Perginya Tun Abdul Razak



 14 Januari 1976. Tarikh yang pasti terpahat dalam ingatan semua. Perginya Bapak Pembangunan Malaysia, Tun Hj Abdul Razak Hussein tika usia beliau 53 tahun.
   Al Fatihah buat Allahyarham. Moga ditempatkan roh beliau disisi mereka yang beriman dan beramal solih. Aamin.    Pada hari dan tarikh sama di tahun tersebut, di sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni 5 gadis di #23, Jalan Tempinis 3, Bangsar Park. Lepas Subuh, semua kecuh dengar jeritan suara Kak Ina (Raina), memecah keheningan pagi.    "Perdana Menteri Datuk Abdul Razak dah tak ada. Meninggal di London. Jom sapa yang nak pergi ziarah, siap cepat. Radio kata Jenazah dibawa ke Parlimen. Ikut Kak Ina!"    Hanya Kjee yang kelam kabut bersiap. Tiga lagi terpinga-pinga kerana ingin ke pejabat. Kjee terlupa yang Kjee juga perlu ke pejabat yang tidak jauh dari rumah. Ahh tak kesahlah. Agaknya sempat balik dan terus ke ofis, kata hati kecil Kjee.    So bersama Kak Ina, Kjee berjalan agak jauh menunggu teksi. Zaman tu baru kerja
Belum kemampuan beli kereta. Mujur ada teksi bawa kami ke Bangunan Parlimen.  
    Tiba di sana, ramai sudah berkumpul. Radio Malaysia dah war-warkan jenazah akan diletakkan di Bangunan Parlimen untuk rakyat beri penghormatan terakhir.    Kami pun berjalan masuk ke dalam bangunan. Dah tak ingat berapa jam kami  menunggu disitu.    Tiba-tiba pengumuman jenazah sudah hampir tiba di jalan masuk Parlimen. Pada masa ini, keadaan sudah mula berasak-asak. Tolak menolak. Semua nak keluar dari dalam bangunan untuk ke tarmac depan Parlimen. Dan seperti biasa, the clumsy me, terjatuh. Mujur Kak Ina bantu. Kalau tidak, pasti terpijak. Masa itu tubuh kita comel aje. Semua berebut nak keluar sambut ketibaan kereta jenazah. 

   Anyway, ketika berlaku tolak menolak, Kjee berdiri lebih kurang dua kaki dari dinding cermin yang memisahkan bahagian dalam dengan luar. Fikir bagaimana nak keluar dalam kekecohan itu. Tiba2 terdengar bunyi kuat. Dinding cermin itu pecah! Semua panik, lari lintang pukang termasuk Kjee.    Kjee dah mula panik. Dah tak ada jalan nak keluar dari kekecohan itu. Kaca berselerakan. Tak pasti ada yg cedera. Kjee sedar sukar untuk bergegas ke ofis dalam keadaan tersebut. Then Kjee dapat idea! Call ofis bagitau nak cuti. First thing kena cari public fon.    Kjee memang familiar sangat dengan keadaan dalam bangunan Parlimen. Sebelum bekerja di NST, Kjee telah bekerja sebagai pemberita di bilik berita Radio di Angkasapuri. Ketika setahun lebih menjadi pemberita di situ, Kjee seringkali di hantar ke Parlimen buat liputan persidangan.    Orite. Jumpa public fon. Call ofis. Tak ingat sapa yang jawab. Mohon cuti. Instead of dapat cuti, yang menjawab di hujung talian suruh Kjee jangan kembali ke ofis!!    "Just hang around there! Get as much stories as you can, while the other reporters get there!"    Wow sudah bagus. Tak payah balik ofis, tak kena marah!!!    Ada masalah. Get as much stories? Kjee keluar rumah tak bawak notebook atau pen. So otak sahaja merakamkan segala yang berlaku depan mata. Mujur dalam beg ada tag ofis. So Kjee keluarkan dan tunjuk mintak lalu. Wartawan tengah bertugas, beri laluan jerit beberapa orang. Ewah VVIP you!    Alhamdulillah Kjee dapat berdiri di saf paling depan di tarmac depan Parlimen. Nampak jelas keluarga Allahyarham. Nampak keranda jenazah. Tetapi masa tu tiada hanfon. So tak adalah bahan bukti foto2. Sedih kan!    Lepas tu Kjee dah tak ingat apa berlaku. Hanya perhatikan keluarga Allahyarham Dato Abdul Razak, yang cukup tenang. Tiada airmata. Kelihatan anak sulong Allahyarhamah, Mohd Najib sesekali memeluk ibunya. Begitu juga adik-adik beliau yang lain. Begitu memahami kesedihan ibu mereka.    Kjee tidak akan lupa peristiwa ini sehingga akhir hayat Kjee. Beberapa tahun lalu, Kjee ke Seri Perdana untuk menonton bolasepak antara Man U dan entah mana lagi pasukan di TV. Bersama Datuk Seri Najib dan peminat FB beliau.    Kjee disuruh duduk semeja dengan DSN. Dan Kjee beritahu beliau, that was the first time I saw him at such a close range. Ketika jenazah Allahyarham ayahnda beliau sampai di Parlimen dari London. DSN angguk.    "Ya... Saya masih study di London." 

   Ketika menjadi pemberita sama ada di RTM atau NST, Kjee jarang-jarang dapat buat coverage assignments membabitkan Tun Razak. Maklumlah Kjee pemberita hingusan. Yang dihantar semua yang senior. But at least Kjee dapat first hand story masa Jenazah sampai di Parlimen. Kira dapat scoop atau berita eksklusif kan!    Selepas itu, tiap kali dapat assignment cover sebarang event di Mesjid Negara, Kjee akan ajak kawan2 ke Makam Pahlawan di pekarangan mesjid itu untuk hadiahkan Al Fatihah buat Tun Abdul Razak.    That's all. Terima kasih sudi membaca.
   AL FATIHAH 

   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.fauziahsamad.com/2020/01/perginya-tun-abdul-razak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng And Tony Pua Again Demonstrate Why Dap Is Unfit To Be In Government Najib Tun Razak

Lim Guan Eng And Tony Pua Again Demonstrate Why Dap Is Unfit To Be In Government Najib Tun Razak

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 302 hits
Najib Tun Razak They ask the government to seize the US 688 million yacht Topaz but they do not dare tell you who they want the government to seize it from or who the DOJ had alleged to have misappropriated 1MDB money to pay for the yacht T...
Abdul Azeez Setuju Debat Isu Th Tunggu Jawapan Mujahid

Abdul Azeez Setuju Debat Isu Th Tunggu Jawapan Mujahid

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR 22 Julai Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersetuju untuk berdebat mengenai isu berkaitan Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez memaklumkan bersedia memperdebatkan mengenai isu tersebut bersama bekas Menteri di...
Lirik Lagu Semalam Aina Abdul

Lirik Lagu Semalam Aina Abdul

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 632 hits
Lirik lagu Semalam Aina Abdul Assalamualaikum dan Hai Aina Abdul satu nama yang telah ramai kenali apabila kita sebut lagu SUMPAH Kini Aina Abdul muncul lagi dengan lagu baru yang berjudul SEMALAM Seperti yang dijangkakan lagu ni sangat la ...
Mana Pergi Dr Zaharudin Abdul Rahman Yang Serba Tahu Tu

Mana Pergi Dr Zaharudin Abdul Rahman Yang Serba Tahu Tu

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 234 hits
Tak nak ulas jualan ladang TH Dan terbaru pemindahan aset TH ke UJSB Penjelasan YB Baling tadi cukup berkesan syarikat berbayar rm1 menguruskan aset TH berBILLION RINGGIT Aku pun nak tahu juga apa cerita Dulu berceramah panjang lebar kononn...
Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim Cabar Dr Mahathir

Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim Cabar Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 388 hits
Kata saya penyamun tapi kenapa tidak dituduh Azeez cabar Dr M Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim hari ini membidas Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau mencuri dana Tabung Haji tetapi tidak pernah didakwa ketika pemerintahan keraj...
Mujahid Cabar Abdul Azeez Debat Isu Tabung Haji

Mujahid Cabar Abdul Azeez Debat Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 282 hits
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim untuk berdebat berkenaan isu isu agensi itu dan segala dakwaan yang dilemparkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan Menerusi temubual...
Mereka Marah Tun M Buat Video Sokong Tengku Zainul

Mereka Marah Tun M Buat Video Sokong Tengku Zainul

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 317 hits
Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat video rayuan supaya pengundi menyokong calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini hari ini disifatkan seumpama soko...
Ceramah Ustadz Abdul Somad Tentang Kurban Di Hari Raya Idul Adha

Ceramah Ustadz Abdul Somad Tentang Kurban Di Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 285 hits
Ustadz Abdul Somad mengatakan hukum berkurban adalah sunnah mu akkadah bagi yang mampu melaksanakannya Ustadz Abdul Somad dalam 33 Tanya Jawab Seputar Qurban mengungkapkan beberapa hadits dan ayat Al Quran yang menjadi dalil pelaksanaan iba...
Tun Tersilap Besar Letak Jawatan Kata Khalid Samad

Tun Tersilap Besar Letak Jawatan Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 396 hits
TINDAKAN perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahahtir Mohamad pada hujung Februari lalu diakui pemimpin Pakatan Harapan sebagai sesuatu yang tersilap Namun itu perkara yang sudah lama berlalu cuma akhirnya para pemimpin PH mengak...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024