Perdana Menteri Edi Rama Umum Menteri Ai Albania Hamil


Perdana Menteri Edi Rama Umum Menteri AI Albania ‘Hamil’ 
Dunia politik Albania menjadi tumpuan apabila Perdana Menteri Edi Rama mengumumkan bahawa “Diella”, Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan (AI) yang dihasilkan secara digital, kini ‘hamil’ 83 pembantu digital.
Difahamkan, masing-masing dicipta khas untuk membantu setiap ahli Parlimen daripada Parti Sosialis, lapor The Indian Express.
Pengumuman itu dibuat oleh Rama semasa berucap pada Persidangan Global Dialogue (BGD) di Berlin.
“Kami mengambil risiko besar dengan Diella, dan hasilnya sangat memberangsangkan. Buat pertama kali, Diella kini ‘hamil’ 83 anak,” katanya secara berseloroh.
Rama menjelaskan bahawa setiap ‘anak’ atau pembantu digital itu akan berperanan sebagai pembantu peribadi kepada ahli Parlimen.
Mereka akan menyertai sesi Parlimen, merekod segala perbincangan serta memberikan cadangan atau maklum balas kepada wakil rakyat.
“Setiap ‘anak’ akan memiliki pengetahuan ibunya,” ujar beliau.
Menurut Rama, sistem baharu ini dijangka mempertingkat kecekapan kerja Parlimen dengan cara unik.
“Sebagai contoh, jika seseorang keluar minum kopi dan terlepas sesi perbahasan, pembantu digital ini akan memberitahu apa yang berlaku semasa ketiadaannya, dan siapa yang perlu dijawab atau dibalas hujahnya,” jelasnya lagi.
Siapa sebenarnya Diella? Untuk info, nama “Diella”, yang bermaksud ‘Matahari’ dalam bahasa Albania, mula diperkenalkan pada Januari lalu sebagai pembantu maya dalam platform e-Albania bagi membantu rakyat serta perniagaan mengakses dokumen kerajaan.
Pada September, Diella secara rasmi dilantik sebagai Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan, menjadikan Albania negara pertama di dunia yang melantik entiti AI sebagai menteri kerajaan.
Sebagai menteri digital sepenuhnya, Diella tidak mempunyai bentuk fizikal dan hanya wujud melalui kod dan piksel.
Tugas utamanya ialah menyelia sistem perolehan awam Albania dengan matlamat memastikan ketelusan penuh serta membasmi rasuah menjelang akhir tahun 2026.
BACA: Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia-AS, Ringgit, Bursa Meningkat
Sumber: The Indian Express
The post Perdana Menteri Edi Rama Umum Menteri AI Albania ‘Hamil’  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/27/perdana-menteri-edi-rama-umum-menteri-ai-albania-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mark Carney Perdana Menteri Kanada Buka Tirai Sidang Antarabangsa Di Malaysia

Mark Carney Perdana Menteri Kanada Buka Tirai Sidang Antarabangsa Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 231 hits
Perdana Menteri Kanada Mark Carney dijadualkan untuk melawat Malaysia dalam rangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan mengadakan pertemuan dengan PMX bagi membincangkan arah baru kerjasama antara kedua dua negara Kunjungan ini sangat sign...
Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 242 hits
Sidang Kemuncak ASEAN Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini SEPANG 25 Okt Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing ma...
Masalah Kesihatan Pejabat Perdana Menteri Maklum Batalkan Saat Akhir Lawatan Kerja Anwar Ke Negeri Pahang Hari Ini

Masalah Kesihatan Pejabat Perdana Menteri Maklum Batalkan Saat Akhir Lawatan Kerja Anwar Ke Negeri Pahang Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 155 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung pada Ahad selepas mengalami masalah sakit belakang Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memak...
Perdana Menteri Disenangi

Perdana Menteri Disenangi

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 221 hits
Presiden Brazil berkata beliau amat gembira berada di Malaysia sebuah negara yang disifatkannya indah dan penuh keakraban Dalam fikiran saya hubungan antara manusia bermula dengan sesuatu yang kecil apabila kita bertemu seseorang kita terus...
Pm Anwar Bidas Gelaran Perdana Menteri Telefon Usaha Diplomasi Tak Wajar Diperlekeh

Pm Anwar Bidas Gelaran Perdana Menteri Telefon Usaha Diplomasi Tak Wajar Diperlekeh

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 161 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang memperlekeh usaha diplomasi kerajaan dengan menggelarnya sebagai Perdana Menteri Telefon PM Anwar bidas gelaran Perdana Menteri Telefon Memetik ...
Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 255 hits
Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia Setiap pemimpin meninggalkan jejaknya ada yang membina ada yang memulih ada yang menenangkan Kredit imej Resepi Kehidupan 1 Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir dikenali sebagai arkitek kemod...
4 Transportasi Umum Di Taipei Yang Wajib Diketahui Turis

4 Transportasi Umum Di Taipei Yang Wajib Diketahui Turis

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 145 hits
Yuk ketahui 4 transportasi umum di Taipei yang wajib diketahui turis dan cara menggunakannya di artikel ini
Zus Coffee Umum Tutup Operasi Sehari Khamis Ini

Zus Coffee Umum Tutup Operasi Sehari Khamis Ini

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 204 hits
ZUS Coffee Umum Tutup Operasi Sehari Khamis Ini Rangkaian jenama kopi tempatan terkenal ZUS Coffee mengumumkan penutupan operasi selama sehari pada Khamis ini 23 Oktober 2025 ZUS Coffee dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu bersemp...
Kpm Umum Kalendar Akademik Cuti Sekolah Tahun 2026

Kpm Umum Kalendar Akademik Cuti Sekolah Tahun 2026

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 277 hits
KPM Umum Kalendar Akademik Cuti Sekolah Tahun 2026 PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari 2026 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendid...
Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Inara Rusli Perjalanan Cinta Dan Kehidupan Bersama Virgoun

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Senarai Makanan Kecemasan Tahan Lama Untuk Situasi Banjir Wajib Simpan

Larangan Kanak Kanak 16 Tahun Ke Bawah Miliki Akaun Media Sosial

Daging Goreng Ketumbar Cili Padi Resipi Pedas Paling Padu Menggiurkan

Hujan Lebat Di Shah Alam 4 Jalan Ini Ditutup Sepenuhnya Akibat Kenaikkan Air

Menginap Di Homesay Ad Lia Villa Melaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Negara Apa Bahasanya Nama Orang Be Like

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Keberanian Bank Bank Besar As Menghadapi Cabaran Ekonomi Semasa

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Loela Drakel Api Cinta Chord