Percutian Ke Langkawi Bersama Keluarga Selepas Covid 19


Alhamdulillah, perancangan percutian ke Langkawi bersama keluarga selepas Covid 19 pada tahun 2020 , menjadi kenyataan walaupun ianya hanya dibuat pada saat-saat akhir. Ramai yang tanya, selamatkah bercuti kesana? Apakah Covid 19 tak ada di Langkawi? SOP pula bagaimana? Semuanya okay, malah jangan risau, kita mesti buat sesuatu untuk menyokong perlancongan dalam negara dengan memastikan SOP dijaga. InsyaAllah. Harga tiket dari Kuala Perlis ke Langkawi Kami sampai awal, jadi dapat parking betul-betul di tepi bangunan jeti Kuala Perlis. Kos letak kereta sehari RM10.00 sahaja. Keadaan di jeti Kuala Perlis pada 27July 2020 – Hari pertama ke Langkawi. Cuti-cuti Malaysia. Ingatkan tak ramai orang pagi-pagi begini. Rupanya penuh juga feri.  Harga tiket dari Jeti Kuala Perlis.Tiket : Dewasa Rm18 (one way)Kanak-kanak : Rm13 (one way) Perancangan percutian kami di buat saat akhir. Ini pun setelah kami melakukan beberapa persediaan dan kajian. Un beli tiket secara online. Harga tiket dewasa RM18.00 sehala dan kanak-kanak RM13.00 . Oleh sebab beli online, kami beli sahaja untuk mak harga tiket adults. Harga untuk warga emas tak pasti ada perbezaan atau sama. Saya jenis pilih yang mudah dan menyenangkan. Kos 3dewasa , 4 kanak-kanak RM212.00. Perjalanan kami agak pantas, ambil masa kira-kira 1 jam sahaja. Tetapi laut agak bergelora, melambung rasanya dalam feri masa pergi. Sampai sahaja jeti, kami ambil gambar sebagai kenangan 🙂 Percutian ke Langkawi bersama keluarga -Penginapan kami di Alia Residence Business Resort  Booking penginapan pun hanya di buat pada 24 Julai 2020 – kami memilih penginapan yang sederhana kena dengan bajet yang ada sahaja. Maka, Alia Residence Business Resort yang menjadi pilihan kami. Terletak tak jauh daripada PULAPOL Langkawi dan berada dalam kawasan / daerah Padang Maksirat. 1 bilik family kami dapat dengan harga RM259.62 : Your booking has been paid in full Family Room MYR 259.62 Included in price: Service Charge 10% | Not included in price (collected by the property): Tourism Fee RM 20.00 Total charge to card: MYR 259.62 ini copy daripada Agoda Statement di Email. So far, bilik ini okay sangat bagi kami yang 3 dewasa dan 4 kanak-kanak. Bilik sahaja tanpa breakfast. Tapi ada swimming pool. UN bagi je anak-anak main air, insyaAllah tak ada apa-apa kemungkinan buruk. Kena yakin. Dataran Lang – sarapan dan ‘check in’ Langkawi Kami memilih untuk sarapan di kawasan sekitar Dataran Lang.Dan kami makan untuk alas perut adalah – roti canaui. Mak makan nasi dan ayam goreng. Bila perut dah kenyang, kami menapak menghala ke Tugu Helang yang menandakan kami dah sampai ke Langkawi. Check in! Sampai tadi terus menghala ke Dataran Lang. Pagi-pagi matahari tak memacak atas kepala. Lega sikit rasa, cuma awan tak biru, its cloudy.  Oleh sebab cuaca mendung, kami tak lama di sini. Lepas ambil gambar terus kami menghala ke – Taman Buaya Langkawi Taman Buaya Langkawi Kalau tengokkan di website , Taman Buaya Langkawi amat menarik. Apabila tayar kereta bergolek masuk ke Taman Buaya ini, terdetik..masih beroperasi ke tidak ini. Macam tak ada orang. Tapi sebab anak-anak sukakan buaya dan binatang, kami masuk juga ke dalam taman ini. Kos masuk ada pelbagai pakej, tapi kami ambil pakej yang berharga RM60.00 untuk 2 adults dan 2 kids. Oleh sebab kami 3 dewasa dan 4 kanak-kanak, kami bayar extra untuk 1 dewasa, takpa halal untuk 1 tiket dewasa. Kutipan pun untuk pembangunan dan kebajikan buaya-buaya di dalam Taman juga. Waktu pertunjukkan buaya adalah jam 1115pagi. Jadi kalau plan nak tengok buaya beraksi pastikan sampai awal. Lebih relax. Kami pula, sampai 1113pagi, beli tiket pun berkejar untuk memastikan tidak ketinggalan untuk menonton persembahan ini. Bukan sebarangan buaya, nampak diam tapi sekali dia menyerang,boleh tahan garang. Last tuuu…video tu terpusing sebab si Sarah hilangkan diri. Dia melalak …..takut ,p menyorok belakang pokok-pokok renek. Kata dia, nanti abah angkat dia bagi buaya. 😂🤣 Aktiviti ini dah termasuk dalam entry fees. Boleh pilih kolam untuk bagi anak buaya makan. Sebelum masuk kesini – ada juga part yang kita boleh tengok staff bagi buaya makan ayam. Boleh tengok di sini . Jurassic Crocs – juga dalam Taman Buaya Bayaran RM60.00 dalam pakej kami ambil termasuk untuk melihat buaya dan menyaksikan persembahan di Jurassic Crocs. Sungguh memang buat anak-anak happy sangat. Ada juga sudut informasi untuk anak-anak belajar mengenai buaya. Dalam taman ni ada pelbagai pesies buaya yang tak pernah nampak pun ada. Ada buaya bengkok ada buaya kontot. Shopping Di Haji Ismail Group Petang hari pertama – kami memilih untuk shopping dahulu. Bukan apa sebab 2nd day dah aturkan aktiviti yang memenatkan. Gila pyrex – huhuuhh tapi tak beli juga, sebab dah cukup apa yang ada dirumah. Memadai guna aa yang ada, ikut hati semua nak rembat. Tadaa…. hasil pujukan rayuan…1 troli je pun…ikut hati nak lagi beli, tapi bila pikir nak gendong turun naik feri, terus terbatal hasrat. Tapi tersinggah jugalah kali ke-2 kat HIG bangunan lama, sebelum gerak balik. Rasa ada je tak cukup. Harga sama je di bangunan lama dan bangunan HIG baru. Beli je dulu, pastu mujuq laa orang sebelah bagi claim balik kos yang hangus. Overall, hasil jalan-jalan dan pemantauan harga, harga coklat di #HIGLangkawi lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Ada tu, beza harga sampai Rm1.50 sehingga Rm2.00. Jadi, baik beli di HIG.  Makan malam di – House Of BBQ Lamb Bohor Tempoyak Last selepas siap shopping, kami singgah makan di House Of BBQ Lamb Bohor Tempoyak. Kebetulan jumpa restoran ini. Kedai biasa je, tapi masakan superb. Nasi goreng biasa RM6.00 , Nasi Goreng Kampung RM5.00 RASA nasi goreng kampung dia memang tersedap lah. Jarang jumpa yang sedap macam ni. Balik je terus kami lena. Lupa nak snap pemandangan sekitar kawasan side walk Pantai Chenang, sunyi sepi tanpa pelancong. Yang ada pun hanya mungkin pelancong yang terkandas akibat Covid-19. Hari pertama berjalan lancar dan UN sambung nanti entry hari ke-dua.
The post Percutian ke Langkawi bersama keluarga selepas Covid 19 appeared first on Ummi Nani.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://umminani.com/2020/08/percutian-ke-langkawi-bersama-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Bbq Selepas Berbulan Terpisah 14 Ahli Keluarga Dilaporkan Dijangkiti Covid 19

Buat Bbq Selepas Berbulan Terpisah 14 Ahli Keluarga Dilaporkan Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 283 hits
Sebuah keluarga di Texas terpaksa menerima rawatan apabila 14 orang daripada ahli keluarga tersebut dilaporkan dijangkiti dengan virus COVID 19 lapor Fox 4 Menurut portal Fox 4 selepas terpisah selama beberapa bulan keluarga tersebut telah ...
Selepas 19 Hari Aishwarya Rai Anak Perempuan Kini Disahkan Pulih Dari Covid 19

Selepas 19 Hari Aishwarya Rai Anak Perempuan Kini Disahkan Pulih Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 253 hits
Gempar baru baru ini apabila media melaporkan Aiswarya Rai dan anak perempuanya Aaradhya berumur 8 tahun turut disahkan positif Covid 19 selepas suaminya Abhishek dan bapa mentuanya yang terlebih dahulu disahkan dengan virus tersebut Namun ...
Lebih 200 Kanak Kanak Hadiri Kem Musim Panas Dijangkiti Covid 19 Selepas Penganjur Tak Wajibkan Pakai Topeng Muka

Lebih 200 Kanak Kanak Hadiri Kem Musim Panas Dijangkiti Covid 19 Selepas Penganjur Tak Wajibkan Pakai Topeng Muka

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 430 hits
Lebih 200 kanak kanak hadiri kem musim panas dijangkiti Covid 19 selepas penganjur tak wajibkan pakai topeng mukaGara gara penganjur tidak mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka lebih 200 kanak kanak dijangkiti Covid 19 selepas menghadiri...
Yang Menarik Di Langkawi Selepas Pkbb

Yang Menarik Di Langkawi Selepas Pkbb

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum korang lamanya blog i ni menyepi Maklumlah sekarang ni too many chores yang i kena catch up sampai tak cukup tanah nak reach all the updates Tapi alhamdulillah selepas kebenaran merentas negeri bulan lepas Berpeluang juga ke...
Presiden Belarus Sah Dijangkiti Selepas Dakwa Sauna Vodka Mampu Elak Covid 19

Presiden Belarus Sah Dijangkiti Selepas Dakwa Sauna Vodka Mampu Elak Covid 19

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 275 hits
Presiden Belarus Alexander Lukashenko yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan amalan sauna dan minum vodka bagi mengelak terkena COVID 19 disahkan dijangkiti virus berkenaan Lukashenko sebelum ini mendakwa kebal daripa...
Impak Sebenar Covid 19 Selepas September

Impak Sebenar Covid 19 Selepas September

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 239 hits
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Dr Abd Halim Husin mengakui terdapat syarikat syarikat di bawah persatuan itu yang gulung tikar susulan krisis Covid 19 yang menyaksikan negara terpaksa melaksanakan siri Perintah Kawalan Pergerakan...
Delima Redang Resort Lokasi Percutian Keluarga Tahun 2020

Delima Redang Resort Lokasi Percutian Keluarga Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 440 hits
Delima Redang Resort Ini merupakan pengalaman kedua kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Pulau Redang ini Planning last minit Mencari tempat percutian keluarga yang saya rasakan sangat berbaloi dan ianya membuahkan hasil Melalui pencarian me...
33 Krew Kapal Persiaran Dilaporkan Dijangkiti Covid 19 Selepas Berlabuh Dari Laut

33 Krew Kapal Persiaran Dilaporkan Dijangkiti Covid 19 Selepas Berlabuh Dari Laut

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 244 hits
Sebuah kapal persiaran Norway dilaporkan diserang dengan wabak COVID 19 selepas lebih sebulan berlayar untuk kali pertamanya sejak wabak pandemik itu melanda dunia Ketika semua penumpang sudah mulai meninggalkan kapal tersebut pemiliknya te...
Beri Semangat Wabup Bantul Kunjungi Keluarga Pasien Covid 19

Beri Semangat Wabup Bantul Kunjungi Keluarga Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 203 hits
Wakil Bupati Bantul Daerah Istimewa Yogyakarta Abdul Halim Muslih mengunjungi keluarga pasien positif Covid 19 di Desa Sitimulyo Kecamatan Piyungan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner