Perebutan Sengit Ph Dengan Pn Di Enam Pirane


KITA CAKAP-CAKAPKAN

PILIHAN RAYA enam buah negeri yang dijangka akan diadakan selewat-lewat Jun nanti menjadi tumpuan dan menjadi kemuncak kepada politik negara bagi parlimen penggal ke-15 ini. Para peminat dan pemerhati politik akan memberi tumpuan serius, manakala para penganalisa sudah mula membuat kajian dan unjuran. Pilihan raya itu memberi nilai dan erti tersendiri.
Badan-badan kajian tertentu yang cenderung kepada mana-mana komponen juga sedang membuat naratif untuk mempengaruhi khalayak bagi memihak kepada puak yang mereka sokong. Pilihanraya itu juga membawa signifikan tersendiri kepada kerajaan hari ini

Ada berargumantasi pilihan raya itu akan memberi kesan kepada kerajaan Perpaduan. Sekiranya PH dan BN gagal mempertahankan tiga buah negeri dimiliki mereka (PH) kini ia boleh menjejaskan kerajaan Perpaduan. Sebaiknya suasana itu memberi kelabaan dan petanda baik kepada PN.

Negeri-negeri terbabit dengan pilihan raya itu nanti ialah, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri ini tidak membubar dewan undangan negeri serentak dengan pilihan raya umum ke-15 lalu seperti Pahang, Perlis dan Perak atas alasan dan strategi politik pihak berkuasa di negeri berkenaan.
Mengambil kira dan senario pilihan raya lepas, enam negeri itu akan jadi perebutan sengit dua kumpulan, PH dan PN. Ia berbeza dengan Piraum ke-15 dimana perebutan secara umumnya berlaku empat kumpulan PH, BN, PN dan GTA dan lain-lain. 
Namun keadaan itu mungkin tidak berlaku kali ini kerana Umno atau BN akan bergabung dengan PH, manakala GTA tidak akan mengambil bahagian selepas kalah teruk. GTA sudah pun hanyut ke Selat Melaka. Melihat kepada terjalin kerjasama politik di antara PH dengan BN mewujudkan kerajaan Perpaduan, semangat kerjasama dan mahabbah itu juga akan terbawa dalam pilihan raya di enam buah negeri itu

Negeri idaman.
Kedua-dua pihak baik PH dan PN sangat mengidam untuk memiliki negeri-negeri berkenaan demi menjaga maruah dan imej politik masing-masing. Kerana itu mereka berada dalam keadaan terdesak khasnya bagi mempertahankan negeri yang dikuasai kini. PN yang merupakan gabungan Pas dengan Bersatu akan mempertahankan negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah yang mereka miliki kini. 
Manakala PH pula akan mempertahankan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Walaupun kedua-dua gabungan itu ada impian untuk menawan negeri selain daripada mereka kuasa sekarang, tetapi tumpuan dan tugas utama mereka mempertahankan negeri yang sedia ada. Baik menjaga kura-kura di kaki daripada mengejar burung terbang.
Sekirnya negeri yang dimiliki kini terlepas ia bukan sahaja memberi malu besar, tetapi akan menjejaskan wibawa dan pengaruh gabungan berkenaan kerana negeri itu boleh dianggap sebagai lubuk atau kubu kepada kedua komponen itu. 
Terengganu dan Kelantan menjadi benteng dan azimat kepada PN manakala Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan benteng kepada PH. Negeri Kedah dilihat sebagai negeri menjadi rebutan hangat kerana kedua komponen mempunyai harapan 50 - 50. 
Melihat data di atas kertas dan berdasarkan kepada hasil pilihan raya ke-15 lalu untuk kerusi parlimen, PN mempunyai harapan untuk mendapat satu dua kerusi tambahan khasnya di Selangor. Di Selangor PN memenangi enam kerusi parlimen, tiga dimenangi Bersatu dan tiga dimenangi Pas. Kerusi-kerusi itu ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kapar, Kuala Langat dan Hulu Selangor

