Perginya Tak Kembali Al Fatihah
Perginya Tak Kembali, Al-Fatihah | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Buat pelanggan ZABP, sahabat bloggers, facebook yang mengenali dan pernah berurusan check-in & check-out kucing boarding bekas pembantu Arwah Jamil Bin Ismail. Dengan rasa sayu hati dan sedih, beliau telah menghembus nafasnya terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur pagi tadi, 08.08.2021. Al-Fatihah (dibaca).
Perginya Tak Kembali, Al-FatihahSemoga Allah mengampunkan segala dosa arwah ketika beliau masih hidup. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Ketika arwah masih sihat, beliaulah yang banyak membantu kami dalam menguruskan halehwal kucing.
Beliau pernah sekali menyertai Program Sihat Cat Gathering Kali-1 yang dianjurkan oleh Zul & Azizi Boarding Pets. Sehinggalah hari terakhir beliau berhenti sendiri kerana disahkan oleh doktor berkenaan dengan kanser hidung.
Arwah meninggalkan dua orang anak yang masih kecil dan seorang isteri yang masih bekerja sebagai pembantu farmasi di salah sebuah syarikat di Kinrara, Puchong. Berat sungguh dugaan hidup beliau ketika itu selepas membuat rawatan dan pemeriksaan di hospital, beliau disahkan penyakit kanser hidung.
Perginya Tak Kembali, Al-FatihahBerikut adalah sifat peribadi beliau ketika sihat:
Arwah seorang yang baik dan rajin bekerjaPendiam dan tidak banyak bercakapAmanah dan jujur ketika menerima duit daripada pelanggan ketika kucing check-n boardingBegitu juga dengan duit daripada pelanggan ketika memilih pakej mandianTidak pernah merungut ketika tegur dengan kesalahannyaBeliau semasa bujang, pernah duduk sebumbung dengan kami dan hari terakhir duduk bersama selepas menamatkan zaman bujangnya. Banyak kenangan juga dengan beliau semasa zaman bujang sehinggalah tamatnya zaman bujang, beliau menguruskan kucing-kucing boarding dengan kami. Bila tibanya musim cuti perayaan seperti hari raya Aidilfitri khususnya, masa itulah waktu sibuk kami menguruskan kucing-kucing boarding sehingga 200 ekor dalam satu masa.
Tidak juga lupa, beliau menguruskan sendiri memandikan kucing customer yang menambah pakej mandian semasa tibanya check-out boarding. Dalam keadaan dan usaha Malaysia menangani pandemik, untuk menuntut jenazah, arwah perlu melalui proses pengesahan covid-19 sama ada kematiannya disebabkan covid atau sebaliknya. Alhamdulillah keputusan jenazah adalah negatif.
Untuk meminta pihak hospital menguruskan jenazah mengenakan bayaran sebanyak RM700+-. Jadi memandangkan keluarga arwah dari golongan B40, salah seorang pihak keluarga arwah telah menghubungi NGO "Uncle Kentang" untuk menguruskan jenazah. Jenazah akan dimandikan dan dikapankan di Masjid Ampang pada malam ini (Sabtu, 08.08.2021) dan terus akan di hantar ke Kuala Krai, Kelantan
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau (di baca). Semoga segala urusan arwah jenazah dipermudahkan. Aamin
8 OGOS 2021
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mylovely-cats.blogspot.com/2021/08/perginya-tak-kembali-al-fatihah.html