Percutian Zermatt Dan Gornergrat Hari 7



Kali ini saya ingin menyambung catatan perjalanan kami di Switzerland. Sebetulnya berada di sini selama 4 hari, sangat tidak mencukupi untuk menerokai bumi Switzerland yang sangat cantik dan menakjubkan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Kami keluar chalet pukul 10 pagi untuk ke Zermatt. Zermatt adalah tempat yang harus dilawati jika bercuti di Switzerland. Untuk ke sana, kereta kami perlu menaiki keretapi pengangkut yang perjalanan dalam 11 batu dengan tambang CHF27 (RM115.00) sehala untuk satu kenderaan. 



Dari hotel kami ke stesyen keretapi yang dipanggil sebagai ferry yang akan membawa kereta kita melintasi gunung melalui terowong bawah tanah yang gelap gelita ke Station Goppenstein. 

Ketika di dalam train, pemandu dikehendaki mematikan enjin kereta dan menukarkan siaran radio pada frekuensi tertentu untuk perhubungan serta informasi semasa perjalanan. Keluar dari stesyen keretapi, kami meneruskan perjalanan lagi sebelum tiba di Matterhorn Terminal Tasch. 

Apabila tiba di Tasch, jalanraya akan mati di sini dan pemandu perlu parking kereta di kawasan yang disediakan. Zermatt adalah sebuah perkampungan car free village. Kereta awam tidak dibenarkan masuk ke pekan Zermatt. Yang ada kereta kuda atau kereta yang menggunakan kuasa bateri atau kenderaan elektrik sahaja.

Pengunjung perlu parking di Matterhorn Terminal Tasch sebelum menaiki keretapi untuk ke Zermatt. Kami meletak kenderaan di sini dan sebaik keluar dari kereta, telah terasa kesejukan yang amat sangat. Semasa Juita membeli tiket keretapi saya telah ke kaunter untuk menanyakan cuaca di puncak Gornergrat. Saya ditunjukkan TV live yang menunjukkan salji sedang turun di puncak Gornergrat. 



Dari Tasch train station kami mengambil train yang hanya memakan masa selama 10 minit sahaja. 





Sebaik turun dari keretapi, kami bergerak menuju  ke stesyen keretapi untuk naik ke puncak Gornergrat untuk melihat gunung Matterhorn. Harga tiket  untuk 4 orang ialah CHF369 bersamaan UK283 dan RM1500 untuk Zermatt terus ke Gornergrat.   




Gornergrat yang berketinggian 3089 meter adalah antara tempat yang dikatakan harus dikunjungi sekali seumur hidup. Ia nya menpunyai panorama indah dengan puncak Gunung Matterhorn yang cantik. 

Sepanjang perjalanan dalam keretapi selama 33 minit untuk ke puncak, kita dihidangkan dengan pemandangan yang cantik. Keretapi bergerak perlahan untuk memberi peluang pengunjung menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan naik. Perkampungan yang terletak di lembah gunung dengan berlatarbelakangkan gunung yang memutih dengan salji menjadikan panorama yang sangat cantik. 


Gornergrat adalah ski paradise bagi orang bermain ski. Jadi sepanjang perjalanan keretapi ke kemuncak, keretapi akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang yang lengkap berpakaian bermain ski di setiap perhentian. Sesampai di kemuncak, mereka terus bersedia untuk meluncur turun. 
Sesampai di stesyen perhentian akhir, kami turun dari keretapi ketika salji masih lebat. Kami terpaksa berjalan dengan berhati hati kerana ais salji yang menjadikan jalan licin. Kami berjalan ke bangunan yang terletak di bahagian atas. 




Tapi saya dan Nelly terus masuk ke dalam bangunan. Masih terasa risau kalau ada masalah dengan udara nipis seperti mana yang saya alami di Mount Titlis.  Hanya Hubby dan Juita sahaja yang naik ke tempat lebih tinggi untuk bergambar. Namun begitu cuaca tidak begitu cantik, kerana salji menjadikan pemandangan Gunung Matterhorn langsung tidak kelihatan. Lagi pulak, coat yang saya pakai hari itu bukan jenis tahan salji yang basah.

Tidak lama di situ, kami berjalan ke bangunan berhadapan dengan tempat perhentian keretapi. Kami duduk duduk seketika sambil memanaskan badan dan melihat salji yang turun melalui dinding kaca. Kemudian barulah kami mengambil keretapi untuk turun ke pekan Zermatt. 


Sesampai di Pekan Zermatt, kami hanya bersiar siar di sekitar bandar untuk menikmati keindahan rekabentuk rumah papan yang berlatarbelakangkan gunung ganang yang cantik. Zermatt sangat cantik dengan keindahan pekan yang berlatar belakang gunung Matterhorn. Kami singgah ke dalam supermarket untuk mencari sedikit buah buahan untuk dimakan. Haha seronok bergambar dengan sayuran mereka yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.



Banyak juga kedai berjenama di sini seperti Rolex, Patek Phillipe dsb. Pekan ini juga sangat bersih dan kelihatan sangat tenang untuk berjalan jalan santai. Kami memilih untuk tidak tinggal di hotel di Zermatt kerana memikirkan agak susah untuk membawa bag kami yang besar menaiki kereta serta mengheretnya ke hotel. 

Setelah selesai bersiar siar, kami kembali ke stesyen keretapi untuk kembali ke Tasch dan seterusnya balik ke hotel. Sama seperti semasa ke sini, kami balik juga dengan menaiki keretapi pengangkut yang membawa kami ke stesyen berhampiran dengan homestay kami di Kandersteg. 


OK setakat ini catatan perjalanan hari ini. Balik ke bilik, saya hanya berehat sahaja. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/07/percutian-zermatt-dan-gornergrat-hari-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Di Kandersteg Hari 6 Part 3

Percutian Di Kandersteg Hari 6 Part 3

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 280 hits
Telah lama saya hentikan catatan perjalanan kami ke UK dan Eropah bagi memberi laluan kepada entri resepi sempena bulan Ramadhan Sementara saya sibuk dengan projek terkini yang akan saya umumkan tidak lama lagi ada baiknya saya menyambung s...
Pengalaman Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Perhentian

Pengalaman Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1007 hits
Assalamualaikum Baru baru ni kawan saya ajak bercuti di Pulau Perhentian Jika ikut plan asal macam dah tak nak ikut Tapi bagi memenuhi hajat kenkawan saya join ja la Ada banyak lagi kerja kerja lain yang perlu diselesaikan Tapi disebabkan s...
Pencarian Helikopter Tni Di Hari Ke 7 Terkendala Cuaca

Pencarian Helikopter Tni Di Hari Ke 7 Terkendala Cuaca

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 176 hits
Tim gabungan TNI Polri Basarnas dan masyarakat masih melakukan pencarian helikopter milik TNI AD jenis MI 17 HA 5138 yang hilang kontak sejak Jumat pekan lalu di Kabupaten Pegunungan Bintang Papua Hingga Kamis helikopter belum ditemukan Bah...
Baru 18 Hari Jadi Mommy Dan Daddy Untuk Noah Allah Ambil Noah Bermain Di Syurga

Baru 18 Hari Jadi Mommy Dan Daddy Untuk Noah Allah Ambil Noah Bermain Di Syurga

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 425 hits
Siapa kita nak menidakkan takdir Allah tapi itulah hakikat yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak syurga ketika berusia 18 hari selepas dilahirkan Pemergian ini sesuatu yang sangat mengejutkan buat pasanga...
Bersalin Mudah Langsung Tak Jahit 20 Hari Berpantang Dynas Dah Buat Senaman

Bersalin Mudah Langsung Tak Jahit 20 Hari Berpantang Dynas Dah Buat Senaman

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 483 hits
Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar menjawab persoalan orang ramai yang terkejut melihatnya melakukan senaman ketika dalam pantang baru baru ini Menurut Dynas sebelum melakukan senaman peranakan ketika dalam pantang dia telah meminta nasiha...
Kejap Je Allah Bagi Pinjam Lelaki Gembira Excited Dapat Tahu Isteri Mengandung Tapi 5 Hari Kemudian

Kejap Je Allah Bagi Pinjam Lelaki Gembira Excited Dapat Tahu Isteri Mengandung Tapi 5 Hari Kemudian

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 560 hits
Ikuti kami untuk berita viral setiap hari Memang tak boleh nak explain macam mana happy perasaan dia bila kita rancang untuk dapatkan anak lepastu bila buat pregnancy test result yang kita dapat tu positif Macam tu jugalah perasaan seorang ...
Kesaksian Pendaki Yang Hilang 6 Hari Di Gunung Muro Dengar Pesan Penting Apa Diakhir Pengakuannya

Kesaksian Pendaki Yang Hilang 6 Hari Di Gunung Muro Dengar Pesan Penting Apa Diakhir Pengakuannya

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 212 hits
Thoriq Rizki Maulidan pendaki yang tersesat di Gunung Piramid Bondowoso Jawa Timur belum juga ditemukan hingga kini Tim SAR Basarnas dan PMI setempat hingga orang pintar pun sudah diturunkan untuk mencari keberadaannya namun hasil nihil Dug...
Bayi Lima Hari Maut Kemalangan Ibu Cedera Parah

Bayi Lima Hari Maut Kemalangan Ibu Cedera Parah

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 623 hits
BATANG KALI Bayi berusia lima hari yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pagi tadi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu Ibu bayi berkenaan berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah denga...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik