Peribadi Pengalaman Matikan Setem Di Lhdn Pgrm


Assalamualaikum semua :)
Pada bulan julai yang lepas, nia ada buat urusan matikan setem di LHDN PGRM. Sangkaan nia, proses urusannya masih lagi sama seperti dahulu iaitu beli setem hasil yang bernilai RM10 dan tampal pada surat perjanjian. Setelah itu, pergi ke pejabat LHDN untuk dicop. Selesai sudah proses untuk matikan setem.
Tapi rupa – rupanya, sekarang ni proses untuk matikan setem sudah berubah sama sekali yee. Nia kongsikan serba sedikit kronologi proses matikan setem di pejabat LHDN dekat sini. Semoga memberi manfaat buat orang lain di masa akan datang.

Pertama, beli setem hasil.
Sekiranya kau orang semua nak beli setem hasil di pejabat LHDN, pastikan kau orang buat pembelian sebelum pukul 12 tengah hari. Selepas waktu tersebut, setem hasil tidak lagi dijual di pejabat LHDN. Nia cadangkan, kau orang beli setem hasil di pejabat pos. Di sana, setem hasil dijual pada setiap masa. Takde had masa jualan seperti di pejabat LHDN.
Nak beli setem hasil pun payah sekarang ni ye. Siap diberikan had masa jualan, kalau terlebih had masa yang ditetapkan kita terpaksa beli di tempat lain. Leceh, perlu berulang – alik.
Seperti pengalaman nia pada julai lalu, ada seorang pelanggan wanita telah melengkapkan perjanjian, proses pendaftaran pun dah selesai. Tinggal nak beli setem hasil dan cop sahaja. Disebabkan ketika itu sudah pukul dua petang, setem hasil tidak lagi dijual. Dia siap merayu lagi kat pegawai tu tapi tak dilayan.
Kedua, pendaftaran atas talian.
Ya, kau orang semua kena buat pendaftaran urusan pada hari tersebut secara atas talian. Jangan risau, di pejabat LDHN sendiri ada disediakan komputer dan internet untuk kau orang buat pendaftaran tersebut. Sekiranya kau orang tak tahu nak isi maklumat yang diminta, boleh sahaja minta bantuan pegawai LHDN yang sentiasa bersedia untuk membantu.
Langkah kedua ni agak makan masa sewaktu nia buat urusan tempoh hari. Terkial – kial nia nak mengisi maklumat yang diminta. Dua kali jugaklah nia minta pertolongan daripada pegawai LHDN yang bertugas di kaunter pendaftaran ketika itu. Nasib baiklah pegawai tersebut boleh layan pertanyaan nia dengan sabar.
Nia yang celik IT ni pun terkial – kial nak isi maklumat dalam website LHDN, bayangkan kalau warga emas yang berada di tempat nia. Lagilah mereka tertekan dan hilang arah. Nasihat nia, sekiranya ibubapa kau orang nak buat urusan dekat pejabat LHDN, kau orang ikutlah mereka sekali. Ambil cuti sehari pun takpe, buat bakti pada ibubapa. Takkan itupun rasa berat kan?


 
Ketiga, matikan setem.
Dah selesai kedua – dua langkah tersebut, barulah kau orang boleh ambil nombor giliran dan seterusnya buat serahan borang / perjanjian di kaunter yang berkenaan untuk dicop oleh pegawai LHDN.
Langkah terakhir ni paling mudah dan sekejap sahaja untuk diselesaikan. Tahu – tahu sahaja, dah pun selesai urusan matikan setem.
Itulah kronologi matikan setem hasil di pejabat LHDN PGRM yang nia lalui pada Julai 2023. Sengaja nia kongsikan di sini untuk pengetahuan orang lain. Jadi bila kau orang baca tulisan nia ni, kau orang boleh buat perancangan macam mana nak buat urusan di pejabat LHDN nanti.
Kau orang ada buat urusan di pejabat LHDN? Macam mana kronologinya?
Okeylah, itu sahaja perkongsian nia kali ini. Sampai berjumpa lagi :)
Sumber gambar: google.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nia-emkay.blogspot.com/2023/10/peribadi-pengalaman-matikan-setem-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Pengalaman Menginap Di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 423 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Bagaimana dengan hari anda Harap semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku bermalam di sebuah hotel terkemuka di ...
Pengalaman Pertama Anak Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh

Pengalaman Pertama Anak Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 369 hits
Mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak anak adalah impian dan harapan setiap ibu bapa Bukannya kesempurnaan yang dikejar tetapi suasana tempat belajar yang terbaik dan kondusif diperlukan bersama sama rakan rakan yang positif untuk pergi...
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 310 hits
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat DietPengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet Saya mula buat diet lazy keto bermula 14 September 2023 Untuk diet lazy keto ni syarat utama ialah tinggalkan nasi tepung dan...
Bukan Pergi Haji Balik Hari Gadis Ini Kongsi Pengalaman Pergi Korea Balik Hari Buat Ramai Seram

Bukan Pergi Haji Balik Hari Gadis Ini Kongsi Pengalaman Pergi Korea Balik Hari Buat Ramai Seram

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 299 hits
Sebelum kita memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi terutama sekali luar negara kita perlu pastikan pasport kita dalam tempoh yang sah dan menyediakan pelbagai dokumen untuk memastikan kelancaran apabila berdepan pihak imigresen sesuatu ...
Selain Pulau Jeju Lawati 7 Tempat Di Korea Ini Untuk Dapatkan Pengalaman Menarik

Selain Pulau Jeju Lawati 7 Tempat Di Korea Ini Untuk Dapatkan Pengalaman Menarik

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 199 hits
Kalau melancong ke Korea tempat pertama yang korang terfikir mesti Pulau Jeju kan ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 7 tempat lain yang unik dan aktiviti menarik untuk korang lakukan ketika melancong ke Korea Dapatkan scru...
Bercuti Naik Cruise Bersama Anak Isteri Ayah Ni Kongsi Pengalaman Jadikan Panduan

Bercuti Naik Cruise Bersama Anak Isteri Ayah Ni Kongsi Pengalaman Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 360 hits
Bagaimana agaknya perasaan dan pengalaman dapat bercuti di atas kapal mewah bersama anak anak dan keluarga ya Bagi yang pernah laluinya tentu ia menjadi pengalaman yang begitu bermakna apatah lagi bukan selalu dapat merasai pengalaman belay...
Pengalaman Saya Mudah Waktu Tu Ayda Jebat Tetap Pilih Bersalin Czer Rasa Mudah

Pengalaman Saya Mudah Waktu Tu Ayda Jebat Tetap Pilih Bersalin Czer Rasa Mudah

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 372 hits
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memilih untuk melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan sekali lagi yang dijangka pada awal Januari tahun hadapan Akui Ayda lagi selepas melalui pengalaman kelahiran anak pertama dia tekad untuk mela...
Pengalaman Pertama Pun Dah Teruk Ini Tips Terbang Bersama Myairlines Dari Klia Ke Pulau Langkawi

Pengalaman Pertama Pun Dah Teruk Ini Tips Terbang Bersama Myairlines Dari Klia Ke Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 298 hits
Berkesempatan untuk merasai pengalaman terbang bersama MYAirlines dalam penerbangan Pertama Mereka ke Pulau Langkawi pada 1Dec 2022 Untuk Makluman semua Penerbangan MYairlines beroperasi dari KLIA2 jangan ada pulak yang datang ke KLIA Pener...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa