Perginya Abah Ke Negeri Abadi


Tak tahu dari mana hendak dimulakan. Masih tak percaya abah dah tak ada bersama kami. Abah pergi tak kembali. Perginya abah ke negeri abadi bertemu sang Pencipta. Al fatihah buat arwah abah yang kami sayangi, Md Nor Bin Ayub 1941-2022.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِDengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙSegala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙYang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗPemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗHanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙTunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat...آمين
Selesai sudah tanggungjawab abah di dunia. 

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Maksudnya : 

Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.18 Disember 2022, Lebih kurang 8:30 pagi emak call bagitahu abah 'sakit'. Mak kata abah tak sedarkan diri. Panggil-panggil tak menyahut. Kebetulan abang ada balik kampung. Abang kata abah gerak kepala dan badan tapi bila panggil tak respons.Saya dan suami dah mula mengemas barang kononnya nak balik lah kejap. Lepas tu dapat whatsapp dari abang," Baliklah, abah macam dah tak ada je ni".
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...

Terdiam dan terkedu..laju air mata mengalir tak boleh nak tahan. Sepanjang perjalanan saya tak berhenti menangis. 
Saya sempat jumpa abah kali terakhir sebelum abah dikebumikan selepas waktu zohor. Sempat saya temankan abah dalam van jenazah. 

Segala urusan terakhir abah didunia, Allah permudahkan. Sekejap saja urusan abah selesai. Alhamdulillah..

Rumah baru abah dihiasi bunga kemboja
Kehilangan abah, kehilangan terbesar dalam keluarga kami tahun 2022. Penutup tahun 2022 yang kami tak sangka akan berlaku

Berehatlah abah..abah dah lama menahan derita sakit kanser. Kami akan sentiasa doakan abah disana. Semoga arwah abah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Aamiin...

Masih terasa abah masih ada lagi. Segala apa yang berkaitan dengan abah, pasti teringat abah. Buat masa sekarang tak boleh teringat. Setiap kali nak tidur pasti akan terkenangkan abah. Kena sibukkan diri supaya rasa sedih tu tak muncul. Kena kuat untuk sembunyikan rasa kesedihan tu. 
Orang nampak kita kuat tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Tahu-tahu banjir air mata

Hari kedua melawat abah. Tanah masih elok tinggi, tak perlu naikkan tanah lagi walaupun malam tu hujan lebat. Baca surah Yassin dan siram air Yassin di kubur arwah abah


Hari ketiga tak sempat melawat abah, uruskan hal sijil kematian abah dan urusan lain. Buat persiapan untuk malam tahlil dan bacaan Yassin malam kedua

Hari keempat, datang melawat abah sebelum balik rumah selepas tahlil dan bacaan Yassin malam ketiga. Kakak tanam bunga putih. 


Berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami : Disunatkan untuk meletakkan pelepah yang hijau di atas kubur kerana ittiba’ (mengikut Nabi ﷺ), sanadnya sahih, dan kerana sesungguhnya perbuatan itu boleh meringankan azab dengan berkat tasbih pelepah itu, lantaran tasbih itu lebih sempurna berbanding tasbih dari pelepah yang kering, yang mana kehijauan itu adalah sejenis tanda-tanda hidup.

Boleh diqiyaskan hukum ini pada apa yang biasa dilakukan dengan meletakkan tumbuhan-tumbuhan yang wangi, dan seumpamanya [seperti bunga atau daun pandan – pent.] Haram mencabutnya (setelah diletakkan) seperti mana yang telah diperbahaskan (oleh ulama) kerana perbuatan mencabut itu menafikan hak mayat.

Namun, pada zahirnya, tidak haram kalau mencabut tumbuhan yang sudah kering untuk dibuang, kerana sudah hilang hak bagi mayat itu kerana kekeringannya, itulah kaitannya.
Disunatkan untuk meletakkan yang tumbuhan masih kehijauan dan membuang yang sudah kering, secara keseluruhan, kerana melihat kepada kaitan yang disebut oleh baginda ﷺ tentang peringanan azab dengan warna hijau selama mana tidak kering
sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4203-irsyad-al-fatwa-siri-ke-423-hukum-tanam-pokok-di-atas-kubur

Hari ni Ahad, 25 Disember 2022 genap seminggu abah pergi ke negeri abadi meninggalkan kami semua. Kami juga akan menyusul nanti. Kita jumpa disana nanti abah..

Terima kasih untuk semua yang membantu menguruskan jenazah abah, tahlil dan Yassin. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/12/perginya-abah-ke-negeri-abadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Akan Mempercepatkan Program Basmi Kemiskinan Tegar Di 5 Buah Negeri

Rafizi Akan Mempercepatkan Program Basmi Kemiskinan Tegar Di 5 Buah Negeri

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 182 hits
NASUHA RAHMANTumpuan utama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli dalam bulan pertama ini ialah mempercepat dan menambahbaik program basmi kemiskinan tegar di seluruh negara Supaya kita jaga golongan yang paling tertekan sementara kita memp...
Isu Dewan Pas Pahang Kesal Perangai Lama Kerajaan Negeri Tidak Berubah

Isu Dewan Pas Pahang Kesal Perangai Lama Kerajaan Negeri Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 132 hits
TEMERLOH PAS Pahang membidas sikap kerajaan negeri pimpinan UMNO DAP yang dilihat tidak mengubah perangai lama dengan melarang fasiliti kerajaan daripada digunakan Perikatan Nasional Ketua Pembangkang DUN Pahang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan...
Umno Dap Bakal Bekerjasama Hadapi Prn 6 Negeri Tahun Depan

Umno Dap Bakal Bekerjasama Hadapi Prn 6 Negeri Tahun Depan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 181 hits
agendaily com14 12 2022UMNO kini bekerjasama dengan DAP di dalam PH Pakatan Harapan yang turut disertai DAP tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional khususnya UMNO bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri akan datang Se...
Notis Risiko Banjir Kilat 5 Negeri Dalam Tempoh 24 Jam Ini

Notis Risiko Banjir Kilat 5 Negeri Dalam Tempoh 24 Jam Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 275 hits
BEBERAPA kawasan di nbsp Johor Kedah Pahang Perak dan Pulau Pinang berisiko nbsp banjir kilat nbsp dalam tempoh 24 jam sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pen...
Balai Seni Negeri Alor Setar

Balai Seni Negeri Alor Setar

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 262 hits
Lokasi Balai Seni Negeri Alor Setar Alamat 137 Darul Aman Hwy Bandar Alor Setar 05000 Alor Setar Kedah Waktu Operasi 9 00 pagi 5 00 petang 9 00 pagi 12 30 petang 2 30 petang 5 00 petang Harga Tiket Percuma Tarikh 12 Disember 2022 Balai Seni...
Kementerian Ekonomi Rancang Kuatkan Ekonomi Negeri Miskin

Kementerian Ekonomi Rancang Kuatkan Ekonomi Negeri Miskin

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 109 hits
Kementerian ekonomi rancang kuatkan ekonomi negeri miskinPosted By on December 17 2022Tumpuan utama Kementerian Ekonomi adalah untuk memperbaiki ekonomi rakyat di beberapa negeri yang paling miskin di MalaysiaHal itu disuarakan oleh Menteri...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat