Starbucks Alami Kesan Dari Boikot



KUALA LUMPUR: Boikot pengguna yang timbul daripada ketegangan geopolitik berkemungkinan akan memberi kesan negatif terhadap Nestle dan Starbucks di bawah Berjaya Food, demikian menurut penganalisis.
RHB Research menerusi satu nota penyelidikan berkata, kejadian lalu bagaimanapun menunjukkan kesan kecil terhadap perolehan atau harga saham, jika ada.
"Biarpun begitu, kami percaya boikot ini mungkin lebih memberi kesan buruk kepada Starbucks berbanding Nestle.
"Hal ini demikian memandangkan perbezaan dalam permintaan dan persaingan. Barangan Starbucks secara amnya bukan keperluan dan berada dalam pasaran yang mempunyai persaingan lebih sengit di mana pilihan-pilihan lain mudah didapati, manakala barangan Nestle kebanyakannya adalah makanan ruji dan ia memegang bahagian pasaran yang besar dalam kebanyakan segmen barangan yang diceburi.
"Buat masa ini, kami tidak mengubah ramalan perolehan sementara menunggu perkembangan lanjut dan bayangan daripada pihak pengurusan," katanya dalam nota yang ditulis penganalisis, Soong Wei Siang dan Tai Yu Jie.
Dalam perkembangan lain, RHB Research berkata sentimen pengguna yang hambar dan perbelanjaan berjaga-jaga dilihat berterusan pada suku ketiga 2023, iaitu suku yang lazimnya perlahan dengan ketiadaan perayaan besar dan cuti yang panjang.
Oleh itu, katanya pertumbuhan pendapatan kasar syarikat-syarikat produk pengguna mungkin tidak begitu menggalakkan, berbanding asas tinggi pada suku kedua 2022 yang didorong oleh pembukaan semula ekonomi pascapandemik.
"Sementara itu, kami percaya kos operasi yang semakin menaik akan terus menghakis margin. Risiko perolehan lebih rendah mungkin lebih ketara dalam subsegmen barangan bukan keperluan pengguna kerana pengguna mungkin telah mengurangkan perbelanjaan bukan keperluan," katanya.
Firma penyelidikan pasaran itu berkata, pilihan utama saham syarikat dalam sektor produk pengguna ialah MR DIY disebabkan oleh trajektori perolehan jangka dekat yang jelas, diperkukuh oleh faktor penggalak kos dan permintaan yang mantap.
"DXN pula diniagakan pada penilaian yang menarik meskipun pertumbuhan perolehannya kukuh dan margin untungnya adalah yang tertinggi dalam sektor.
"Mekanisme jualan hadapan Guan Chong, di samping saluran jualan yang teguh dan kelompok pelanggan dalam kalangan syarikat multinasional patut terus menyokong asas perolehannya yang mantap," katanya.
RHB Research berkata, perolehan pada suku ketiga 2023 akan menunjukkan bukti lebih jelas mengenai sentimen pengguna yang berjaga-jaga ekoran peningkatan tekanan inflasi dan penurunan pendapatan boleh belanja.
"Hal ini, di samping risiko inflasi yang timbul daripada langkah-langkah reformasi, iaitu pewajaran subsidi, mungkin telah diambil kira dalam penilaian.
"Sebaliknya, pasaran pekerjaan yang stabil dan bantuan kewangan kerajaan yang diteruskan bagi membantu kumpulan berpendapatan lebih rendah patut menyokong perbelanjaan pengguna," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/starbucks-alami-kesan-dari-boikot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Starbucks Terus Jadi Sasaran Boikot Di Sebalik Penafian Sokong Israel

Mcdonald S Starbucks Terus Jadi Sasaran Boikot Di Sebalik Penafian Sokong Israel

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 291 hits
Hantaran media sosial menunjukkan ramai yang masih tidak puas hati dengan penjelasan diberikan oleh beberapa jenama Amerika Syarikat MalaysiaNowSuasana lengang di sebuah cawangan kedai makanan segera di Bangi Selangor pada tengah hari semal...
Kenapa Tidak Boikot Negara Yang Lahirkan Negara Israel

Kenapa Tidak Boikot Negara Yang Lahirkan Negara Israel

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 323 hits
Seorang kanak kanak berusia tidak lebih tiga tahun berlari dengan girang di sebuah restoran makanan segera yang lenggang Kanak kanak perempuan itu tersenyum riang seperti tiada kesusahan Restoran makanan segera itu sebelum konflik Israel Ga...
Hikmah Boikot Rupanya Kita Ada Banyak Produk Lokal

Hikmah Boikot Rupanya Kita Ada Banyak Produk Lokal

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 271 hits
Nor Afzan Mohamad YusofSerangan Israel ke atas Gaza meragut lebih 10 000 nyawa orang awam termasuk kanak kanak dan wanita Kerakusan Isreal itu bagaikan tidak ada tanda tanda surutnya Badan dunia dan antarabangsa serta negara negara besar ju...
Klip Lawan Boikot Mcdonald S Diserang Selepas Naratif Orang Kita Gagal Yakinkan Pengguna

Klip Lawan Boikot Mcdonald S Diserang Selepas Naratif Orang Kita Gagal Yakinkan Pengguna

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 216 hits
Ia seiring dengan usaha keras McDonald s Malaysia melawan sebuah kempen boikot yang mengaitkannya dengan sokongan Amerika Syarikat kepada rejim Israel Sebuah klip video yang cuba melawan kempen memboikot McDonald s di sebalik sentimen anti ...
Khutbah Jumat Boikot Produk Pendukung Zionis Israel Ataukah Tidak

Khutbah Jumat Boikot Produk Pendukung Zionis Israel Ataukah Tidak

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 413 hits
Apakah kita boleh ikut ikutan boikot produk pendukung zionis Israel Coba simak materi menarik dan berbagai pertimbangan dari sisi dalil dari khutbah Jumat berikut ini
Ramai Boikot Mcdonald S Indonesia Salurkan Bantuan Kemanusiaan Rp1 5 M Untuk Warga Palestina

Ramai Boikot Mcdonald S Indonesia Salurkan Bantuan Kemanusiaan Rp1 5 M Untuk Warga Palestina

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 289 hits
McDonald s ikut terkena sentimen negatif karena viral memberikan makanan bagi tentara Israel
Ulama Indonesia Keluar Fatwa Boikot Syarikat Berkaitan Israel

Ulama Indonesia Keluar Fatwa Boikot Syarikat Berkaitan Israel

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 502 hits
BharianonlineJAKARTA Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa menggesa orang ramai memboikot barangan dan perkhidmatan syarikat yang menyokong Israel sebagai menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin MUI menegaskan umat Islam di nega...
Paksa Orang Ikut Tekak Kau Orang Melayu Over Rakam Orang Lain Yang Tak Boikot Michael Ang Panas Hati

Paksa Orang Ikut Tekak Kau Orang Melayu Over Rakam Orang Lain Yang Tak Boikot Michael Ang Panas Hati

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 416 hits
Baru baru ini penerbit dan pengarah sensasi Michael Ang telah terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila mendapati semakin ramai netizen yang merakam video orang lain kerana tidak boikot kedai makan tertentu Oleh kerana isu...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bapa Penyayang Fattah Amin Kongsi Momen Sweet Bawa Anak Tunggal Ke Disneyland

Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar