Umno Tolak Pendaftaran Pn Muhyiddin Di Hujung Tanduk



Umno tolak pendaftaran PN: Muhyiddin di hujung tandukOleh: Redzuan RF8 MediaJuly 07, 2020ShareKredit: Dr Maszlee MalikYB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas.UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu.Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan dan lain-lain MT UMNO juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian.Pendek kata, UMNO tidak perlukan Bersatu. Bersatu yang perlukan UMNO.Semalam juga, UMNO dan PAS telah mengadakan perbincangan di ibu pejabat UMNO untuk bersedia menghadapi PRU-15.Perbincangan itu hanya melibatkan UMNO dan PAS, tidak Bersatu. Mengapa Bersatu tidak diajak bersama?Untuk memahamkan bagaimana rumit dan tersisihnya kedudukan Bersatu, saya berikan analisa contoh yang mudah tentang kekuatan UMNO dan PAS.Kita ambil contoh di Semenanjung, UMNO bertanding 105 kerusi dan menang sebanyak 46 kerusi.Nisbah kekuatan UMNO ialah 46 daripada 105, bersamaan dengan 43.8%.PAS pula bertanding 144 kerusi dan menang 18 kerusi. Nisbah kekuatan PAS ialah 18 daripada 114, bersamaan dengan 12.5%.Bersatu bertanding 52 kerusi dan menang 13 kerusi. Nisbah kekuatan Bersatu ialah 13 daripada 52, bersamaan dengan 25%.Persoalan yang penting di sini, melalui kerjasama Perikatan Nasional, berapa banyakkah kerusi yang PAS sanggup korbankan untuk memberi laluan kepada UMNO dan Bersatu untuk mengelakkan berlakunya pertembungan 3 penjuru?Jangan dilupa sejarah PAS di dalam rundingan pembahagian kerusi semasa di dalam Pakatan Rakyat, PAS telah meletakkan calon di DUN Kota Damansara dan Sg Aceh sehingga berlakunya pertandingan 3 penjuru yang menjejaskan kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu.Pada PRU-14, telah berlaku pertandingan 3 penjuru di 46 kerusi antara Bersatu, UMNO dan PAS. Bersatu hanya menang 10 kerusi, UMNO menang 30 kerusi dan PAS pula menang 6 kerusi.Adalah hampir mustahil untuk PAS dan UMNO sedekahkan 36 kerusi yang telah dimenangi mereka kepada Bersatu.Malah untuk mengekalkan dikotomi 10 kerusi yang sedia ada itu pun adalah suatu yang amat meragukan.Semasa PRU-14 yang lalu, sebanyak 4 kerusi Bersatu bertanding melawan MIC, MCA atau Gerakan. PRK Tg Piai membuktikan MCA mampu merampas semula kerusi Bersatu dan adakah pada PRU-15, Gerakan dan MCA sanggup memberikan laluan kepada Bersatu?Terdapat 2 kerusi lagi, Kota Tinggi dan Pengerang, telah berlaku pertandingan 1 lawan 1 antara Bersatu dan UMNO. Selaku Presiden Bersatu dan orang Johor, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat berunding agar UMNO memberikan laluan kepada Bersatu bertanding di Kota Tinggi dan Pengerang tanpa tentangan?Di kawasan yang rata-rata pengundinya bukan Melayu yang telah disandang Bersatu sebelum ini, tidak lagi akan diberikan kepada Bersatu kerana kemenangan di bawah PH sebelum ini ialah hasil dari sokongan DAP.Peluang untuk menang di kawasan seperti ini di bawah PN sangat-sangat tipis. Kawasan-kawasan sebegini akan dibolot oleh MCA dan MIC. Kawasan tersebut adalah Tapah, Tanjung Piai, Alor Gajah dan Simpang Renggam.Di Pantai Timur pula sebagai contoh, Bersatu boleh tutup kedai kerana tidak ada sebab Bersatu perlu bertanding di sana.16 kerusi daripada 34 kerusi yang ditandingi Bersatu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, semua kerusi Bersatu kalah dengan mendapat undi hanya 101,488 dari 884,773 jumlah undi, menjadikan undi popular Bersatu di pantai timur hanya 11.5%.Saya memberikan senario yang mudah sebegini untuk memahamkan ahli dan akar umbi, bergayut di atas dahan PN adalah jalan yang sukar dan payah.Itupun jika PN setuju ditubuhkan oleh UMNO dan PAS.Saya gusar yang berteriak menyokong akhirnya hanya seronok sendiri, kerana hakikatnya sampai hari ini, tidak ada sebarang kenyataan pun dari UMNO yang mengesahkan untuk bertanding di PRU-15 menerusi PN.Saya juga telah menulis bagaimana Bersatu akan dipinggirkan dengan sangat tidak adil. Tidak ada pimpinan UMNO yang membantah atau mengeluarkan kenyataan mempertahankan Bersatu apalagi bersedia untuk berkongsi kerusi dengan Bersatu.Malah Bersatu juga tidak akan lagi menjadi parti dominan di bawah PN (sekiranya ia ditubuhkan).UMNO ialah parti dominan dan sudah tentulah calon Perdana Menteri bukan lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi daripada UMNO. Calonnya sudah tentu Najib Razak atau Zahid Hamidi.UMNO sekarang mempunyai 39 kerusi sementara Bersatu hanya memiliki 12 kerusi (jika tidak ditolak 5 kerusi yang kononnya telah terhenti keahlian mereka) termasuk 14 MP yang lompat ke Bersatu dari UMNO.Adakah 14 MP UMNO yang lompat ke Bersatu akan kembali semula kepada UMNO dan bertanding mempertahankan kerusi mereka atas tiket UMNO, bukan Bersatu kerana mereka sebelum ini menang atas tiket UMNO?Menteri Besar PN juga bukan lagi didominasi dari Bersatu berikutan bertukarnya kerajaan negeri di Johor, Melaka, Kedah.Dalam bahsa mudah, pimpinan Bersatu sekarang telah menggadaikan negeri-negeri tersebut demi sokongan politik kepada seorang individu. Ini tidak pernah berlaku di zaman PH!Di Perak sebagai contoh, barisan Exco didominasi oleh UMNO seramai 6 orang daripada keseluruhan 11 Exco Perak.Setiap kali saya bertemu dan berbincang dengan ahli-ahli dari akar umbi, inilah yang akan saya bentangkan. Berikan kepada saya formula untuk Bersatu kekal dominan jika bersama PN seperti yang diuar-uarkan?Berikan saya satu sahaja sebab kenapa Zahid Hamidi dan Najib Razak mahu memberikan peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/umno-tolak-pendaftaran-pn-muhyiddin-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 307 hits
Semakin ramai pemimpin Umno membebel menolak pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Perikatan Nasional selepas pilihan raya umum ke 15 Terbaharu bekas menteri Umno Ahmad Shabery Cheek pula berkias menggunakan analogi persembaha...
Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 276 hits
Pagi ini merupakan hari penentuan bagi masa depan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Cubaannya membawa usul menukar Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof bakal menjadi perhitungan hidup mati kepada masa depan politiknya Jika menang ...
Umno Tolak Muhyiddin