Berdasar pencapaian itu menyebabkan PN menaruh harapan besar untuk menang di Selangor. PN menjangkakan akan berlaku perubahan undi di Selangor dengan itu mereka menjangka akan dapat menambah lima hingga 10 kerusi DUN. Namun kalau itu menjadi realiti pun, PN masih gagal untuk menubuhkan kerajaan di Selangor

Amiruddin ShariRakyat Selangor tidak mudah terpengun dengan retorik pihak PN seperti di empat kawasan parlimen itu kerana mereka dapat melihat dengan waras segala pembangunan di Selangor waktu ini dari masa ke sesama. Kecemerlangan Amiruddin Shaari sebagai Menteri Besar adalah tarikan keyakinan utama. Amiruddin menganggarkan pada tahun 2026 Selangor akan menyumbangkan hingga 30 peratus KDNK, satu keyakinan menunjukkan kehebatan kepimpinannya.  
Kedudukan kerusi Dun di Selangor kini berdasarkan pilihan raya lalu, PH menguasai 41daripada 56 kerusi berbanding dengan PN menerusi Pas yang hanya memiliki satu kerusi. PN mengira 12 Adun PH, daripada Bersatu yang meninggalkan parti untuk bersama PN dapat mengekalkan kerusi mereka. Perhitungan itu sebenarnya tidak mudah untuk diambil kira. Apabila mereka bertanding atas tikit selain PH belum tentu mereka boleh menang

Bagaimana pun PN mempunyai nafsu "gade" untuk menawan Selangor.  PN telah mengatur strategi yang tidak disembunyikan lagi. Sesetengah pemimpin mereka menzahirkan keyakinan dapat menawan negeri berkenaan dan mereka akan memasuki bangunan Sultan Abdul Aziz Shah pusat pentadbiran Selangor. 
Dalam pada itu dipihak PH pula mengidamkan untuk mengambil alih Kedah. PH seperti optimis mereka akan dapat menguasai Kedah. Beza kerusi diantara PN yang menguasai Kedah dengan PH kini agak tipis. PH memiliki 10 kerusi daripada 35 kerusi manakala Pas atau Bersatu (PN) pula 21 kerusi, sementara Bebas 4. 
Kerjasama PH dengan BN membuka era dan harapan untuk PH menguasai Dun Kedah nanti. Bagaimana pun apa yang sedikit ralat PH ketika ini ada masalah dalaman yang perlu diselesaikan

Apa dihadapi komponen PH, yaitu Parti Amanah tidak begitu padu dan seampuh dahulu. Parti itu ada sedikit keretakan apabila bekas pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Zawawi (foto) telah membawa beberapa kumpulan dari Amanah keluar parti. Justeru Amanah Kedah perlu selesaikan isu ini dan kembalikan kekuatan Amanah seperti sebelum pilihan raya ke15 dahulu sekiranya mahu melihat idaman untuk tawan Kedah menjadi realiti. 
Para pemimpin khas daripada Amanah dan bekas pemimpinnya tidak memikirkan soal peribadi tetapi perlu meletakkan agenda untuk tawan dan selamatkan Kedah menjadi agenda utama. Sifat pecah sebiji pecah semua tidak perlu diamalkan. 
Amanah khasnya dan PH dan BN amnya perlu mencari formula menyelesaikan masalah ini kalau PH dan BN ingin menguasai Kedah. Pengerusi kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim mungkin juga boleh campur tangan dalam hal ini dan tidak membiarkan masalah itu bersepah tanpa diuruskan. 
Negeri Sembilan milik PH.
Di Negeri Sembilan peluang PN untuk menguasai negeri itu juga bukan mudah. Ia jauh panggang dari api. PH masih unggul apa lagi kalau kerjasama dengan BN benar-benar terjadi. PH dn BN menguasai 36 kerusi dengan pecahan PH 20 dan BN 16. Sekiranya masalah kerusi tidak menjadi rebutan di antara PH dengan BN nanti, boleh dikatakan "confirm" Negeri Sembilan menjadi milik PH. 
Bagaimana pun berbeza di dua buah negeri Kelantan dan Terengganu seperti sudah "sahih" akan menjadi negeri milik PN. PN dijangka akan mudah menguasai kedua-dua buah negeri berkenaan berdasarkan pencapaian PN dalam pilihan raya umum lalu untuk kerusi parlimen, dimana di kedua-dua buah negeri itu, pihak PH maupun BN tidak memenangi satu pun kerusi parlimen. PN menyapu bersih semua 22 kerusi.  
Jika momentum dan pola pengundian serta propaganda dalam pilihan raya lalu masih kekal dan diterima rakyat di kedua-dua negeri itu, ia mustahil untuk BN dan PH menguasai negeri berkenaan. Seandaianya BN dapat mengekalkan kerusi Dun yang sedia ada, 8 di Kelantan dan 4 di Terengganu kini ia sudah oleh dikira sudah pun mencukupi. Dan ia boleh danggap kejayaan kalau BN masing-masing dapat tambah dua atau lima kerusi dalam pilihan kelak

Apapun ia tidak sesuatu mustahil akan berlaku kejutan kalau PH dan BN mengatur strategi dan perancangan terbaik dalam menghadapi pilihan raya itu nanti. Begitu juga kalau faktor kekalahan PH dan BN di kedua buah negeri itu kerana taburan duit, tampaknya dalam pilihan raya akan datang fenomena itu tidak wujud lagi. Akaun parti sudah dibekukan.  [wm.kl.10:24 am 18/04/2023]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/04/perebutan-sengit-ph-dengan-pn-di-lima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Muka Kakak Nampak Sedih Adik Dedah Detik Terakhir Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah

Air Muka Kakak Nampak Sedih Adik Dedah Detik Terakhir Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 174 hits
Seorang isteri yang maut dibelasah suaminya dengan tukul besi semalam ternyata mengejutkan orang ramai terutama ahli keluarga dan keenam enam anak mangsa Enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat dipercayai menjadi punca kematian Rubiah Sa...
Najib Bebas Ph Bn Pasti Ditolak Pengundi Dalam Enam Prn Nanti

Najib Bebas Ph Bn Pasti Ditolak Pengundi Dalam Enam Prn Nanti

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 143 hits
Ada dua kemungkinan mengapa UMNO begitu tergesa gesa mahu memohon pengampunan buat Najib Razak walaupun bekas Perdana Menteri itu belum sampai setahun menjalani hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah terhadapnya Pertama untuk men...
Gimik Politik Lagi Rumah Terbuka Di Enam Negeri Prn Bukan Guna Duit Bapak Dia

Gimik Politik Lagi Rumah Terbuka Di Enam Negeri Prn Bukan Guna Duit Bapak Dia

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 831 hits
Rumah terbuka akan diadakan di ENAM NEGERI yang bakal menjalani Pilihanraya Negeri atau PRN Termasuk TIGA negeri yang ditadbir Pas Pertama kali dalam sejarah majlis rumah terbuka tidak diadakan Lembah Klangtahun ini diadakan di Kedah K tan ...
Semakan Kurikulum Tingkatan Enam Tingkatkan Prestij

Semakan Kurikulum Tingkatan Enam Tingkatkan Prestij

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 96 hits
Imej hiasanLangkah penjenamaan semula Tingkatan Enam dengan sasaran menambah baik sukatan mata pelajaran yang ditawarkan dilihat tindakan tepat sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara Apatah lagi semakan itu seperti yang dium...
Identiti Enam Korban Nahas Kereta Bertembung Di Kemaman Di Kenal Pasti

Identiti Enam Korban Nahas Kereta Bertembung Di Kemaman Di Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 298 hits
CHUKAI Identiti enam mangsa terkorban dalam nahas dua buah kereta Proton Persona yang bertembung di Kilometer 153 Jalan Jerangau Jabor di Cheneh dekat sini petang semalam telah dikenal pasti Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan ber...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini