Percutian Ke Pulau Langkawi Di Taja



ikutkan aku nak post entri ini selepas dari majlis resepsi aku. sebab percutian ke langkawi ni berupa hadiah dari ayah untuk dua orang anaknya yang berkahwin. bukan honeymoon, lebih kepada percutian keluarga lah. 
masalahnya entri majlis resepsi yang aku nak post selepas setahun pun tak post lagi. kononnya nak publish masa anniversary setahun. nah kau, nak 2 tahun masih belum tulis apa - apa. tiba - tiba aku rasa menyesal. gambar tak lengkap, ingatan dah lupa, kenangan makin samar. kenapa aku simpan perangai malas dalam menulis kenangan untuk aku simpan? salah siapa nih. marah betul. paling rasa marah bila setiap percutian aku, gambar tak lengkap. aku tak ambil gambar makan malam. gambar resort / homestay/ kenderaan yang aku naik. aduh. menyesal tak sudah. namun tetaplah nasi dah jadi bubur. aku kena jadi lebih prihatin lain kali. 
Bercuti ke Langkawi 3 Hari 2 Malampercutian ke langkawi kali ini adalah selama 3 hari. bermula 12 februari 2022 sehingga 14 februari 2023. antara ahli yang terlibat ialah keluarga aku lah. hahaha. lepastu ada makcik aku dan anak - anak serta atuk dan nenek. tambahan satu keluarga kecil iaitu kawan aya. si havoc; pakcik zul. oh sebenarnya ayah aku dah beli tiket untuk semua orang. di akhir waktu, atuk dan nenek tak jadi pergi sebab percutian ke langkawi akan ada aktiviti mendaki dan lain lain. kaki atuk aku tak kuat. nenek aku nak, tapi dia kesiankan atuk aku lonely nanti. hahaha sunyi orang tua tu. 

Tiket Asing Jadual Berubah
pakcik zul beli tiket sendirian berhad. ayah belikan tiket untuk keluarga aku dan makcik aku sahaja. air asia dan sidai orang berpisah tiada. aku dan iwan antara orang yang malang juga. hahaha. perjalanan pergi aku dilambatkan dan aku paling awal pulang ke selangor. sakit hati betul ya. 
trip pertama berlepas ialah ayah, mak, adik aku 4 orang, cu dan anaknya. trip kedua ialah aku, iwan, syazwan dan isterinya. aku dan 3 orang lainnya ke lapangan terbang dihantar oleh seorang pemandu iaitu kawan ayah aku. jiran sekampung lah orang kata. dia pun memang bawa van. sesuai sangat nak hantarkan kami. ada imbuhan upah untuknya. 
aku sampai di lapangan terbang lebih kurang jam 9pagi. tak ingat berlepas jam berapa. namun tiba ke destinasi pada jam 12.05tengahari. cahaya matahari terik memancar kami. 

sampai sahaja di lapangan terbang langkawi, kami mencari kereta sewa yang telah ditempah oleh ayah. syazwan memakai myvi manakala aku dan iwan pakai kereta apetah la. perjanjian nya myvi 1, axia 1. tapi yang dapat kereta lain. huhu. memang kereta yang aku dapat agak malang keladi. memang aku ingat betul. 

Kereta Sewa Malangmaklumlah, ini kali pertama menggunakan kereta sewa. selepas dapat kunci memang kami terus gerak ke perhentian pertama iaitu mencari makan mengisi perut yang lapar. tak ada masa nak check kondisi kereta ke apa. memang dah lapar sangat. kami ke laksa corner langkawi. tiada gambar makanan harap maklum. 



selepas makan, aku dan iwan sempat ke pinggir pantai ambil gambar berdua. itu memang sudah semestinya. 

selepas makan, kami semua bergerak ke homestay. homestay yang ayah tempah ialah sebuah rumah yang ada 3 bilik dan tambahan 2 bilik asing. aku dan syazwan masing - masing dapat sebuah bilik. mak ayah adik - adik, makcik dan anaknya, serta pakcik havoc; zul duduk serumah. 


Aktiviti Menarik di Pulau Langkawi | Hari PertamaLangkawi Mangrove Tour | Eagle Feeding dan Sungai Kilim
aktiviti petang kami ialah memberi makan helang walaupun sebenarnya semua penakut. hahahaha. tak de kose nak bagi makan helang. pandai - pandai lah helang tu cari makan sendiri ye dak. disebabkan kami ni datang dalam kumpulan yang besar, dapatlah naik satu bot yang besar untuk memuatkan kumpulan kami tanpa ada pengungjung lain. bab harga korang search jelah. aku pun tak tahu sangat. 


perjalanan bot membawa kami ke habitat burung helang. pemandu bot mula membuang kulit ayam untuk mengumpan sang helang datang berkerumun. terlalu asyik. aku takut dan risau kalau - kalau helang ni menyambar aku. aku minta maaf kalau ada bahagian yang aku  tertinggal. masih samar nak mengingat semua. 
pakcik zul terpaling berani. duduk hujung - hujung bot. ngeri jelah kalau jatuh dalam air tu. warna dah seram. 

ayah juga buat - buat berani bergambar dihujung bot. tapi tak boleh lawan pakcik zul. dia berdiri hujung bot seperti pelakon kapal titanic. hahahha. kau bayangkan jelah. aku malas nak share gambar terlalu aib. tibaa ~ rasanya kami ada pergi ke gua buaya? 
Gua Kelawar
perjalanan seterusnya ialah ke gua kelawar. masih lagi menaik bot yang sama. bot akan berhenti di jeti dan kami diturunkan disitu. rasanya disini ada sekawan monyet liar. disini kami berjalan sendiri dan tiada panduarah. 
jangan risau dengan kegelapan kerana laluan ini telah disimen dan tak extream pun. kemudian kami ke kawasan ternak ikan. aktiviti paling aku tak suka bila melibatkan air. tak menyelam mesti ikan. geli! aku buat - buat hadir jela dekat situ. kalau tak hadir tak ada gambar aku pula. maaf lah kalau susun atur lokasi bersepah. aku sendiri sudah lupa yang mana dulu yang mana terkemudian


tak silap ada kedai makan kawasan ternak ikan ni. aku fikir ayah nak ajak kami makan tengahari disini. sangkaan ku meleset. hahaha. lagipun restoran ni mesti mahal kan. 
aktiviti hari berkenaan dilanjutkan sehingga ke dataran lang. 
Dataran Lang
di dataran lang tiada apa yang nak dibuat selain bergambar dengan mercu tanda 'done hadir' langkawi. yang menariknya dekat sini kawasan agak luas. jika datang pada waktu tengahari atau petang, bawa lah topi dan cermin mata hitam kalis cahaya matahari. memang panas terik. korang boleh membeli belah disini. 
aku sempat beli 'baju baru' sebagai kenang kenangan untuk aku pakai di ke esokkan hari. 

Pengalaman Pahit di Pulau LangkawiKena Saman 
kenangan pahit yang tak dapat dilupakan di langkawi ialah kena saman. hahaah yang ni kelakar. yelah kali pertama pakai kereta sewa, mana ada pengetahuan nak check petrol lah, check kondisi kereta lah, check roadtax kereta lah. memang tak ada masa dan tak tahu. tahu ambil kunci, kereta boleh jalan then jalan. 
selepas pulang ke dataran lang (mungkin) menuju ke homestay, di pertengahan jalan ada sekatan jalan raya. memang tak boleh nak berpatah balik dan kami memang confident kereta kami okay. aku dah siap tukar pemandu sebab rekod aku baik. rupanya kereta aku naiki kena saman kerana roadtax telah tamat tempoh. syazwan pun kena saman juga. lesen mati. hahaha elok lah tu. masing - masing kena keluar rm300. nasib aku baik sebab aku disaman atas kesalahan kereta bukan diri sendiri. aku tak perlu keluar rm300 tetapi pemilik kereta sewa yang kena keluar duit. 
kereta sewa di pulau langkawi ni adalah satu hal yang penting dan menjadi keutamaan. bukan semua orang akan bawa kereta sendiri bila ke sana. sangat tak logik bila kereta tu roadtax mati. aku pun dah lupa nama syarikat tu. kalau tahu, aku tepek dekat sini. hehehe

Minyak Kereta Habisselepas aku maklumkan empunya kereta sewa, dia memberikan kami sebuah kereta lain. tak silap aku mungkin axia/ myvi yang agak 'buruk/ lama'. kami terima seadanya lah. kerana kereta yang awal kami dapat dah tak boleh digunakan lagi. 
kereta sewa yang lama kami tinggalkan di tempat kami menikmati makan malam (aku lupa dimana). iwan dimaklumkan untuk ambil kunci kereta sewa yang baru di sekitar itu. hari itu kami gembira kerana telah memiliki kereta lain. 


rupanya ini malapetaka malang kali kedua. hahahhaa. sakit hati aku. dalam perjalanan pulang ke homestay dari tempat makan, kereta kami tersengguk - sengguk. minyak petrol tinggal 1 atau 2 bar sahaja semasa kami terima kereta. perjalanan dari tempat makan ke kawasan petrol pam terdekat agak 'jauh' dan tak sempat sampai. sudahnya, aku dan iwan berhenti di kawasan deret kedai dan menunggu yang lain tiba menyelamatkan kami. 
aku dah la baru je isi minyak kereta lagi satu yang dah mati roadtax. sekarang kereta minyak ni pula yang habis. akhirnya ayah ambil keputusan untuk tidak lagi kami gunakan kereta asing. ayah minta kami berkongsi kereta dengan syazwan kerana kami antara orang paling awal yang akan pulang. 
tamat untuk hari pertama yang penuh dengan malapetaka. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/10/percutian-ke-pulau-langkawi-di-taja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi

Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 286 hits
entri ini adalah sambungan dari entri yang tak sempat baca permulaan cerita boleh singgah sana Aktiviti Menarik di Pulau Langkawi Hari KeduaLangkawi SkyBridgenak ke langkawi skybridge kena naik cable car kau orang boleh bayangkan tak reaksi...
Bercuti Ke Pulau Tioman

Bercuti Ke Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 377 hits
Saya dan dua teman bercuti di Pulau Tioman selama lima hari dan tujuan utama kami ke sini adalah untuk mendaki Gunung Nenek Semukut Hampir 20 tahun dulu saya datang ke Pulau Tioman untuk bercuti maka berputiklah hasrat untuk mendaki Gunung ...
Pulau Pinang Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah Di Malaysia

Pulau Pinang Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 184 hits
Semenjak 21 tahun terakhir saya pernah menetap di Selangor paling lama di Negeri Sembilan dan kini di Pulau Pinang Cerita tentang bil air semasa menetap di Selangor dulu saya pernah menikmati bil air percuma bagi penggunaan 20 m yang pertam...
Harga Paket Wisata Pulau Seribu 2 Hari 1 Malam Untuk Keluarga

Harga Paket Wisata Pulau Seribu 2 Hari 1 Malam Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 266 hits
Harga Paket Wisata Pulau Seribu 2 Hari 1 Malam Untuk Keluarga Pulau Seribu menjadi destinasi yang populer di Indonesia terutama bagi keluarga yang ingin menikmati liburan seru di tengah keindahan alam Salah satu pilihan terbaik untuk mengun...
Pulau Terpencil Menjadi Rumah Park Eunbin Kembali Dengan Castaway Diva

Pulau Terpencil Menjadi Rumah Park Eunbin Kembali Dengan Castaway Diva

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 160 hits
Drama terbaru Park Eun bin bakal ditayangkan tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Castaway Diva merupakan sebuah drama komedi romantik yang dibintangi oleh Park Eun bin Di mana ianya menceritakan tentang seorang penyanyi yang bercita cita tinggi...
Langkawi Mp Defends Wearing Nothing Invite Claims Provocative Question

Langkawi Mp Defends Wearing Nothing Invite Claims Provocative Question

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 172 hits
Langkawi MP Mohd Suhaimi Abdullah has defended his invitation for Seputeh MP Teresa Kok to visit the island s beaches wearing nothing describing it as a provocative answer to an allegedly provocative question Berita Harian also quoted the B...
Discover Langkawi Best Activities To Do In The Jewel Of Kedah Malaysia

Discover Langkawi Best Activities To Do In The Jewel Of Kedah Malaysia

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum hi everyone Discover Langkawi Best Activities To Do in the Jewel of Kedah Malaysia Come lets Kak Sue share more with you all about Discover Langkawi Best Activities ti Do in the Jewel of Kedah Malaysia Discover Langkawi Best...
Uproar In Dewan Over Langkawi Mp S Lewd Invitation To Kok

Uproar In Dewan Over Langkawi Mp S Lewd Invitation To Kok

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 174 hits
Shuhaimi Abdullah said he was curious as to what Teresa Kok would wear to Langkawi KUALA LUMPUR An opposition MP has told a government backbencher that she could visit Langkawi without any clothes The lewd remark came after Teresa Kok inter...
Mp Langkawi Teresa Boleh Datang Langkawi Tak Pakai Apa Pun Tak Apa

Mp Langkawi Teresa Boleh Datang Langkawi Tak Pakai Apa Pun Tak Apa

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 169 hits
MalaysiakiniPARLIMEN Mohd Suhaimi Abdullah cuba mempertahan kerajaan Kedah daripada dakwaan mengenakan kod etika pakaian kepada pelancong Bagaimanapun kenyataannya mencetuskan kontroversi lain apabila mengundang Teresa Kok ke pulau perangin...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase