Syed Saddiq


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah-olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu dan agenda yang dekat di hati anak muda dan masyarakat.

Dalam membuat gesaan itu, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dalam perjuangan, mereka juga perlu menjauhi daripada terjebak dengan budaya bermewah-mewah.

“Anak muda, baik lelaki atau wanita, adalah barisan utama dalam membawa isu-isu relevan dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Kita jangan fikir soal kemewahan.

“Kerana dahulu tanpa duitpun kita mampu berjuang. Budaya sebeginilah yang kita perlu kekalkan,” katanya dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.

Perhimpunan Armada, yang merupakan sayap Pemuda Bersatu, dijadual berlangsung di lokasi sama pada esok dan Sabtu dengan kehadiran kira-kira kira-kira 800 perwakilan.

Syed Saddiq, yang juga Menteri Belia dan Sukan, seterusnya berkata perjuangan Armada perlu dilakukan termasuk melalui program turun padang dengan berinteraksi bersama khalayak dalam suasana santai seperti di kedai mamak, dan bukan sekadar di upacara rasmi dan ‘’majlis potong reben”.

Ketua Armada itu berkata beliau akan mengupas lebih lanjut mengenai hala tuju sayap itu dan landskap politik dalam ucapannya pada perhimpunan berkenaan.

“Melalui konvensyen Armada itu, kita ingin pastikan anak muda mendapat banyak tempat dan mempunyai penggerak di setiap lapisan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata isu lompat parti, peluang pekerjaan, rumah mampu milik selain kelangsungan bangsa Melayu, Bumiputera dan Islam antara perkara yang dijangka diangkat perwakilan Armada.

“Banyak lagi isu berkaitan anak muda boleh dibawa sewaktu konvensyen Armada itu seperti hasrat melihat kepimpinan (parti dan negara) mengamalkan integriti dalam membangunkan negara agar dihormati dunia,” katanya.

Mengulas isu lompat parti, Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar mempunyai mesej jelas – Bersatu tidak memerlukan kemasukan anggota politik yang terpalit dengan salah laku atau unsur jenayah di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.

Ia merujuk kepada tindakan lompat parti melibatkan anggota UMNO terutama anggota Parlimen dan pemimpinnya untuk menyertai parti lain termasuk Bersatu yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq berkata Armada sedar bahawa Bersatu perlu memperkukuhkan parti namun permohonan kemasukan mana-mana bekas pemimpin pembangkang perlu diperhalusi sebelum dibenarkan berbuat demikian.

“Jika ada perompak dan pencuri masuk Bersatu, saya sendiri akan keluar Bersatu,” tegasnya.

Menurutnya, kemasukan mana-mana bekas anggota atau pemimpin UMNO tidak harus menjurus kepada kes mahkamah melibatkan mereka, jika ada, digugurkan hanya kerana menyatakan sokongan kepada Bersatu mahupun Pakatan Harapan.

Syed Saddiq menarik perhatian bahawa kemasukan pemimpin berpengalaman daripada UMNO tidak harus dilihat sebagai signal untuk meminggirkan barisan pemimpin muda Bersatu yang bersedia mencorak parti berbekalkan kepercayaan dan hala tuju yang jelas.

PAT Bersatu itu dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan melibatkan 135 bahagian di seluruh negara termasuk wakil Armada daripada 115 bahagian dan wakil Srikandi daripada 98 bahagian.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/jika-perompak-masuk-bersatu-saya-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setakat Ini 16 Mp Umno Telah Keluar Parti 3 Masuk Bersatu 1 Masuk Warisan

Setakat Ini 16 Mp Umno Telah Keluar Parti 3 Masuk Bersatu 1 Masuk Warisan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 415 hits
Setakat 17hb Disember 2018 seramai 16 Ahli Parlimen UMNO telah isytihar keluar UMNO Tiga daripadanya telah menyertai BERSATU dan seorang menyertai WARISAN Dua belas orang lagi masih menjadi Ahli Parlimen Bebas Tun Mahathir diserang bertalu ...
Angry At Syed Saddiq Bersatu Division Chiefs Discuss His Ouster

Angry At Syed Saddiq Bersatu Division Chiefs Discuss His Ouster

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 272 hits
Bersatu division chiefs have discussed ousting youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman following his ticking off of members for demanding government resources to benefit the party Leaked communications show Bersatu division leaders chasti...
Saya Tidak Masuk Politik Untuk Play Safe Syed Saddiq Sekolahkan Timb Ketua Menteri Ii Pulau Pinang

Saya Tidak Masuk Politik Untuk Play Safe Syed Saddiq Sekolahkan Timb Ketua Menteri Ii Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 405 hits
Saya tidak masuk politik untuk play safe Syed Saddiq sekolahkan Timb Ketua Menteri II Pulau PinangKhamis lalu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy membidas Ketua ARMADA BERSATU Syed Saddiq susulan tindakan syap parti itu yang m...
Syed Saddiq To Propose Opening Up Bersatu Youth Srikandi Debates

Syed Saddiq To Propose Opening Up Bersatu Youth Srikandi Debates

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 313 hits
BERSATU AGM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman is set to propose that the Bersatu Youth and Srikandi debates at the party annual general assembly should be opened up to the press The Bersatu Youth chief said this when asked if reporters would be...
1 Exco Pemuda Bersatu Sedia Berperang Pertahankan Syed Saddiq

1 Exco Pemuda Bersatu Sedia Berperang Pertahankan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 305 hits
Seorang exco Pemuda Bersatu memberi amaran terhadap sebarang usaha untuk menyingkirkan ketua mereka Syed Saddiq Syed Abdul Rahman oleh beberapa ketua bahagian BERSATU Ketua Biro Sukan Permotoran Pemuda Bersatu Zainal Abidin Sihab dalam satu...
Tolak Kontrak Jadi Asas Pimpinan Bersatu Syed Saddiq

Tolak Kontrak Jadi Asas Pimpinan Bersatu Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap dengan pendiriannya menolak pemberian kontrak kerajaan dan jawatan kepada golongan tertentu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia Loading fu
Ini Perancang 6 Ap Umno Keluar Parti Semalam Politik Ugut

Ini Perancang 6 Ap Umno Keluar Parti Semalam Politik Ugut

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 304 hits
HAMZAH ZAINUDDIN KUALA LUMPUR 15 Dis Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa sebagai individu bertanggungjawab yang merancang situasi politik tidak menentu di dalam UMNO termasuk yang terbaharu iaitu tindakan enam ahli Parli...
Kerana Dituduh Penipu Syed Saddiq Buktikan Kepada Semua Bahawa Lukanya Memang Wujud

Kerana Dituduh Penipu Syed Saddiq Buktikan Kepada Semua Bahawa Lukanya Memang Wujud

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 709 hits
Kerana Dituduh Penipu Syed Saddiq Buktikan Kepada Semua Bahawa Lukanya Memang WujudKerana Dituduh Penipu Syed Saddiq Buktikan Kepada Semua Bahawa Lukanya Memang Wujud
Akar Umbi Bersatu Bimbang Rahim Cemar Imej Parti

Akar Umbi Bersatu Bimbang Rahim Cemar Imej Parti

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 342 hits
Sejarah buruk yang berlaku antara bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dengan pemimpin dalam Pakatan Harapan sebelum ini membimbangkan akar umbi Bersatu apabila Rahim memohon untuk menyertai parti itu semalam Permohonan Rahim ...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Apa Yang Buat Korang Selalu Semangat Untuk Pergi Kerja

Senarai Chord Lagu Ajl 39 2024

Senarai Biodata Anak Sultan Pahang

The New Morgan Embracing Heritage With A Modern Twist