Umno Tolak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 622 hits
HORASApakah dengan kenyataan ini akan meyakinkan kita bahawa sampailah masa nya BERSATU dibawah Muhyiddin memikirkan kembali bahawa Umno jauh sekali ingin menerima BERSATU sebagai kawan dalam siasah sepertimana yang pernah diakukan oleh AMA...
Bersediakah Zahid Hamidi Memberi Laluan Kepada Muhyiddin Ambil Alih Presiden Umno

Bersediakah Zahid Hamidi Memberi Laluan Kepada Muhyiddin Ambil Alih Presiden Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 295 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO demi untuk mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz Menurut Nazri semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan men...
Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 384 hits
Annuar Umno PAS sokong Muhyiddin sebagai PM jika PRU mengejut Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara me...
Zahid Arah Umno Bn Pertahan Kerajaan Muhyiddin

Zahid Arah Umno Bn Pertahan Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 352 hits
July 6 2020 4 36 PMZahid Hamidi PETALING JAYA Presiden Umno Zahid Hamidi mengarahkan partinya mempertahankan kerajaan pimpinan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin daripada terus diganggu gugat pembangkang Umno sedar terdapat usaha giat dilakukan...
Nazri Wants Muhyiddin To Return And Take Over As Umno President

Nazri Wants Muhyiddin To Return And Take Over As Umno President

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 278 hits
Umno s Padang Rengas MP Mohamed Nazri Abdul Aziz has proposed for Bersatu president Muhyiddin Yassin return to Umno and take over from Ahmad Zahid Hamidi as party president Nazri argued this would resolve the bulk of the problems with seat ...
Adun Dap Ramal Umno Akan Khianati Muhyiddin Bersatu

Adun Dap Ramal Umno Akan Khianati Muhyiddin Bersatu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 330 hits
AHLI Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP Sheikh Omar Ali meramalkan UMNO akan mengkhianati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan parti yang diterajuinya Bersatu Menurut Sheikh Omar perang mulut antara Menteri Pembangunan Luar B...
Umno Pertahan Semua Kerusi Bersatu Muhyiddin Gigit Jari

Umno Pertahan Semua Kerusi Bersatu Muhyiddin Gigit Jari

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 297 hits
Umno pertahan semua kerusi Bersatu Muhyiddin gigit jari Oleh July 10 2020Hasrat pemimpin Bersatu terutama bekas Umno untuk bertanding di kerusi masing masing mungkin akan berkubur Hal ini kerana Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata kemun...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration