Perhatian Kepada Blogger Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan
Perhatian Kepada Blogger || Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan || Salam semua, semalam terbaca di facebook page Kementerian Kesihatan Malaysia tentang panduan kepada selebriti dalam pengiklanan produk kesihatan.
Selebriti tersebut tak kisah sama ada instafamous, blogger, artis, ustaz ustazah ke asalkan golongan ini yang berperanan untuk mempromosikan sesuatu produk kepada orang awam.
Apabila dah tugas untuk menyampaikan sesuatu kepada orang awam ini, memang tanggungjawab besar sikit, takut salah cakap tak pasal deliver wrong message kat orang ramai. Gigih baca tentang panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ok bagus nampak pihak kementerian ambil berat tentang isu lambakan produk kesihatan yang terlalu banyak di pasaran.
Salah langkah, kalau orang ramai yang mudah percaya bulat- bulat apa yang tukang promosi cakap, cakap lain, bila makan jadi lain. Uishh memang haru lah jadinya. Jemput baca ya buat blogger -blogger sekalian.
Personally, buat masa sekarang ada satu jer ambil buat job untuk produk kesihatan tapi itu pun gula sihat. hii. Itupun habis baca bahan apa yang digunakan. Kalau perasan yang untuk skincare pun tak buat salah satu sebabnya tak nak risiko kat diri sendiri. Kulit muka ni bahagian paling sensitif, Nak tukar itu ini hanya semata - mata buat job nanti hancur muka. huu. Dan kulit muka nak pakai sesuatu produk kena jangka masa yang lama nak tengok serasi ke tak dengan kulit muka kita. Semata -mata habis sebulan ke 3 bulan, tukar skincare lain, itu bukan testimoni hiii.
Sebab itu, takut salah cakap kat orang,kita pakai sekejap yang orang lain nak pakai mungkin dah habis, dia nak pakai lagi dan lagi dan lagi.
Jom lah sama- sama kita menjadi penyampai maklumat yang berhemah dan jujur bukan saja untuk diri sendiri malah dengan masyarakat di luar sana. :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/03/perhatian-kepada-blogger-panduan-kepada-selebriti-dalam-pengiklanan-produk-kesihatan.html