Kebaikan Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah


 Lihat gambar di bawah dengan teliti. 
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan membawa bekal ke sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

·       menjaga kesihatan murid-murid

·       mampu menjimatkan kos murid dan keluarga

·       menjimatkan masa anak-anak di sekolah

 
       Pada era globalisasi ini, trend murid-murid membawa bekal ke sekolah semakin kurang diamalkan.  Hal ini dikatakan demikian kerana mereka menganggap bahawa membawa bekal ke sekolah adalah perkara yang tidak penting dan susah untuk menyediakannya. Tambahan pula, ada segelintir murid yang berpendapat bahawa membawa bekal ke sekolah adalah perkara yang memalukan kerana mereka akan dianggap sebagai murid prasekolah. Pada masa yang sama, ibu bapa tidak mempunyai waktu untuk menyediakan bekal kepada anak-anak kerana sibuk akan pekerjaan masing-masing. YB Dr. Maslee Malik sewaktu menggalas portfolio Menteri Pendidikan pernah melahirkan kebimbangan beliau kerana ibu bapa tidak mengambil berat dalam hal memastikan anak-anak mereka mengambil sarapan di sekolah kerana perkara ini akan mengganggu anak-anak memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas. Persoalannya, apakah kebaikan membawa bekal ke sekolah? Saya akan menghuraikan pendapat mengenai kebaikan-kebaikan membawa bekal ke sekolah dalam perenggan-perenggan seterusnya.
 

       Kebaikan primer / [Lontaran idea pertama] / [Sebagai mukadimah dan pembuka tirai perbincangan, mari kita capahkan lensa perbincangan dengan menyatakan bahawa] membawa bekal ke sekolah dapat menjaga kesihatan murid-murid. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid berupaya menjalani kehidupan yang sihat jika mereka menikmati makanan yang disediakan oleh keluarga. Hal ini berlaku kerana bekal yang dibawa ke sekolah ghalibnya telah disediakan oleh ibu sendiri. Setiap ibu ingin melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Jadi ibu akan memastikan bekal yang dibawa oleh anak-anak ke sekolah mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan supaya anak-anak dapat membesar dengan seimbang. Oleh sebab itu, ibu akan menyediakan makanan yang digariskan mengikut piramid makanan. Ibu juga akan memastikan penyediaan makanan ini dalam kondisi yang bersih dan bahan-bahan yang segar sahaja dimasak. Jadi anak-anak mereka akan menikmati makanan yang bersih, berkhasiat dan berkualiti sekali gus keracunan makanan dapat dielakkan. Sebagai contoh, Datuk Seri Dr Zukifli Ahmad sewaktu menggalas jawatan Menteri Kesihatan menegaskan bahawa kebanyakan insiden keracunan makanan berlaku kerana  pengusaha kantin tidak mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan dan kurang memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan. Beliau bekata lagi bahawa sebanyak 5,265 kes keracunan makanan daripada 12,122 kes keracunan makanan yang berlaku di seluruh negara  tahun lalu adalah berlaku di sekolah. Oleh sebab itu, membawa bekal ke sekolah mampu mengelakkan murid-murid mengalami keracunan makanan kerana membawa bekal ke sekolah menjadi preventif kepada perkara yang lebih teruk lagi ibarat kata peribahasa mencegah lebih baik daripada merawat. Di samping itu, makanan yang disediakan oleh ibu juga menepati keperluan diet seharian. Kajian mendapati nutrisi baik dan pengambilan gizi yang seimbang bukan saja mampu membantu perkembangan fizikal, malah dapat meningkatkan kalsium dan vitamin khususnya dalam menjadikan anak-anak lebih kuat dan merangsang keupayaan minda yang lebih cerdas. Sebagai penghias bicara, tidak dapat dinafikan bahawa membawa bekal ke sekolah mempunyai banyak faedah yang boleh diperoleh murid terutamanya dalam aspek menjaga kesihatan diri.

       Lain daripada itu, / [Bertunjangkan idea yang relevan, mari kita lebarkan lensa perbincangan kepada skop yang lebih spesifik di bawah kata kunci] membawa bekal ke sekolah juga mampu menjimatkan kos murid dan keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap keluarga dapat merancang perbelanjaan harian supaya kehidupan mereka dapat diatur dengan tersusun tanpa sebarang masalah. Tambahan pula perbelanjaan harian untuk persekolahan anak-anak merupakan salah satu aspek yang diambil kira dalam perbelanjaan keluarga. Dengan kos hidup yang agak tinggi pada masa ini, ibu bapa perlu merancang perbelanjaan harian dengan lebih teliti lagi. Salah satu cara adalah dengan menyediakan bekal kepada anak-anak untuk di bawa ke sekolah. Usaha ini dapat mengurangkan perbelanjaan ibu bapa kerana mereka tidak perlu menyediakan wang yang banyak kepada anak-anak untuk berbelanja di sekolah. Secara tidak langsung ibu bapa dapat mengurangkan kos perbelanjaan apabila anak-anak membawa bekal ke sekolah. Murid-murid pula tidak perlu lagi berbelanja di kantin atau koperasi sekolah kerana mereka sudah ada bekal yang disediakan oleh ibu mereka. Dengan berbuat demikian, murid-murid boleh menyimpan duit saku tersebut di dalam tabung sebagai persediaan masa depan. Secara tidak langsung amalan menabung dalam kalangan anak-anak dapat direalisasikan. Walaupun wang saku yang ditabung tidaklah banyak, namun jika dilakukan setiap hari tabungan anak-anak akan menjadi banyak ibarat kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Kendatipun demikian, aspek menabung ini perlu dilihat dengan serius kerana tatkala kita mengharung gelombang pandemik COVID-19 ini, kos hidup semakin meningkat dan memerlukan kebestarian akal dalam menghadapinya. Wang tabungan amat penting dan perlu direncanakan secara sistematik agar mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk melanjutkan pengajian dan sebagainya. Oleh sebab itu, dengan membawa bekal anak-anak juga dapat melatih diri supaya lebih matang dan proaktif dalam mengharungi tingkap globalisasi yang  kian mencabar kini dan sentiasa ingat akan peribahasa ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Sikap ini haruslah dibentuk dari usia setahun jagung lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka jelaslah bahawa / [Sebagai pengikat wacana, jelaslah bahawa] membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan kos perbelanjaan keluarga.

       Setelah meneliti isu di atas secara mendalam dan terperinci, mauduk tentangkebaikan membawa bekal ke sekolah akan dibugar dari perspektif dapat menjimatkan masa anak-anak di sekolah. Tidak dapat disangkal bahawa masa sangat penting kepada anak-anak kerana masa itu emas. Masa rehat anak-anak di sekolah adalah terhad kerana sebahagian besar mereka berada di dalam kelas untuk proses pembelajaran. Sebagai contoh, masa rehat yang diperuntukkan kepada anak-anak di sekolah adalah sangat singkat iaitu antara 20 hingga 30 minit sahaja. Murid-murid perlu mematuhi masa rehat tersebut jika tidak mahu ketinggalan di dalam kelas. Bagi murid yang faham dan dapat menguruskan masa dengan baik, mereka dapat mengatasi masalah tersebut namun apa pula yang terjadi kepada pelajar yang kurang memahaminya dan tidak menghayati akan masa yang sudah diberi? Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila murid-murid membawa bekal ke sekolah, mereka tidak perlu lagi berbaris panjang untuk membeli makanan di kantin atau koperasi sekolah. Murid biasanya mengambil masa 5 hingga 10 minit dengan beratur untuk mendapatkan makanan sedangkan masa rehat adalah singkat. Mereka akan makan dengan cepat kerana masa rehat yang berbaki adalah singkat. Jadi jika mereka membawa bekal ke sekolah, mereka boleh terus makan di kantin tanpa beratur untuk mendapatkan makanan.  Murid hanya menghabiskan masa rehat sekitar 10 minit sahaja jika mereka membawa bekal ke sekolah. Masa yang ada selebihnya boleh digunakan oleh murid untuk pergi ke pusat sumber, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, bertanya kepada guru mengenai topik yang tidak difahami, solat sunat dhuha dan sebagainya. Amalan ini wajar dipraktikkan oleh murid kerana pengurusan masa adalah sangat penting. Murid perlu menggunakan masa yang ada untuk meningkatkan kecemerlangan diri kerana masa ibarat mata pedang, jika kita tidak memotongnya, nescaya masa akan memotong kita. Oleh itu, membawa bekal dapat menjimatkan masa murid-murid di sekolah.

       Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai maslahat amalanmembawa bekal ke sekolah. Pelbagai inisiatif seyogia diimplementasikan untuk memupuk amalan membawa bekal ke sekolah dalam sanubari murid-murid. Oleh itu, pihak lain seperti pihak kerajaan dan ibu bapa haruslah memainkan peranan yang jitu supaya peribahasa seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tidak diamalkan dan melakukannya dengan istiqamah bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga. Murid haruslah merebut peluang tersebut dan berganding bahu kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bagi menghayati tujuan membawa bekal ke sekolah dalam kehidupan kita. Harapan saya agar semua pihak menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi agar anak-anak terhindar daripada sebarang penyakit dan mampu menjalani kehidupan yang sempurna.

 

Sumber http://blogcikguazaman.blogspot.com/ [sedikit pengubahsuaian, mohon izin]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2021/02/kebaikan-kebaikan-membawa-bekal-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Masanya Mencari Kumpulan Yang Membawa Kebaikan

Tiba Masanya Mencari Kumpulan Yang Membawa Kebaikan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 169 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahteraSelama hidup kita semenjak lahir hingga sekarang sudah tentu banyak perkara yang tleah kita tempuh sama ada suka atau duka Ada masanya kita mendapat nasihat dan ada masanya kita mendapat tentangan dan ba...
Pembukaan Semula Sekolah Ibu Bapa Zahir Perasaan Bimbang

Pembukaan Semula Sekolah Ibu Bapa Zahir Perasaan Bimbang

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 280 hits
Dewi Nur Harasha AliasFebruari 20 2021 Ibu bapa menzahirkan perasaan bimbang apabila faktor usia anak yang masih kecil berkemungkinan tidak mampu untuk mematuhi SOP sepenuhnya Foto BERNAMAGEORGE TOWN Sebahagian besar golongan ibu bapa di Pu...
Kenapa Sekolah Tidak Dibuka Selepas 5 3 21 Bergantung Kepada

Kenapa Sekolah Tidak Dibuka Selepas 5 3 21 Bergantung Kepada

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 352 hits
PKP sekarang dilanjutkan SEHINGGA 4 3 2021 dan kebiasaannya dua hari sebelum tamat samada Muhyiddin atau Menteri MKN AKAN umumkan penguatkuasaan terbaru Kalaulah covid 19 terus ditingkatkan angkanya gila mencecah dua kali ganda dari sekaran...
Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 364 hits
Peranti tidak cukup liputan internet tidak meluas antara faktor utama PdPR tidak dapat berjalan dengan baik menyebabkan ada pelajar tidak dapat mengikuti PdPR February 20 2021 Pengumuman Menteri Pelajaran untuk membuka kelas persekolahan be...
Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

Buka Semula Sekolah Lebih Baik Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 436 hits
Pakatan Harapan menzahirkan kebimbangan terhadap arahan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu membuka kembali sesi persekolahan yang digantung akibat peningkatan jangkitan Covid 19 pada awal Mac ini Menurut kenyataan Jawatankua...
Keputusan Flip Flop Buka Sekolah Susahkan Ibu Bapa Guru Kata Tok Mat

Keputusan Flip Flop Buka Sekolah Susahkan Ibu Bapa Guru Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 479 hits
PETALING JAYA Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu berhenti membuat keputusan membuka dan menutup sekolah secara sela menyela atau flip flop kerana ia akan menyusahkan pelajar ibu bapa dan guru Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan ...
Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 604 hits
Sebab apa kali ni aku setuju sekolah buka Personally bila dah temporary jadi remote IT tech yang mana kalau ada apa apa problem bila anak nak attend online class anak akan video call aku tengah kerja bagitahu kenapa itu tak boleh ini tak bo...
Hari Pertama Dhia Zahra Ke Sekolah

Hari Pertama Dhia Zahra Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 302 hits
Sudah 2 minggu Dhia Zahra bersekolah baru hari ini sempat CN mencoretkan kenangan hari pertamanya ke sekolah di blog kesayangan Nampak sangat terlalu sibuk CN dengan tugasan sebagai cikgu Yela walaupun pelajar tidak ke sekolah PdPR itu send...
Sesi Persekolahan Mula 1 Mac Ini Anak Pra Sekolah Murid Tahun 1 2 Ke Sekolah Dulu

Sesi Persekolahan Mula 1 Mac Ini Anak Pra Sekolah Murid Tahun 1 2 Ke Sekolah Dulu

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 369 hits
Pembukaan sesi persekolahan untuk sesi 2021 secara rasminya akan bermula pada 1 Mac ini dengan murid pra sekolah Tahun 1 dan Tahun 2 dan diikuti murid Tahun 3 4 5 dan 6 pada 8 Mac Sementara itu untuk pelajar sekolah menengah yang berada di ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias