Pergi Pulau Pinang Naik Kereta Di Feri Terminal Sultan Abdul Halim



Jika sebelum ni saya sering ke Pulau Pinang melalui jalan darat menggunakan jambatan tapi kali ni kami mencuba jalan air pula untuk ke sana iaitu dengan menaiki feri. Pengalaman pertama kali masuk ke Pulau Pinang menaiki feri bersama kereta ini merupakan pengalaman baru buat kami.


Excited dan teruja, itulah yang boleh digambarkan. Benda jarang jumpa kan, jakun juga kami sekejap. Jadi saya abadikan perjalanan pergi ke Pulau Pinang menaiki kereta dengan feri di Terminal Sultan Abdul Halim ini dalam blog sebagai kenang-kenangan. Jadi Auni dan Ameera dah tak boleh claim mereka belum pergi lepas ni :D


Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim
Perjalanan mencari terminal feri tidak susah walaupun pada asalnya pening juga kami melihat list lokasi terminal feri yang terdapat di Pulau Pinang dalam aplikasi maps. Hairan juga terminal mana patut kami tujui namun setelah melakukan sedikit carian pantas dilakukan di internet, kami sepakat bersetuju bahawa lokasi feri yang dicari terletak di Pangkalan Sultan Abdul Halim.


Terminal ini juga dikenali sebagai Pangkalan Feri Butterworth, jadi jangan risau jika tertukar ye kerana ia merupakan lokasi yang sama. Feri akan membawa penumpang dari Pengkalan Sultan Abdul Halim ke Jeti Pengkalan Raja Tun Uda yang terletak di Georgetown. Jadi setelah destinasi ditetapkan, kami pun bergerak laju menuju ke terminal.


Sepanjang perjalanan, mata kami bekerja keras melihat signboard yang banyak terdapat di sepanjang jalan bagi mengelakkan terlepas simpang, jenuh nak pusing balik kalau terlepas simpang nanti. Sebaik tiba di pintu masuk terminal, kami dikenakan bayaran sebanyak RM7.70 bagi sebuah kenderaan.


Tak kisah berapa orang yang berada dalam kereta, bayaran masuk hanya dikira berdasarkan jumlah kenderaan sahaja. Manakala tiket masuk jika datang secara individu pula adalah RM1.20 bagi dewasa dan RM0.60 bagi kanak-kanak. Murah bukan? Macam harga naik bas pada zaman 90-an dulu pula. Perjalanan pula hanya mengambil masa lebih kurang 15minit sahaja untuk sampai ke Jeti Georgetown.


Bersiar-siar dalam Feri

Sebaik kereta selamat di parking, kami terus naik ke tingkat atas feri untuk melihat pemandangan laut  daripada atas. Ramai juga yang berada di dalam kenderaan masing-masing dan hanya berada di tingkat bawah. Kehadiran motorsikal dan kereta memenuhi ruang di tingkat bawah feri membuatkan saya  rasa teruja pula.


Di tingkat atas, kami sempat menjamah sedikit buah-buahan sebagai kudapan sambil menikmati pemandangan laut yang membiru. Kudapan ringan seperti buah-buahan dan makanan ringan serta air minuman ada dijual di bahagian atas feri. Tandas juga disediakan bagi mereka yang ingin menjawab seruan alam, jadi usah risau ye.


Bukan sahaja motorsikal dan kereta, basikal, beca dan lori 6 tayar juga dibenarkan menaiki feri ini tau. Operasi feri pula bermula seawal jam 5.20 pagi sehingga 12.10 pagi pada setiap hari. Sudahlah harga tiket murah, perkhidmatan feri juga berterusan walaupun pada hari minggu dan cuti umum. Terbaik kan?


Perjalanan menaiki feri tidak memualkan. Malahan Auni dan Ameera boleh bergerak  bebas tanpa perlu dipegang kerana feri bergerak pada kelajuan perlahan. Kami excited berjalan ke sana sini sambil bersiar-siar dalam feri tapi penumpang lain steady je duduk bersembang di tempat masing-masing.


Nampak sangat macam kami first time naik feri. Padahal naik feri dah biasa cuma jadi excited sebab bawak kereta sekali naik feri sama-sama kot. Ataupun dah tua-tua ni baru terasa nak enjoy benda-benda kecil macam ni, macam orang kata 'enjoy every little things'. Haha..


Nak Naik Lagi Tak Feri Lepas Ni?
Tentulah kami akan naik lagi feri dengan kereta selepas ni..
Bila dah hampir sampai ke Jeti Georgetown, kami cepat-cepat turun ke bawah untuk elakkan daripada bersesak keluar apabila tiba dan bimbang kereta kami akan block jalan pula kerana lambat keluar daripada feri.


Bila dah keluar daripada jeti, kami semua ramai-ramai menjerit bye-bye kepada feri. Entah bila kami akan naik lagi. Untuk perjalanan santai sambil makan angin, kami tentu akan pilih menaiki feri bersama kereta kerana perjalanannya lebih tenang dan enjoyable sambil boleh tengok pemandangan laut. Tetapi untuk perjalanan pantas dalam urusan kerja, rasanya melalui Jambatan Pulau Pinang adalah pilihan terbaik.


Apa pun kami enjoy menikmati perjalanan dengan feri bersama kereta. Jadi bagi yang belum pernah menaiki feri ke Pulau Pinang dengan kereta, boleh cuba jalan alternatif ini selain melalui Jambatan Pulau Pinang. Suasana baru, pemandangan baru dan pengalaman baru. Lagipun tak perlu keluar kereta pun jika rasa malas nak berjalan-jalan atas feri. Stay je dalam kereta dan biarkan feri bawa awak jalan-jalan. Enjoy your trip! Adios!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/06/pergi-pulau-pinang-naik-kereta-di-feri-terminal-sultan-abdul-halim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baik Pulih Bumbung Feri Pulau Pinang

Baik Pulih Bumbung Feri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 487 hits
Projek Pemasangan Baik Pulih Bumbung Feri Pulau PinangHarbour Malaysia Group mempunyai kepakaran dalam bidang komposit Telah diberi kepercayaan oleh Penang Port Sdn Bhd pada tahun 2012 untuk membaik pulih dan mengganti bumbung feri Pulau Pi...
Makan Pasembur Di Padang Kota Lama Georgetown Pulau Pinang

Makan Pasembur Di Padang Kota Lama Georgetown Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 851 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraUntuk kali ini aku nak cerita tentang aku dan keluarga ke Padang Kota Lama Pulau Pinang dan makan pasembur Pada hari ahad yang lalu aku bersama keluarga dijemput ke rumah terbuka kawan ayah aku yang terlet...
Dua Lapangan Terbang Baru Dicadang Untuk Pulau Pinang Lapor Media

Dua Lapangan Terbang Baru Dicadang Untuk Pulau Pinang Lapor Media

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 426 hits
Dua lapangan terbang baru dicadang untuk Pulau Pinang lapor media Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Jun 20
Legasi Tok Musa Berkumpul Dan Beraya Di Balik Pulau Pulau Pinang

Legasi Tok Musa Berkumpul Dan Beraya Di Balik Pulau Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 480 hits
Alhamdulillah Buat pertama kalinya keluarga abah niatkan untuk mengumpul semua adik beradik mereka pada Hari Raya tahun ini Dengan izin Allah hampir kesemuanya dapat berkumpul bersama sama di pagi raya tahun 2019 Legasi Tok Musa berkumpul d...
Liga Premier Malaysia 2019 Uitm Fc Vs Pulau Pinang

Liga Premier Malaysia 2019 Uitm Fc Vs Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 360 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Perlawanan Uitm Pulau Pinang Seimbang

Perlawanan Uitm Pulau Pinang Seimbang

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 311 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Soalan Untuk Mufti Wilayah Persekutuan Dan Pulau Pinang Mengenai Rampasan Harta Rakyat Secara Sivil

Soalan Untuk Mufti Wilayah Persekutuan Dan Pulau Pinang Mengenai Rampasan Harta Rakyat Secara Sivil

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 402 hits
oleh Ab Jalil Backer Soalan untuk Mufti Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang mengenai rampasan harta rakyat secara sivil 1 Adakah merampas harta rakyat sebelum dibuktikan bersalah memenuhi prinsip keadilan dalam Islam 2 Apakah merampas hart...
Pemudik Dan Wisatawan Ke Pulau Seribu Naik Keselamatan Pelayaran Ditingkatkan

Pemudik Dan Wisatawan Ke Pulau Seribu Naik Keselamatan Pelayaran Ditingkatkan

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 218 hits
Menurut Kepala Kantor Kesyahbandaran dan Otoritas Pelabuhan Kelas IV Kepulauan Seribu Capt Herbert Marpaung yang turun langsung ke lapangan mengatakan pada hari ini jumlah pergerakan penumpang dengan tujuan Kepulauan Seribu di pelabuhan Kal...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order