Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh


Minggu lepas terima email notis peringatan nama domain blog bakal tamat tempoh pada hari Selasa, 13 Mei 2025. Sejak awal dan sehingga kini aku masih lagi setia menggunakan khidmat dari hosting provider, NetKL Network.
Sepanjang tempoh melanggan, tiada masalah yang timbul jadi tempoh setahun tu berlalu begitu saja. Setakat ni puas hati dengan performance customer service NetKL Network, memang laju.

Aku dah jadi pelanggan mereka sejak tahun 2018, bila difikirkan ini tahun ke Tujuh aku bersama NetKL. Aku siap kongsi cara beli domain. 
Soalan yang sama berlegar dalam otak aku setiap kali dapat notis peringatan adalah nak perbaharui domain atau biar je expired. Buat masa sekarang, aku memang dah kurang buat job review.

Atas sebab komitmen yang ada sekarang aku tak boleh nak ambil job review dan menulis di blog. Nak menulis tentang life sendiri pon tercari-cari waktu yang sesuai. Sedih rasa. Keras betul hidup ni. 
 

Notis Peringatan Domain Blog Bakal Tamat Tapi bila datang perasaan negatif tu mula la hati ni bandingkan diri dengan kawan blogger lain. Orang lain elok je menulis, ada je masa nak update blog. Mula lah salahkan diri sebab tidak berdisiplin.

Ya memang tak boleh nak bandingkan hidup orang dengan hidup kita. Memang sangat-sangat berbeza. Jiran aku tak lalui apa aku lalui. Tak adil la nak judge diri sendiri macam tu. Maaf jiran aku ambil kau sebagai contoh.

Ada masa lebih kurang tiga minggu lagi aku boleh fikir. Nak perbaharui atau nak lepaskan je. Sayangnya nak lepaskan nama https://www.rodiahamir.com/ Teringat masa awal-awal dulu, banyak perkara aku kena hadam sebelum ambil keputusan nak tukar domain. 
Nak pejam mata bayar RM60 tu macam terasa sangat beban dia. Harga domain pula setiap tahun asyik naik je. Lagi sakit hati. Setakat ni harga masih lagi sama macam tahun lepas. 






 

Kesan Kalau tak perbaharui Domain Blog NetKL Network awal lagi dah beri peringatan. Nak elak gangguan perkhidmatan kena perbaharui lebih awal. Lagi teruk, risiko paling tinggi adalah aku akan kehilangan domain selama-lamanya. Ugut eh? Tak baik tau.

Mereka juga ingatkan kalau aku hanya biarkan tak buat apa-apa sehingga tamat tempoh, domain akan digantung dan mana-mana tapak web atau perkhidmatan e-mel yang dikaitkan dengannya, akan berhenti berfungsi.

Pendek kata dah tak jumpa la blog aku bila korang search dekat internet. Untuk tunjukkan mereka baik hati, NetKL Network bagi tempoh 29 hari untuk memperbaharui domain ini pada harga pembaharuan biasa. 
Apabila domain anda tamat tempoh lebih daripada 29 hari, ia akan memasuki fasa Redemption Period (fasa penebusan tempoh).
 



Amaran & Peluang Terakhir – Redemption Period Selepas 29 hari berakhir, bermulalah pula redemption period. Tempoh penebusan biasanya 40 hingga 45 hari iaitu dari hari ke-30 hingga hari ke-70 atau ke-74, selepas tarikh luput. Ini peluang terakhir untuk pengguna memperbaharui domain.

NetKL juga ingatkan kalau perbaharui sewaktu fasa penebusan tempoh / redemption period, pengguna akan menanggung kos yang tinggi iaitu yuran RM750 dan kertas kerja (mengambil masa 3-4 hari untuk disiapkan).

Nilai RM750 tu memang ikut polisi yang telah ditetapkan dan yuran tu bukan dibayar kepada NetKL tapi kepada “Registry”.

 

Pendek kata, nak selamat dan kalau masih sayangkan nama domain elok lah perbaharui dalam jangka masa yang diberikan. Mana tahu rancangan masa depan kan? Ada rezeki kita melalui blog.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/04/peringatan-domain-blog-tamat-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 189 hits
Bagi seorang blogger membina identiti dalam dunia digital sangat penting Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot com kepada domain sendiri seperti com net atau my Ta...
Tamat Dengan Rating Tinggi Lee Jehoon Berharap The Art Of Negotiation Akan Ada Musim Kedua

Tamat Dengan Rating Tinggi Lee Jehoon Berharap The Art Of Negotiation Akan Ada Musim Kedua

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 211 hits
Selepas 12 episod drama The Art of Negotiation telah pun melabuhkan tirainya Artikel Berkaitan Susulan itu Lee Je hoon telah terlibat dalam satu temu bual di mana dia meluahkan harapannya untuk musim kedua drama tersebut Katanya Dalam episo...
Program G Dragon Good Day Tamat Dengan Rating Rendah Media Korea Salahkan Kim Soohyun

Program G Dragon Good Day Tamat Dengan Rating Rendah Media Korea Salahkan Kim Soohyun

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 202 hits
Rancangan hiburan yang diketuai G Dragon iaitu Good Day nampaknya kurang menerima sambutan Artikel Berkaitan Selepas 8 episod bersiaran program Good Day telah pun menemui penamat Namun ia berakhir dengan rating kurang memuaskan iaitu hanya ...
Kadar Pengangguran Turun 3 1 Peratus Rekod Paling Rendah Dalam Tempoh Sedekad

Kadar Pengangguran Turun 3 1 Peratus Rekod Paling Rendah Dalam Tempoh Sedekad

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 159 hits
Kadar pengangguran bagi Februari 2025 turun kepada 3 1 peratus menjadikannya rekod paling rendah dalam tempoh sedekad Menurut laporan Astro Awani Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata jumlah rakyat yang bekerja turut meningka...
Hafaz 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan Ahmad Ziyyad Mula Hafal 42 Surah Sejak Usia 2 Tahun

Hafaz 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan Ahmad Ziyyad Mula Hafal 42 Surah Sejak Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 131 hits
Hafaz 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan Ahmad Ziyyad mula hafal 42 surah sejak usia 2 tahun Seorang kanak kanak berusia 10 tahun Ahmad Ziyyad Mohd Zahir mengukir pencapaian luar biasa dengan berjaya menghafaz 30 juzuk al Quran dalam hanya empat...
Kenapa Umur 35 Hingga 45 Tahun Boleh Menjadi Fasa Yang Mencabar Ramai Yang Merasakan Tempoh Ini

Kenapa Umur 35 Hingga 45 Tahun Boleh Menjadi Fasa Yang Mencabar Ramai Yang Merasakan Tempoh Ini

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 124 hits
Kenapa umur 35 hingga 45 boleh jadi fasa yang mencabar Ramai yang rasa tempoh ni penuh dengan cabaran kan Dari tekanan kerja yang makin banyak masalah kesihatan yang mula datang hingga tanggungjawab keluarga yang semakin besar Kadang kadang...
What To Write In A Journal Or Blog

What To Write In A Journal Or Blog

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 165 hits
Journaling and blogging are powerful ways to express yourself capture memories and even spark new ideas But sometimes you might feel stuck wondering What should I actually write about Good news There are endless possibilities Here are seven...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu