Peri Penting Khutbah Terakhir


Peri penting khutbah terakhir
Oleh Dr Nor Hazrul Mohd Salleh
Peralihan kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang seterusnya sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat di negara ini.
Kita dapat melihat bagaimana keghairahan sesetengah pihak apabila dilonggarkan beberapa sektor seperti sektor ekonomi yang membabitkan perniagaan dan pelancongan. Namun, peralihan ini tidak harus diambil ringan dari segi penjagaan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu.
Bahkan, kita akan hidup bersama Covid-19 dalam fasa endemik. Mengikut Kamus Dewan, endemik bermaksud penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu.
Namun, ada sebahagian masyarakat yang bersikap pesimis dengan apa yang sedang berlaku. Melihatkan kepada kes yang masih tinggi dan ‘kedegilan’ segelintir pihak yang belum mendapatkan suntikan vaksin, keadaan ini menggambarkan sikap negatif sebahagian warga terhadap usaha pihak berkuasa.
Ataupun, dengan kata lain seakan-akan sudah merasa lemah dan berputus asa. Sedangkan Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali-Imran, ayat 139)
Ujian Allah SWT turunkan melalui wabak Covid-19 ini mengingatkan kepada khutbah Rasulullah SAW yang terkenal dengan nama ‘khutbah al-Wada.’
Peri pentingnya peringatan Nabi SAW dalam khutbah ini dapat difahami daripada kata-kata baginda: “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.” (Riwayat Muslim)
Ungkapan “Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini” sebenarnya menyentap jiwa yang mendengarnya. Cinta kita kepada sebaik-baik makhluk Allah ini pastinya akan membuatkan kita berasa sayu dan terharu dengan ungkapan yang mendalam maknanya. Seolah-olah baginda sudah merasakan hampir saatnya baginda kembali kepada Allah.
Permulaan khutbah dengan ungkapan yang menyentuh perasaan seperti ini pastin menarik perhatian pendengar untuk mengikuti setiap patah ucapan Nabi Muhammad SAW dalam khutbah itu dengan penuh perhatian. Kaedah ini adalah antara cara paling berkesan untuk menarik perhatian audien kepada sesuatu khutbah atau ucapan.
Pertamanya, adalah berkaitan hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang wajib dijaga daripada segala jenis pencabulan. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. Ia mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).” (Riwayat Muslim)
Ingatan kita kepada khutbah Wada’ ini sepatutnya dapat memuhasabah apa yang sedang berlaku kini. Banyak pencabulan hak asasi manusia seperti hak beragama dan menjalani kehidupan dengan bebas dan beribadat. Begitu juga pencabulan hak sebagaimana yang berlaku di Palestin yang dijajah Israel.
Malah, kezaliman juga berlaku di negara Islam dalam kalangan sesama Muslim. Oleh itu, tepatlah pesan baginda: “Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.” (Riwayat Muslim)
Sepatutnya peringatan Nabi SAW dalam khutbah ini sentiasa diulangkaji setiap tahun supaya umat Islam mendapat pengajaran dan membetulkan keadaan.
Perkara kedua yang disentuh oleh Rasulullah SAW ialah berkaitan kemuliaan wanita. Dalam Islam, tiada perbezaan di sisi Allah SWT bagi sesiapa yang mentaati-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 97)
Oleh itu, baginda SAW berpesan dalam khutbah ini: “Terimalah pesananku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.” (Riwayat Muslim)
Seterusnya baginda Rasulullah SAW mengingatkan kita kepada musuh utama manusia iaitu syaitan. Baginda memberi amaran bahawa syaitan pasti menyesatkan manusia dan tidak akan berhenti selamanya.
Perkara ini sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6)
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikutnya) melakukan perkara keji dan perbuatan mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih daripada dosa selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 21)
Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam kepada dua sumber utama yang menjamin kehidupan manusia agar tidak sesat di dunia ini. Sumber itu ialah kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.
Akhirnya, selepas selesai menyampaikan khutbah, Nabi SAW membacakan firman Allah SWT: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3). HM
Penulis Ketua Unit Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Pendidikan UM, Bachok, Kelantan
Peri penting khutbah terakhir
Baca Artikel Menarik :
Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun Saksi Ada, Dokumen Palsu Ada, Bila Pula Najib Buli LHDN? Sesuatu yang besar bakal berlaku – Firdaus Wong Tak boleh usik langsung, kuat back up – PU Syed Nenek 59 tahun kahwin jejaka 22 tahun Pelajar sekolah didakwa tukar-tukar gambar bogel gadis bawah umur Najib cabar Rayer bawa pakar cukai Who really is Shafie and why does he oppose that MoU? Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap Broker jam dikaitkan dengan projek terowong laut P Pinang Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice Layari Laman Facebook MYKMU
Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

The post Peri penting khutbah terakhir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/24/peri-penting-khutbah-terakhir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 569 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Malapetaka Apa Melanda Sri Pahang Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir

Malapetaka Apa Melanda Sri Pahang Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Sri Pahang FC jelas berada dalam situasi bencana apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir yang diharungi pasukan itu di kancah Liga Super dan Piala Malaysia Dalam enam perlawanan terakhir Liga Su...
Hari Terakhir Dibulan September

Hari Terakhir Dibulan September

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 219 hits
HARI TERAKHIR DIBULAN SEPTEMBER Assalammualaikum wbt Alhamdulillah Hari ini hari terakhir dibulan September bersamaan 23 Safar 1443H Allahuakbar Tiada nikmat yang mampu kita dustakan Mungkin pada pandangan kasar semua yang kita nikmati atas...
Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang Gigi Bayi

Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang Gigi Bayi

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 296 hits
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan Adakah bakal ibu masih tercari cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan Apabila disahkan hamil seorang bakal ibu pa...
Siapa Sangka Ini 4 Peranan Penting Suami Dalam Proses Meng Asihi Istrinya

Siapa Sangka Ini 4 Peranan Penting Suami Dalam Proses Meng Asihi Istrinya

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 262 hits
Bukan hanya ibunya saja yang bekerja keras tapi ada peran sang suami yang nggak kalah penting
Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 10 September Hari Penting Untuk Pound

Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 10 September Hari Penting Untuk Pound

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 205 hits
GBP USD 1H Menurut carta setiap jam pasangan GBP USD melakukan pembalikan yang memihak kepada mata wang Britain pada hari Khamis dan memulakan pertumbuhan yang cukup kuat yang menyebabkan penutupan di atas tahap 50 0 dan 38 2 pada kedua dua...
Lirik Cinta Terakhir Nadia Sister

Lirik Cinta Terakhir Nadia Sister

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 282 hits
holong mi do ito mambahen ganda holongku tu ho cintami do ito mambahen au tamba cinta tu ho denggan ni lagu mi pasonang rohakki pangidoankihot ma
Dr Tahir Abdul Rahman Menghembuskan Nafas Terakhir Akibat Komplikasi Jantung

Dr Tahir Abdul Rahman Menghembuskan Nafas Terakhir Akibat Komplikasi Jantung

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 231 hits
Dr Tahir Abdul Rahman ayah kepada seorang penyanyi terkenal iaitu Faizal Tahir dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi tadi akibat komplikasi jantung Berita pemergian Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias