Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort


 
Untuk Edisi Percutian kali ini, AlongMurni (AM) nak kongsikan pengalaman AM menginap selama dua hari satu malam di AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT yang terletak di Bagan Lalang, Selangor melalui PROGRAM SEPANG FAM TRIP anjuran TOURISM SELANGOR.



PERCUTIAN DAN PENGINAPAN MENARIK DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT merupakan sebuah resort yang terletak di atas air dan pemandangan dari atas udara, akan nampak jelas seperti sebatang pokok kelapa.  Avani Sepang Goldcoast Resort mempunyai 315-unit bilik dan villa. Setiap bilik/Villa mewakili pelepah pokok kelapa ini. Ada disediakan Buggy untuk membawa AM dan beg/luggage ke Villa yang telah disediakan. 

AM bersama dengan Zayani dan Aerill menaiki buggy

PENGINAPAN 2 HARI SATU MALAM DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORTAM menginap di Two Bedroom Villa

KEUNIKAN VILLA DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORTTerdapat 4 jenis bilik/villa iaitu:

SUPERIOR ROOM : bersaiz 52 sqm / 560 sqft yang memuatkan dua orang dewasaFAMILY VILLA : bersaiz 82 sqm / 882 sqft yang memuatkan 4 orang dewasaTWO BEDROOM VILLA : bersaiz 122 sqm / 1,313 sqft yang memuatkan 5 orang dewasaTHREE BEDROOM VILLA : bersaiz 232 sqm / 2,496 sqft yang memuatkan 6 orang dewasa
TWO BEDROOM VILLA

AM dan rakan-rakan seramai 5 orang telah ditempatkan untuk menginap di villa jenis Two Bedroom Villa. Secara peribadi, AM merasakan ruangan di dalam Two Bedroom ini agar besar, eksklusif dan lengkap dengan kemudahan sedia ada. 
Memang sangat sesuai untuk menginap antara 4 ke 5 orang bagi satu-satu villa. Sungguh unik dan menarik design yang terdapat di Avani Sepang GoldCoast Resort. Segalanya serba lengkap terutamanya balkoni yang mempunyai pemandangan laut yang indah. 
Setiap bilik terdapat penghawa dingin dan juga kipas. Tidak lupa juga siap tersedia saterika dan papan bagi memudahkan untuk menggosok baju atau tudung untuk digunakan keesokkan hari. 
Bilik air juga lengkap tersedia dengan berus dan ubat gigi, tisu, shower cap, sabun mandi dan syampoo, tuala dan terdapat water heater. 
KELEBIHAN Teres atau balkoni peribadi dengan pemandangan panoramik laut2 bilik tidur dengan 1 bilik mandiBilik mandi marmar bilik tidur utama dengan tab mandi dan pancuran mandian berasinganRuang tamuTelevisyen LCD di ruang tamu dan bilik tidur utamaAkses internet berkelajuan tinggiJubah mandi dan seliparCerek air bersama sachet Kopi, Teh, Gula dan Cremer
SANTAI MINUM PETANG DI SEPOI-SEPOI RESTAURANT Menu hidangan di Sepoi-sepoi Restaurant berkonsepkan sajian tempatan asli dan barat. Jadi sajian yang dipilih untuk santai minum petang adalah:

PizzaChicken ChopSateSet BurgerRojak BuahAir Kelapa
Setiap hidangan portionnya agak banyak dan boleh dikongsi bersama 2 atau 3 orang untuk satu-satu menu. Memang santai dapat minum petang sambil borak bersama rakan untuk merancang aktiviti yang ingin dilakukan di Avani Sepang Goldcoast Resort. 

NIKMATI MAKAN MALAM DI HAI SANG LOU RESTAURANT Menu sajian di Hai Sang Lou Restaurant berkonsepkan chinese style dan muslim friendly. Rasanya sangat enak dan memiliki selera oriental yang lazat. Memang sedap dinikmati ketika makan malam. 

Antara menu yang sempat AM cuba adalah:

Fried Sliced Beef with Black Paper SauceRoasted Chicken with Sichuan Spicy Sesame DressingCantonese Style Hor Fun with Seafood in Egg GravySteamed COD Fish in Premium Soy SauceFried Squid with Salted Egg
AKTIVITI MENARIK DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT AVANISPA

Sambil bersenang-senang di Avani Sepang GoldCoast Resort, AvaniSpa juga turut menawarkan perkhidmatan spa dan urutan. Ianya menjadi saat paling releks yang boleh nikmati sepanjang percutian di sini terutamanya dilayan dengan mesra oleh kakitangan AvaniSpa. Semestinya memanjakan diri menjadi pilihan untuk pengalaman berbeza.

AM sendiri tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri urutan di AvaniSpa. AM diberi minuman yang sihat dan segar sebelum memulakan urutan. Memang best bila diurut sampai menikmati angin laut yang menenangkan.  

MENAIKI ATVATV sangat terkenal sebagai antara sukan lasak disukai ramai. AM sendiri sangat menyukai untuk menaiki ATV kerana ianya mencabar untuk mengendalikan ATV ini. Kekuatan tangan sangat diperlukan terutama apabila membelok ke satu-satu selekoh kerana saiz ATV yang sememangnya berat.
Trek yang digunakan untuk ATV ini agak santai dan mudah bagi yang baru nak menjinak-jinak diri untuk menaiki ATV. Masa diberikan 20 minit bagi setiap sesi. 



SMILEY BEACH FIRE SHOWPada waktu malam, AM berpeluang untuk menyaksikan ‘Smiley Beach Fire Show’ yang dilakukan di Pantai bersebelahan Avani Sepang Goldcoast Resort. Pertunjukan api yang sangat menarik kerana Kumpulan ini telah melakukan beberapa formasi yang super-duper hebat seperti mandi api, makan dan sembur api, menari di dalam api dan beberapa formasi lain yang menarik.


AM sendiri berpeluang mengangkat batang besi berapi yang menjadi alat utama dalam persembahan. Sememangnya untuk mempunyai kemahiran mengendalikan batang besi yang disaluti api bukan sesuatu yang mudah kerana berisiko untuk tercedera. AM kagum dengan persembahan dan formasi yang dilakukan. 



BERBASIKALAM sempat juga berbasikal untuk ke Villa selepas selesai menonton Pertunjukan Api. Yelah, AM nak berbasikal di siang hari tapi memandangkan cuaca yang agak panas dan jadual yang padat jadi AM memilih untuk berbasikal di malam hari. 
Agak seronok berbasikal ke bilik sambil merasai angin laut yang mendamaikan. Rasa tenang dan siap menyanyi sambil mengayuh basikal sehingga ke Villa AM. Nak nak berbasikal santai bersama rakan-rakan. Memang menjadi detik-detik yang indah dan manis buat AM. 
OOTDDi Avani Sepang Goldcoast Resort ini juga terdapat lokasi yang menarik dan cantik untuk OOTD. Macam-macam gaya dan style AM buat bila berada di sini. Memang seronok rasanya bila tengok hasil OOTD. AM rasa cantik dan comel sekejap bila berlatar belakangkan pemandangan yang indah!!
SARAPAN PAGI DI BILA BILA RESTAURANTSebelum check out, AM sarapan pagi di Bila Bila Restaurant. Menu sajian di sini memang pelbagai dan banyak pilihan sampai rambang mata AM tak tahu nak mula yang mana dahulu. Masakan di sini juga sedap dan enak. 
Ada masakan melayu, cina, india dan western. Pilihan roti juga pelbagai jenis dan perisa. Ada juga aiskrim yougurt, bijirin sarapan pagi dan pilihan buah-buahan atau manisan. 

Memang satu percutian dan pengalaman yang indah sepanjang AM berada di Avani Sepang Goldcoast Resort. Ada banyak aktiviti menarik dan port-port yang cantik untuk bergambar yang mesti dilakukan dan dikunjungi di sini. InsyaAllah ada rezeki, AM pasti akan datang ke sini bersama keluarga.  Avani Sepang Goldcoast Resort

No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,

Kg Bagan Lalang, Sungai Pelek,

Selangor Darul Ehsan 43950

+603 3182 3600

[email protected]






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/08/percutian-dan-penginapan-menarik-di-avani-sepang-goldcoast-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Pertanian Tradisional Kepada Agro Pelancongan Berkonsep Ladang Buah Naga Di Sepang

Dari Pertanian Tradisional Kepada Agro Pelancongan Berkonsep Ladang Buah Naga Di Sepang

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 336 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang sikasihi sekalian Dalam negara kita banyak lagi yang boleh ditambah nilai menjadi sesuatu yang lebih memberi pulangan daripada yang tradisional ...
Menginap 2h 1m Di Lakeview Terrace Resort Pengerang

Menginap 2h 1m Di Lakeview Terrace Resort Pengerang

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 256 hits
Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang Penginapan yang dah lama umi peram sejak setahun yang lalu Punyalah lama kan Belek belek galeri baru perasan umi tak upload lagi cerita pasal ni Umi tak ingat pulak cuti apa masa kami seke...
Was The Sepang District Police Hq Break In An Inside Job

Was The Sepang District Police Hq Break In An Inside Job

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 168 hits
On Friday July 28 someone entered the exhibit store at the Sepang district police headquarters illegally and removed items which were crucial in many narcotic cases More importantly a bag which contained a laptop with information on the exh...
Temuduga Interview Cabin Crew Airasia Di Red Q Sepang

Temuduga Interview Cabin Crew Airasia Di Red Q Sepang

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 170 hits
Andai anda seorang yang ingin berkerja dan bercuti percuma selama tempoh kerjaya anda ini peluang anda AirAsia akan membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara untuk hadir ke pejabat mereka di RedQuartes Sepang untuk ...
Lawatan Media Influencer Cuti Cuti Malaysia 2023 Teroka Produk Pelancongan Menarik Di Perak

Lawatan Media Influencer Cuti Cuti Malaysia 2023 Teroka Produk Pelancongan Menarik Di Perak

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 261 hits
LAWATAN MEDIA INFLUENCER CUTI CUTI MALAYSIA 2023 TEROKA PRODUK PELANCONGAN MENARIK DI PERAK Assalamualaikum semua Pada 14 Julai 2023 serramai lapan pengamal media terdiri daripada wakil media elektronik penghasil kandungan serta pempengaruh...
Menginap Di Movenpick Hotel Resort

Menginap Di Movenpick Hotel Resort

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 365 hits
Baru baru ini AlongMurni berpeluang menginap di MOVENPICK HOTEL RESORT yang terletak di Sepang Selangor Hotel ini juga dikenali sebagai HOTEL TABUNG HAJI Setiap kali musim haji jemaah dari jauh akan transit di sini sebelum berlepas ke tanah...
Seafood Night Buffet Dinner Di Legoland Malaysia Resort

Seafood Night Buffet Dinner Di Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 353 hits
SEAFOOD Night Buffet Dinner di LEGOLAND Malaysia Resort Minggu Lepas umi berkesempatan jemputan untuk makan makan di Bricks Family Restaurant Legoland Hotel Ini kali pertama umi menjejakkan kaki ke Hotel Legoland Patutlah ramai parents yang...
Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Geo Resort Hotel

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Geo Resort Hotel

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 257 hits
Haritukan Juju ada kongsi pasal dalam bulan puasa Jadi Juju pilih untuk berbuka puasa di sini Alang alang ambil sekali buffet Ramadhan untuk 3 orang Seronok sebenarnya makan secara buffet Makan sikit sikit tapi berulang ulang Tu yang tak se...
Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 148 hits
Korang nak tau tak rasanya ini kali pertama Juju plan cuti cuti Malaysia dalam bulan puasa Huh Agak mencabar juga ya travel dalam bulan puasa ni Tapi dah nama pun kali pertamakan jadi belum cuba belum tau Ha mehla baca pengalaman kali perta...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord