Perginya Seorang Srikandi Negara



Negara hari ini bersedih dengan pemergian ke rahmatullah seorang srikandi negara Tun Rahah Mohamed Noah, yang dikenali sebagai seorang isteri dan wanita yang cekal, ibu penyayang dan insan berhati mulia.
Rahah merupakan tokoh penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta anaknya Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri keenam.
Dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor, Allahyarhamah adalah puteri bongsu kepada seorang ahli politik negara, Allahyarham Mohamed Noah Omar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, di Johor Baharu.
Rahah, 87, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Razak pada 4 Sept 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim.
Walaupun beliau menjadi balu pada usia muda, ketika berusia 43 tahun selepas Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat leukemia, namun beliau mampu membesarkan lima anaknya sehingga menjadi individu berjaya dalam pelajaran mahupun kerjaya masing-masing.

Sebagai seorang isteri kepada pemimpin utama negara, Rahah banyak memberikan semangat dan perangsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969.
Beliau juga sering mengiringi suami menjalankan tugas-tugas rasmi negara sama ada di dalam mahupun luar negara.
Memandangkan ayahnya mempunyai pengalaman yang luas dalam politik termasuk pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama dan Yang Dipertua Dewan Negara, Rahah banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ayahnya tentang selok-belok politik.
Beliau turut memainkan peranan yang aktif dalam setiap pilihan raya dengan berkempen dari rumah ke rumah dan berucap di perhimpunan anjuran wanita.
(ATAS dari kiri) Mohd Najib, Mohamed Nizam, Ahmad Johari, (depan dari kiri) Mohamed Nazim, Abdul Razak, Rahah dan Mohamed Nazir (di atas pangkuan Tun Rahah ). FOTO arkib NSTP BERNAMA Beliau telah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan melibatkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.
Selain itu, Rahah seorang yang aktif dalam pergerakan kaum Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) dan pernah menjadi pengasas pergerakan Wanita UMNO Petaling Jaya, selain cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi manfaat kepada kaum wanita.
Beliau juga adalah penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) yang pertama pada 1969 hingga 1976 selain pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Restoran Rakyat dan menjadi Canselor pertama Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada 2001.
Sebagai seorang ibu, Rahah memainkan sebahagian besar peranan dalam mengasuh dan mendidik putera-puteranya.
Setelah Abdul Razak meninggal dunia, Rahah menjadi ibu dan bapa kepada anak-anaknya yang ketika itu masih belajar.
Beliau disifatkan sebagai seorang ibu yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan dengan penuh kasih sayang.

Najib dalam perutusan sempena Hari Ibu sebelum ini, berkata beliau tidak mungkin berada pada kedudukannya sekarang jika tidak kerana sokongan dan kasih sayang ibu yang tidak pernah pudar.
Menurutnya, beliau mengagumi dan terasa kerdil dengan ketinggian peradaban, sikap tenang, kemurahan dan kebaikan hati, kebijaksanaan serta gerak hati ibunya selama ini.
“Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri; memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami,” katanya.
Pelbagai penganugerahan darjah dan pengiktirafan diterima Allahyarham, antaranya dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota daripada Kerajaan Persekutuan pada 1976 yang membawa gelaran ‘Tun’, Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Anugerah Srikandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Universiti Utara Malaysia. Bernama
The post Perginya Seorang Srikandi Negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/18/perginya-seorang-srikandi-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perginya Seorang Srikandi Tun Rahah Seorang Isteri Wanita Cekal Serta Ibu Yang Penyayang

Perginya Seorang Srikandi Tun Rahah Seorang Isteri Wanita Cekal Serta Ibu Yang Penyayang

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Negara hari ini bersedih dengan pemergian ke rahmatullah seorang srikandi negara Tun Rahah Mohamed Noah yang dikenali sebagai seorang isteri dan wanita yang cekal ibu penyayang dan insan berhati mulia Rahah merupakan figura pen...
Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah

Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 653 hits
Perginya Seorang Lelaki Bernama Ayah Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul Ungkapan yang mudah untuk kita cakap tetapi amat berat untuk yang menghadapinya Khamis petang yang lalu walaupun umi dah sedia dari mental dan fizik...
Istiadat Pengebumian Negara Untuk Allahyarham Tun Rahah Pm

Istiadat Pengebumian Negara Untuk Allahyarham Tun Rahah Pm

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 273 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM Jenazah Tun Rahah Mohamed Noah isteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak dibawa keluar dari Prince Court Medical Centre ke kediamannya di Jalan Eaton Turut kelihatan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd...
Tumpuan Awani 7 45 Istiadat Pengebumian Negara Perundingan Pengagihan Kerusi

Tumpuan Awani 7 45 Istiadat Pengebumian Negara Perundingan Pengagihan Kerusi

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 253 hits
Jenazah Allahyarham Tun Rahah selamat dikebumikan di lingkaran Makam Pahlawan Muafakat Nasional bersetuju untuk menjemput Bersatu berada dalam jawatankuasa pengagihan kerusi supaya perundingan itu melibatkan tiga parti iaitu PAS UMNO dan BE...
Hundreds Visit Zoo Negara As It Reopens After Two Months Of Closure

Hundreds Visit Zoo Negara As It Reopens After Two Months Of Closure

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 347 hits
The zoo is open from 9am to 5pm daily and visitors will be able to purchase tickets online or over the counter NSTP MAHZIR MAT ISA KUALA LUMPUR Hundreds made way to the Zoo Negara during its first day of operations today after shuttering do...
Tun Dr Mahathir Pemergian Tun Rahah Adalah Satu Quot Kehilangan Yang Besar Quot Kepada Negara

Tun Dr Mahathir Pemergian Tun Rahah Adalah Satu Quot Kehilangan Yang Besar Quot Kepada Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 323 hits
nbsp KUALA LUMPUR nbsp Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah banyak menabur jasa dalam membantu suaminya Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi Perdana Menteri Kedua kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir yang mempuny...
Skmm Memperlihatkan Butiran Lanjut Mengenai Penamatan Perkhidmatan 3g Negara

Skmm Memperlihatkan Butiran Lanjut Mengenai Penamatan Perkhidmatan 3g Negara

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 249 hits
Beberapa bulan yang lalu kami telah melaporkan bahawa kerajaan sedang bercadang untuk menamatkan perkhidmatan internet 3G menjelang hujung tahun hadapan Tahun 2021 bakal tiba dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah memper...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan