Percubaan Empat Presiden Amerika Menguasai Afghanistan
Afghanistan merupakan negara yang luar biasa. Mereka berpegang kuat pada ahli sunnah waljamaah dan mereka berpegang teguh kepada agama. Dan suatu ketika dahulu, kita punya seronok termasuk saya. Punya seronok, bersyukur pada Allah apabila tentera Afghanistan berjaya mengalahkan Rusia. Dalam satu peperangan yang dikenali sebagai 10 years war, perang 10 tahun.
Tentera mujahidin mengalahkan tentera Rusia dan saya antara manusia yang berkata Allahuakhbar...i'm so happy that..masa itu cukup bergembira, Allahuakhbar. Mereka berperang dari tahun 1979 hingga tahun 1989. Perang 10 tahun, tentera Rusia cabut lari. Kemudian datang pula Amerika, perang Amerika... percubaan Amerika untuk menguasai Afghanistan memakan masa berapa tahun? 20 years. 20 tahun merentasi empat orang presiden. Bermula di era presiden George Bush kemudian Barack Obama, kemudian Donald Trump mereka masih cuba menguasai Afghanistan dan sekarang Joe Biden, cuma Joe Biden mengisytiharkan..cukup lah tentera kita kena dikeluarkan. Campur semua berapa tahun? 20 tahun dan sekarang pihak Taliban disebutkan telah menguasai kabul dan menguasai pemerintahan Afghanistan.
Pertama kita kena kata apa? Alhamdulillah. Kita kena berkata Alhamdulillah...sebagai muslim kita kena berkata Alhamdulillah. Amerika tidak layak duduk di Afghanistan, bukan negara mu wahai American. Russian just get out, ini bukan negara mu. Afghanistan milik rakyat Afghanistan. Taliban, dia antara warga negara Afghanistan. Dia menguasai sekarang, Alhamdulillah ia kembalikan kepada yang berhak. Cuma perbincangan berikutnya adalah bagaimana pemerintahan mereka selepas ini? Sebelum ini bila Taliban menguasai adalah nada-nada negatif, ada tindak tanduk mereka yang...walaupun mereka mengatakan itu islamik tapi ada kontroversi.
Namun, apabila mereka percaya kali ini, bila tentera Amerika keluar daripada Afghanistan, antara ucapan yang saya dengar daripada pemimpin mereka adalah Taliban kali ini berbeza daripada yang lepas. Jadi saya tidak mahu menghukum lagi, dia mengatakan demikian. Mungkin mereka Taliban, orang belajar dan saya mengharapkan mereka telah belajar sesuatu daripada pengalaman sebelum ini dan saya mengharapkan mereka benar-benar sudah berubah dan supaya dengan itu mereka mengangkat amalan Islam mereka dengan cara pengamalan yang cantik, yang elok, supaya dengan itu imej Islam pun cantik dan tidak mendatangkan fitnah di penjuru mereka. Itu doa kita, jangan kita cepat menuduh, mengutuk, jangan-jangan, itu bukan kerja kita. Kerja kita adalah bersyukur sebab Amerika, Rusia sudah keluar dan kita berdoa supaya mereka memerintah walaupun mereka itu dipanggil Taliban, kita jangan kesah sangat bab itu yang penting semoga pemerintahan Afghanistan kali ini pemerintahan yang adil, saksama, profesional dan mengambil kira semua keadaan senario yang mereka harungi. InsyaAllah, allahualam bisawab. - Kuliah Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://detikislam.blogspot.com/2021/09/percubaan-empat-presiden-amerika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29