Perhatian Ini Isyarat Rakyat Tolak Merudum Ph Dalam Pru15





KERIUHAN warga Chini sejak 6 mei lalu kini reda dan berakhir dengan pengumuman kemenangan Mohd Sharim Md Zain sebagai wakil rakyat mereka mewakili Muafakat Nasional dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Mohd Sharim memperoleh 13,872 undi menewaskan pencabarnya Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. Masing-masing calon bebas itu hanya memperoleh 1,222 dan 137 undi sahaja.Kejayaan Mohd Sharim meningkatkan majoriti 2.7 kali ganda dari 4,622 undi pada PRU14 kepada 12,650 undi adalah satu kejayaan bergaya yang dijangka akan mewarnai keputusan PRU15 nanti.Latar belakangN.23 DUN Chini terletak dalam Parlimen Pekan yang diwakili oleh Datuk Sri Najib Razak. Chini bersempadan dengan N.20 DUN Pulau Manis (Parlimen Pekan) di Utara, N.22 Bebar (Parlimen Pekan) di Timur, N.40 Bukit Ibam (Parlimen Rompin) di Selatan dan N.24 DUN Luit (Parlimen Maran) di sebelah Barat.Selain parti BN yang secara tradisi memenangi kawasan ini, Chini pernah dimenangi oleh calon Barisan Alternatif dari parti Parti Keadilan Nasional (PKN) dalam Pilihan Raya Umum ke-10 (1999).85 peratus dari kawasan Chini merupakan kawasan tanah rancangan FELDA, selebihnya adalah kampong tradisional dan juga perkampungan Orang Asal dari suku Jakun.Dari 20,972 orang pengundi di DUN ini, 93.8 peratus berbangsa Melayu, 0.6 peratus Cina dan 5.6 peratus adalah kaum peribumi Orang Asal.PRU14 (2018) menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara PAS, BN dan PKR. PAS yang diwakili Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Fadhil Noor Abd Karim memperoleh 5,405 undi tewas kepada calon BN, Dato’ Seri Abu Bakar Harun yang meraih 10,027 undi. Manaka calon PKR, Razali Ithnain hanya memperoleh 1,065 undi sahaja. Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi.PRK Dun Chini kali ini diadakan berikutan kematian Abu Bakar pada 6 Mei lalu akibat sakit jantung.Kejujuran PASWalaupun PAS dan Umno sudah secara rasmi menjalin hubungan di peringkat nasional, namun ramai yang menjangkakan hubungan ini sukar diserasikan di peringkat bawah khususnya dalam PRK DUN Chini.Sebelum penamaan calon sudah ada ura-ura PAS akan menuntut untuk bertanding di kawasan berkenaan. Tiba-tiba Umno mengumumkan akan bertanding.Apabila PH pula mengumumkan tidak akan bertanding di dalam PRK Chini, ramai menjangkakan PAS tidak akan menurunkan jenteranya. Sudahlah Umno yang  bertanding, lawannya pula bukan PH. Untuk apa PAS menurunkan jenteranya?Namun jangkaan itu meleset apabila Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang berkampung sepenuh masa di Chini. Semua Jentera Pilihan Raya Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta PAS Kawasan-kawasan berganding bahu membantu kempen Muafakat Nasional.Kesemua 8 orang ADUN PAS Pahang turut turun membantu.Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Zuridan Mohd Daud berkata, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan politiknya apabila menjalinkan kerjasama. Sebab itu PAS menurunkan jenteranya di Chini, biarpun yang bertanding adalah dari Umno.Seperti dalam menghadapi mana-mana PRU atau PRK, PAS melancarkan kutipan derma jihadnya dalam kalangan ahli. Tidak menjadi kehairanan jika kutipan infaq dilakukan untuk membantu calon PAS. Tetapi kali ini kutipan infaq dibuat untuk membantu calon dari parti yang selama ini mereka lawan. Suatu keajaiban yang tiada siapa dapat membayangkan!Inilah salah satu faktor utama kemenangan calon yang mewakili Muafakat Nasional. Iaitu kejujuran.Faktor calonTidak dinafikan Umno telah menurunkan calon yang selayaknya untuk dipilih oleh warga Chini. Mohd Sharim disenangi oleh para pengundi yang kebanyakannya merupakan anak muda. Sebagai anak tempatan yang berasal dari FELDA Chini 3, beliau terkenal sebagai aktivis belia di peringkat daerah dan negeri Pahang.Selain memegang jawatan politik dalam Umno, Mohd Sharim juga adalah Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan.Beliau juga berpengalaman berkhidmat di bawah ADUN Chini yang lalu, Dato’ Abu Bakar Harun.Isu nasional mempengaruhiDalam dunia serba pantas hari ini, penduduk Chini tidak ketinggalan mengikuti perkembangan politik di peringkat nasional. Mereka menyaksikan kegagalan pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan ketika menguasai Putrajaya.Mereka tidak ketinggalan menyaksikan bagaimana khazanah negara dijual satu persatu dengan alasan untuk memulihkan ekonomi. Mereka juga sensitif dengan peningkatan isu yang mencabar agama Islam yang gagal dibendung oleh kerajaan PH.Mereka turut mengikuti perkembangan perebutan jawatan ‘bakal Perdana Menteri’ dalam kalangan pemimpin-pemimpin parti komponan Pakatan Harapan.Kesemua ini menjadikan orang Chini muak dengan politik PH dan kembali menyokong muafakat PAS-Umno dan gabungan Perikatan Nasional.Biarpun yang bertanding menentang calon Umno itu tidak mewakili mana-mana parti, namun pengundi-pengundi bertindak bijak membulatkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.Simulasi PRU15ADUN Luit, Sufian Abdul Jalil berkata, keputusan nekad pengundi-pengundi DUN Chini memberi gambaran kehendak rakyat untuk PRU15, bahawa majoriti rakyat menolak gabungan Pakatan Harapan sebagai pemerintah negara.Ketika ditanya, kenapa Dewan Ulamak menurunkan petugas-petugasnya dalam kempen PRK Chini, ADUN Damak, Ustaz Zuridan Daun menyatakan ia adalah satu medan latihan kepada anggota Dewan Ulamak untuk berhadapan dengan PRU15.ARIS HAZLAN ISMAIL – HARAKAHDAILY 5/7/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/perhatian-ini-isyarat-rakyat-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Kalau Bn Menang Di Chini Isyarat Rakyat Tolak Mahathir

Ismail Sabri Kalau Bn Menang Di Chini Isyarat Rakyat Tolak Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 382 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengundi harus memastikan calon Bebas Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin kalah pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini Ujar beliau ini bagi memastikan Tun Mahathir tidak mempunyai harapan untuk me...
Dr Mahathir Kini Bukan Sahaja Di Tolak Oleh Rakyat Dan Pakatan Harapan Malah Ppbm Juga Menolak Dr Mahathir

Dr Mahathir Kini Bukan Sahaja Di Tolak Oleh Rakyat Dan Pakatan Harapan Malah Ppbm Juga Menolak Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 557 hits
22 tahun 22 bulan dan 2 1 kali menjadi Perdana Menteri belum cukup memuaskan hati Dr Mahathir 4 orang Perdana Menteri beliau jatuhkan Al Marhum Tengku Abdul Rahman Allahyarham Tun Hussien Onn Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib Razak jug...
Hina Jata Negara Rakyat Tolak Permohonan Maaf Penerbit

Hina Jata Negara Rakyat Tolak Permohonan Maaf Penerbit

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 365 hits
Kenakan juga tindakan terhadap penulis kerana bersubahat BANGI Permohonan maaf penerbit buku yang menghina Jata Negara tidak akan diterima sehingga semua pihak yang terbabit dalam isu kontroversi itu dikenakan tindakan tegas oleh pihak berk...
Umno Tolak Muhyiddin

Umno Tolak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 621 hits
HORASApakah dengan kenyataan ini akan meyakinkan kita bahawa sampailah masa nya BERSATU dibawah Muhyiddin memikirkan kembali bahawa Umno jauh sekali ingin menerima BERSATU sebagai kawan dalam siasah sepertimana yang pernah diakukan oleh AMA...
Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 306 hits
Semakin ramai pemimpin Umno membebel menolak pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Perikatan Nasional selepas pilihan raya umum ke 15 Terbaharu bekas menteri Umno Ahmad Shabery Cheek pula berkias menggunakan analogi persembaha...
Umno Tolak Pendaftaran Pn Muhyiddin Di Hujung Tanduk

Umno Tolak Pendaftaran Pn Muhyiddin Di Hujung Tanduk

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 228 hits
Umno tolak pendaftaran PN Muhyiddin di hujung tandukOleh July 07 2020Kredit Dr Maszlee MalikYB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasio...
Hiburan Akui Lebih Selektif Pu Riz Tak Menyesal Tolak Tawaran Berlakon Di Indonesia

Hiburan Akui Lebih Selektif Pu Riz Tak Menyesal Tolak Tawaran Berlakon Di Indonesia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 567 hits
Pelakon dan pendakwah bebas PU Riz akui terpaksa menolak dua tawaran berlakon di Indonesia kerana lebih selektif dalam kerjaya seni kini Menurut Riz pengalaman dirawat sebagai pesakit COVID 19 benar benar membuka matanya untuk mencari naskh...
Pengarah Kkm Tolak Dakwaan Diskriminasi Terhadap Pendatang

Pengarah Kkm Tolak Dakwaan Diskriminasi Terhadap Pendatang

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 264 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pendatang tanpa dokumen diperlakukan dengan adil oleh pihak berkuasa semasa wabak Covid 19 Ini selepas Putrajaya pada 6 Julai lalu menuduh Al Jazeera melakukan berhubung mengenai p...
Wan Saiful Dr M Berkeras Tolak Anwar Sebagai Pm

Wan Saiful Dr M Berkeras Tolak Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 297 hits
Ahli majlis tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendedahkan bahawa bekas pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu melihat Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai perdana menteri Menerusi sebuah esei Wan Saiful berkata Mahath...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities