Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


harakahdaily.net
February 23, 2025
SEPANG: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad mempersoalkan tindakan kerajaan yang berbangga dengan pencapaian ekonomi negara, tetapi pada masa sama menarik subsidi yang memberi kesan besar kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah

Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diumumkan meningkat kepada 5.1 peratus dan pelaburan asing bertambah 10 peratus, rakyat tetap berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“(Kerajaan umumkan) Pelabur datang sepuluh peratus meningkat. Bagus. Pergi Amerika, isytihar bilion-bilion. Pergi ke negara China bilion-bilion, balik Malaysia tarik subsidi. Ini yang berlaku pada hari ini.

“Kita duk bangga dengan duit kita banyak macam kitalah sebagai bapa duk bagi tahu kat orang duit saya banyak dalam fix deposit simpan RM2 (juta sehingga) RM3 juta dalam fix deposit, (tapi) anak duk pergi minta sedekah dekat Masjid Jamek Kuala Lumpur.

“Sepatutnya kita utamakan keluarga kita dulu. Ertinya utamakan anak pinak kita dulu. Utamakan anak negeri kita dulu. Ini yang sepatutnya dilakukan,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Bangkit Rakyat di Medan Selera Indah Puteri Kampung Baru Lanjut, di sini malam tadi.

Idris turut membangkitkan peningkatan kos pendidikan dan pengangkutan yang menambah beban rakyat.

“Baru ni mak ayah buka sekolah baru ni. Dulu baju boleh belilah harga RM35. Sekarang sudah naik RM50 seorang pelajar. Seorang anak-anak tak kurang perbelanjaan awal sekolah RM500.

“Anak-anak sekolah RM500 seorang. Bas sekolah pula naik. Dulu RM80, naik RM100. Itu pun dia bagi tahu, tak ada kesan apa. Bas bagi tahu dia kata kami terpaksa naik kerana ‘maintenance’ (pengelenggaraan) yang ada pada bas naik.

“Kami terpaksa naik. Oh, dulu kami hebat warning. Siapa naik tambang bas, kita akan tarik lesen. Puak-puak itu kata hang tariklah. Mereka terpaksa tarik.

“Ni kesan daripada yang kita sebut apabila diesel kamu naikkan. Inilah dia ada kesan dia kepada rakyat. Macam mana pula kamu kata tak ada kesan? Mesti ada kesan punya,” katanya.

Beliau juga mendedahkan kesan kenaikan harga diesel terhadap sektor pertanian, termasuk peningkatan harga racun dari RM80 kepada RM120 dan kenaikan kos mesin padi daripada RM80 kepada RM140.

“Ini keadaan yang dialami oleh petani hari ni kesan daripada diesel. Macam mana kamu kata kenaikkan harga diesel tak ada kesan kepada rakyat bawah?” katanya
HARAKAHDAILY 23/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/pergi-luar-negara-isytihar-berbilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawatan Luar Negara Menteri Kabinet Kerajaan Belanja Rm44 Juta Tahun Lalu

Lawatan Luar Negara Menteri Kabinet Kerajaan Belanja Rm44 Juta Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 1464 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukan 19 lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun lalu PETALING JAYA Menteri Kabinet melakukan 236 lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun lalu dengan kerajaan menanggung kos keseluruhan RM44 juta ...
Saya Bukan Pergi Berjalan Main Golf Tapi Cari Pelaburan Untuk Negara Anwar

Saya Bukan Pergi Berjalan Main Golf Tapi Cari Pelaburan Untuk Negara Anwar

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 170 hits
suara tvBy26 02 2025HANOI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang menasihati beliau supaya jangan berjalan banyak sangat yang disifatkan beliau sebagai tidak mengetahui kerja keras dilakukannya dalam mencari pelaburan u...
Checklist Balik Kampung Jangan Tinggal Luggage Baju Raya Kuih Raya Tak Lupa Luggage

Checklist Balik Kampung Jangan Tinggal Luggage Baju Raya Kuih Raya Tak Lupa Luggage

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 202 hits
Balik Kampung Checklist Pastikan Luggage Anda Terbaik Baju Raya Kuih Raya Tapi luggage ada cukup besar tak ni Kalau tak memang akan timbul masalah beli sekarang Ayo pilih luggage terbaik untuk Balik Raya ini dengan RamadhanSamaUT Trip Pende...
Balik Awal Uruskan Keluarga Selangor Pertimbang Waktu Bekerja Penjawat Awam Wanita Sepanjang Ramadan

Balik Awal Uruskan Keluarga Selangor Pertimbang Waktu Bekerja Penjawat Awam Wanita Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 303 hits
Kerajaan Selangor pertimbang waktu bekerja penjawat wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri untuk pulang awal pada Ramadan ini Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata secara asasnya waktu bekerja yang ditetapkan pada ketika ini ...
Lestaripendidikan Bayaran Balik Ptptn Lebih Mudah Melalui Penstrukturan Semula Hutang

Lestaripendidikan Bayaran Balik Ptptn Lebih Mudah Melalui Penstrukturan Semula Hutang

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 242 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah tampil dengan inisiatif baharu kempen LESTARIPendidikan yang bertujuan memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif dan mampan untuk generasi akan datang Malah ia turut memberi penekanan ter...
Jangan Kau Balik Pada Bella Dia Tengah Bahagia Aliff Aziz Cover Lagu Galau Jadi Sorotan Netizen

Jangan Kau Balik Pada Bella Dia Tengah Bahagia Aliff Aziz Cover Lagu Galau Jadi Sorotan Netizen

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 258 hits
Pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil menyanyikan sebuah lagu 8216 cover 8217 di sebuah acara Dalam acara itu Aliff dilihat menyanyikan lagi berjudul 8216 Dealova 8217 nyanyian asal Once Mekel v
Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

Beli Adidas Adilette Platform Slides Masa Sale Berbaloi

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

Keretapi Sarong 2025

Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

Dengan Keadaan Golden Cross Chainlink Berkemungkinan Untuk Mengukuhkan Hari Ini Jumaat 12 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Mereka Yang Hyperthyroid Perlukan Rai

Cerita 2 Penduduk Kampung Sg Baru Kl Diusir

Terong Berlado

How To Start Amazon Fba With Low Investment And High Potential

Buat Demonstrasi Di Kampung Sg Baru Menteri Tegur Tindakan Rafidah Nak Negara Kita Ini Tidak Aman

Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai