Percubaan Buat Dan Guna Baja Yakult Telur Dan Ajinomoto
Kemain beria nak cuba cara buat baja guna telur, yakult dan ajinomoto yang viral tu untuk suburkan tanaman. Ada yang dah cuba ke diy baja untuk suburkan tanaman guna yakult, telur dan ajinomoto yang pernah saya kongsikan sebelum ni?
Macamana hasilnya, okay ke tidak? Saya pun baru nak mencuba nak tengok keberkesanan baja untuk suburkan tanaman tu. Dengan semangatnya masa beli barang dapur, beli sekali beli yakult dan ajinomoto.
Telur masih ada stok lagi kat rumah. Jadi, tak perlu beli lagi. Lepas dah campurkan sebotol yakult, 2 biji telur dan ajinomoto dalam satu bekas. Goncang bagi keluar berbuih banyak. Memang berbuih banyak lah naik seinci dari sebelumnya.
Saya biarkan semalaman je. Dah itu pesanan yang ditulis. Tapi tak campurkan dengan air dengan 10 liter sebab tak ada bekas besar. Campur dengan 1 liter air biasa je. Derhaka sangat kan dengan resipi asal baja tu.
Dengan alasan, nanti bila masukkan dalam botol spray tambah lagi air. Boleh tak gitu? Asal boleh je kan. Kalau tak jadi, dah tahu dah mana silapnya. Sila jangan tiru aksi ini di rumah. Ikut cara asal okay.
Apa jadi lepas wembur baja yakult, telur dan ajinomoto?Nak tahu apa jadi, kenalah tunggu hasilnya sebab baru 2 kali je pun saya sembur baja tu. Masih tak nampak lagi kesannya.
Tapi kan, yang tak bestnya baja ni dia mengeluarkan bau hanyir telur sikit dan bau masam yakult tu. Ye lah kan, bahan tu diperam. Telur mentah diperam, haruslah berbau sikit.
Pada saya, baja ni sesuai untuk disemburkan untuk tanaman outdoor yang kawasannya luas supaya bau tu tak berapa nak bau sangat. Kalau jenis rumah taman yang ruangnya tak berapa nak besar sangat dan outdoor jenis tertutup sikit, dinasihatkan sembur sikit-sikit je.
Tanaman indoor tak digalakkan untuk sembur baja ni melainkan pengaliran udara dalam rumah okay. Kalau jenis tahan bau takpa. Kalau jenis sensitif bau macam saya, lebih baik jangan sambur. Nanti tak selesa pula duduk dalam rumah terbau something yang tak best.
Guna air basuhan beras untuk suburkan TanamanAda cara lain lagi untuk suburkan tanaman dengan menggunakan air siraman beras. Yang ni mungkin lebih sesuai untuk tanaman indoor. Yang pastinya lebih menjimatkan dan lebih mudah nak sediakan. Yaa betul!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/12/percubaan-buat-dan-guna-baja-yakult.html