Perhimpunan Rasmi Sekolah Kepentingannya


 

Dalam era globalisasi ini, perhimpunan mingguan sekolah sering dipandang remeh oleh para pelajar. Dari segi konsepnya, perhimpunan mingguan sekolah merupakan salah satu aktiviti yang lazimnya diadakan pada pagi setiap hari Isnin dengan menghimpun semua murid dan guru di sesuatu tempat. Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib diadakan di setiap sekolah supaya maklumat yang penting dapat disampaikan kepada murid-murid oleh pengetua sekolah atau guru-guru. Kawasan lapang di sekolah atau di dewan yang dibina oleh pihak sekolah digunakan untuk menjalankan perhimpunan mingguan sekolah. Banyak manfaat dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah dalam pelbagai aspek kehidupan, pembelajaran dan disiplin ilmu sewaktu perhimpunan. Persoalan yang berlegar-legar dalam benak fikiran saya ialah apakah faedah perhimpunan mingguan sekolah? Oleh itu, faedah perhimpunan mingguan sekolah akan menjadi fokus dominan diskusi saya dalam huraian selepas ini demi kebaikan bersama. 
Sebagai mukadimah dan pembuka tirai perbincangan, mari kita capahkan lensa perbincangan dengan menyatakan bahawa perhimpunan rasmi dapat memupuk disiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian terjadi kerana pelajar harus mengikut peraturan yang ditetapkan semasa perhimpunan.  Sebagai contoh, pelajar dididik supaya menghormati majlis yang diadakan dengan berada di tempat masing-masing mengikut barisan dan menjaga tingkah laku. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka harus menumpukan perhatian dan fokus sepenuhnya semasa perhimpunan berlangsung agar tidak terlepas maklumat yang ingin disampaikan. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa perhimpunan juga akan didenda kerana mengganggu para pelajar yang lain.  Mematuhi peraturan bukanlah sesuatu yang menyusahkan pelajar sebaliknya mendidik mereka untuk berdisiplin. Deduksinya, perhimpunan rasmi akan membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kokurikulum malah mempunyai nilai disiplin dalam diri mereka. 
Bertunjangkan idea yang relevan, mari kita lebarkan lensa perbincangan kepada skop yang lebih spesifik di bawah kata kunci melalui perhimpunan rasmi kemahiran mencatat dapat dibudayakan dalam kalangan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kemahiran mencatat amat penting kerana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan apabila menghadapi kekeliruan. Bukan itu sahaja, kemahiran mencatat akan berguna apabila para pelajar perlu membuat  nota ringkas semasa guru mengajar. Manfaat ini bukan sahaja dapat digunakan semasa di alam persekolahan malah di menara gading juga. Amsalnya, bagi murid yang mempunyai kelemahan mengingat sesuatu fakta, perhimpunan rasmi dapat dijadikan sebagai asas untuk memantapkan kemahiran mencatat mereka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Namun begitu, pelajar yang tidak peduli tentang peri pentingnya budaya mencatat di perhimpunan rasmi sekolah pula, akan menghadapi kesukaran. Sebagai penghias bicara, tidak dapat dinafikan bahawa budaya kemahiran mencatat dapat diterapkan dan dimantapkan dalam diri murid-murid natijah daripada mengadakan perhimpunan rasmi. 
Meniti kodifikasi hujah seterusnya, kita seyogia tidak boleh menutup mata terhadap fakta konkrit yang mengatakan bahawa semangat patriotik yang semakin berkurang dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat disuburkan dalam diri para pelajar dan guru-guru dengan adanya perhimpunan rasmi di sekolah. Nyanyian lagu Negaraku akan membakar semangat mereka untuk menjaga negara yang tercinta. Sebagai contoh, sambutan Bulan Kemerdekaan yang biasanya dirasmikan semasa perhimpunan rasmi juga akan menyebabkan para pelajar menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk negara. Semangat patriotisme yang disemai dalam kalangan pelajar ini akan melahirkan generasi yang cinta akan negara dan sanggup berkorban apa-apa sahaja demi negara tercinta. Sekiranya perhimpunan rasmi tidak diamalkan lagi, generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan akan luntur semangat patriotik dalam diri mereka. Bilangan masyarakat yang berhijrah ke luar negara juga akan bertambah. Izharlah bahawa, perhimpunan rasmi sekolah amat penting bagi melahirkan modul insan berjiwa patriotik pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. 

       Bulan semakin terang, bayang semakin jelas dan diskusi ini akan diakhiri dengan kata-kata harapan saya. Di sini saya menegaskan, jelaslah terdapat pelbagai faedah perhimpunan mingguan sekolah yang diperolehi oleh warga sekolah. Kementerian Pedidikan Malaysia harus memastikan perhimpunan mingguan sekolah diadakan secara berterusan dan dan cuba untuk memanjangkan tempoh masa perhimpunan diadakan di setiap sekolah. Pihak sekolah pula mesti memastikan perhimpunan mingguan sekolah dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah. Perhimpunan mingguan sekolah tidak boleh diambil mudah kerana akan mengakibatkan kesan yang sukar ditangani pada masa hadapan jika tidak diamalkan. Malaysia sebagai Negara Cemerlang dan Terbilang dapat dijadikan kenyataan dengan perhimpunan mingguan sekolah sebagai tangga untuk mencapainya.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2021/01/perhimpunan-rasmi-sekolah-kepentingannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembali Ke Sekolah 2021 Kenapa Kena Ke Sekolah Bukan Pdpr

Kembali Ke Sekolah 2021 Kenapa Kena Ke Sekolah Bukan Pdpr

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 515 hits
Alhamdulillah syukur sekolah kembali dibuka Anak anak boleh kembali belajar seperti biasa Kenapa anak anak kena ke sekolah adakah sebab nak gred A nak dapat result power takut akademik tercicir itu pun betul juga Tapi ada 2 benda yang saya ...
Buka Sekolah Menteri Pendidikan Flip Flop

Buka Sekolah Menteri Pendidikan Flip Flop

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 328 hits
POSTED BY AMIR WRLRFebruary 21 2021IpohmaliAku takda masalah sekolah nak dibuka Tapi bukan soal Sekolah itu dibuka Tetapi bagaimana Kementerian Pendidikan mengatur hala tuju dan mengurus jadual persekolahan dan Pembelajaran aku rasa ini kal...
Kebaikan Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah

Kebaikan Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 495 hits
Lihat gambar di bawah dengan teliti Huraikan pendapat anda tentang kebaikan kebaikan membawa bekal ke sekolah Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan menjaga kesihatan murid murid mampu menjimatkan kos murid dan...
Beri Kelonggaran Murid Berpakaian Bebas Di Sekolah Ahli Parlimen Pembangkang

Beri Kelonggaran Murid Berpakaian Bebas Di Sekolah Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 341 hits
Firdaus AzilFebruari 21 2021 Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID 19...
3297 Kes Baharu Dan 5 Kematian Sebagai Ibubapa Dan Saya Sendiri Adakah Anda Perlu Risau Melepaskan Anak Anda Ke Sekolah

3297 Kes Baharu Dan 5 Kematian Sebagai Ibubapa Dan Saya Sendiri Adakah Anda Perlu Risau Melepaskan Anak Anda Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 345 hits
COVID 19 Kes baharu 3 297 lima kematian dan 4 456 sembuhHilmi MalikFebruari 21 2021 Negeri Perak merekodkan kes harian tertinggi COVID 19 iaitu sebanyak 1 215 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Gambar hiasanKU...
Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 438 hits
Pakatan Harapan menzahirkan kebimbangan terhadap arahan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu membuka kembali sesi persekolahan yang digantung akibat peningkatan jangkitan Covid 19 pada awal Mac ini Menurut kenyataan Jawatankua...
Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 364 hits
Peranti tidak cukup liputan internet tidak meluas antara faktor utama PdPR tidak dapat berjalan dengan baik menyebabkan ada pelajar tidak dapat mengikuti PdPR February 20 2021 Pengumuman Menteri Pelajaran untuk membuka kelas persekolahan be...
Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 604 hits
Sebab apa kali ni aku setuju sekolah buka Personally bila dah temporary jadi remote IT tech yang mana kalau ada apa apa problem bila anak nak attend online class anak akan video call aku tengah kerja bagitahu kenapa itu tak boleh ini tak bo...
Keputusan Flip Flop Buka Sekolah Susahkan Ibu Bapa Guru Kata Tok Mat

Keputusan Flip Flop Buka Sekolah Susahkan Ibu Bapa Guru Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 480 hits
PETALING JAYA Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu berhenti membuat keputusan membuka dan menutup sekolah secara sela menyela atau flip flop kerana ia akan menyusahkan pelajar ibu bapa dan guru Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord