Dapur Farmhouse Pilihan Norpadilah Guna Kayu Pallet Dan Terpakai Jimat Mampu Milik


Beruntunglah andai dapat merealisasikan dapur impian dalam skala mengikut kemampuan kita. Mungkin idea dapur yang tercipta hasil nukilan puan Norpadilah Afandi boleh dijadikan idea atau pembakar semangat mewujudkan ruang memasak yang santai dan mesra keluarga.
Buat suri rumah dari Kampung Temeris, Kuala Pilah ini, keputusan berhenti kerja untuk tumpu perhatian uruskan keluarga lima tahun lepas memberi banyak manfaat. Masanya banyak terisi dengan membuat kerja kerja diy yang menjadi minat sejak dulu.
“Sejak ada banyak masa di rumah, baru dapat tumpu untuk hias rumah supaya lebih selesa dan tenang Bersama keluarga. Dari dulu memang minat ke arah menghias rumah, cuma kekangan kerja tak mengizinkan. Bila dah tak bekerja perlahan-lahan buat satu projek untuk satu ruang. Hanya secara sambilan sambil uruskan keluarga.
Sedia maklum untuk tujuan dan minat itu dah tentu perlukan kos dan modal, jadi saya cuba cari inisiatif untuk sedaya upaya kecilkan kos ataupun zero kos dengan cara diy. Mungkin sebab saya jenis suka cabar diri untuk cuba sesuatu yang baru dan beyond my limits.
Menggunakan kayu terpakai & kayu pallet
Beberapa tahun sebelum berhenti kerja Norpadilah banyak menyimpan gambar-gambar dari pinterest dan merujuk youtube untuk cari satu tema id yang sesuai dengan jiwa dan praktikal.
“Saya sukakan gaya farmhouse, yang mana banyak item-item dekorasinya dan keperluan rumah adalah dari sumber diy. Sesuai dgn bajet saya. Namun untuk rumah saya cuba garapkan farmhouse ini dengan sedikit malay accent. Maka tercetuslah idea untuk #kampunghouse . Saya cuba hasilkan #kampunghousesignaturedecor yang mana setiap deko yang ada dalam kampunghouse saya, adalah hasil diy dan idea saya sepenuhnya. Rumah yang menghimpunkan hasil diy saya.Suka dengan farmhouse mungkin salah satu sebab, tapi suka putih sebab nampk tenang, bersih dan luas.
sebelum ubahsuai
menggunakan kayu pallet
Kayu pallet saya pilih sebab sumber yang mudah nak jumpa, kebetulan memang minat kayu dan neautral look. Begitu juga dengan kayu terpakai, sumber yang sangat mudah dijumpai dan berbaloi untuk projek diy saya.
Kayu pallet ada banyak jenis, yang digunakan untuk ruang dapur kebanyakan adalah pallet hardware yang keras dan tahan lasak. Cukup dengan sapuan minyak hitam atau cat shellac sebagai lapisan sealer. Kayu-kayu terpakai yang diguna juga kebanyakannya reclaimed wood, kayu yang telah dirawat. Setakat ini belum lagi ada masalah anai-anai.
“Saya gunakan cat minyak, jenis finishing glossy dan mudah dicuci. Setakat ni alhamdulillah, anak-anak pun behave juga bila gunakan dapur,lebih disiplin. Suami suka sangat dengan hasil diy ini. Dialah yang menjadi tulang belakang carikan kayu pallet, kayu terpakai di tapak-tapak pelupusan sampah. Kebanyakannya dari dumpster haram di tepi-tepi jalan. Dia memang pandai dan teliti pilih kayu yang sesuai. Dia juga perlahan-lahan belikan saya mesin pemotong kayu, sander dan sebagainya untuk mudahkan kerja,walaupun hanya 2nd hand,”ceritanya.
Projek bagi ruang dapur mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk siap kerana ia bukan projek yang bertumpu atau fokus. Hanya buat sedikit demi sedikit atau dengan kata lain beransur-ansur. Tiada tekanan untuk siapkan dalam tempoh tertentu hanya ikut flow masa dan kesempatan saja. Ia bermula tahun 2018.




“Kalau ikutkan dulu rumah asal rumah papan dan batu. Dalam 10 tahun lepas juga, renovate rumah satu rumah naik batu terus. Termasuklah dapur. Tapi tak tambah saiz dapur pun. Masih saiz dulu juga. Lepas siap, untuk beberapa tahun dapur ini cuma asas saja, macam dapur, peti ais dan lain-lain. Untuk ubah suai dekorasi dapur kepada tema ini saya beli dua unit rak kasut dan cat putih. Selebihnya diy dari pallet. Anggaran untuk kos cat, almari dan alatan pertukangan lebih kurang RM1k + . Itupun perbelanjaan secara beransur-ansur.
Untuk dapur, saya cuma buat diy hiasan dan keperluan dapur. Juga baik pulih dan updgrade perabut sedia ada saja. Dapur ini siap lebih kurang 10 tahun lepas cuma kekurangan modal untuk penuhkan dapur dengan perabut.
Antara kesukaran adalah saya buat semua diy, pertukangan dan mengecat seorang diri. Tapi sebenarnya saya lebih prefer buat seorang mugkin sebab sedikit cerewet. Jadi kerja agak perlahan,”jelasnya.
Kepuasan dirasai
Dapur berkeluasan 20 x 16 ini masih ada ruang yang belum siap, masih ongoing projek iaitu laundy area dan coffee bar.
“Secara jujurnya semua kerja-kerja diy yang saya buat hanyalah sebagai motivasi untuk diri sendiri, untuk terus buat perkara positif yang mampu beri kesan yang positif pada minda dan hati. Juga boleh bantu otak saya terus bekerja dan cergas, di samping itu juga boleh isi masa lapang dan terluang dengan lebih baik bila mana nampak hasilnya. Terapi sebenarnya untuk hilangkan rasa penat, akuinya.
Anak-anak memang suka lepak di dapur. Dapur jadi centerpoint dalam rumah untuk family berkumpul sambil makan-makan.
Inilah ruang dapur kering dan basah. Biasanya anak-anak suka masakan ayam masak ungkep. Suami pula suka masakan simple tapi pedas dan paling suka rendang ayam kampung. Sebelum ini masak dan berkumpul mungkin sebelah malam atau hujung minggu, tapi bila mula PKPB lebih banyak masa bersama. Cuma membuat kerja diy ini, rezeki pula datang buat side income dari tempahan-tempahan hiasan dan pallet. Jadi masa di dapur agak terbatas sebelah pagi dan malam sahaja.
“Saya beruntung kerana punya teman akrab yang selalu teman saya buat diy sama-sama iaitu kakak saya Nani’s Makeover #dapurmuzium #houseofart. Kami selalu buat diy berteman dan saling memotivasikan satu sama lain supaya semangat tak mudah padam. Juga pentingnya sokongan suami yang sentiasa memberi ruang untuk saya teroka potensi diri walaupun suami saya tak suka dan tak pandai bertukang tapi dia tetap menyokong.
Penting untuk selalu positif dan fokus dengan apa yang kita mahu dan jangan pernah mendesak diri hingga boleh beri tekanan. Buatlah ikut kemampuan, yang penting siap. Sentiasa kena rajin belajar dari banyak sumber yang ada sama ada di social media atau pun rujuk video tutorial. Perlu peka dan rajin teroka potensi diri sendiri, cuba benda baru.
Kita selalu berpesan pada diri sendiri, rumah cantik memang mampu memberi rasa bahagia.tapi apa guna kalau poket derita.Bagi yang mampu, kita tumpang gembira. Bagi yang kurang kemampuan,jangan memaksa diri. Sebab dalam kesederhanaan itulah maka kita akan lebih menghargai setiap perkara di sekeliling kita. Dan kesederhanaan itulah juga yang akan mendidik kita untuk menjadi lebih kreatif,”akuinya menutup bicara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/dapur-farmhouse-pilihan-norpadilah-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Rak Dapur Rustic Dari Laci Terpakai Jimat Beri Manfaat Di Ruang Dapur

Idea Rak Dapur Rustic Dari Laci Terpakai Jimat Beri Manfaat Di Ruang Dapur

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 289 hits
Kalau anda pencinta seni pasti menyukai kerja seni yang dihasilkan oleh Norpadilah Binti Afandi ini sangat mengagumkan Laci dari kayu lama ditukar menjadi rak dapur yang memberi manfaat di dapur Bila dah dicat hasilnya memang terserlah seni...
Diy Rak Dapur Dengan Hanya Guna Tiga Barang Ini Kreatif

Diy Rak Dapur Dengan Hanya Guna Tiga Barang Ini Kreatif

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 633 hits
Kalau nak jimat lebih baik DIY rak dapur sendiri Kosnya lebih murah cuma memerlukan sedikit kesabaran Yang penting jimat Kali ini kami akan kongsikan cara nak buat rak dapur menggunakan bakul seperti yang dikongsi oleh Abe Nik Selamat mencu...
Wanita Ini Hanya Guna Almari Kanak Kanak Je Puas Hati Dapur Jadi Kemas Dan Teratur

Wanita Ini Hanya Guna Almari Kanak Kanak Je Puas Hati Dapur Jadi Kemas Dan Teratur

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 512 hits
loading Mempunyai dapur yang bersih dan teratur merupakan satu kejayaan buat para ibu dan wanita di luar sana Mana taknya korang mesti lebih selesa untuk memasak atau buat kerja rumah apabila tempat yang bersih kan
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 782 hits
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa Ha gitu tajuk entri blog kali ini Selalu dah biasa sangat masak nasi guna rice cooker kan Sekali bila dan duduk dekat temporary accomodation tiba tiba kena masak nasi atas dapur guna periuk biasa...
Kuih Lapis Versi Mudah Guna Roti Gardenia Blend Dan Kukus Jimat Masa

Kuih Lapis Versi Mudah Guna Roti Gardenia Blend Dan Kukus Jimat Masa

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 621 hits
Pastinya ramai teringin nak buat kuih lapis tapi yang jadi kekangannya takut tak menjadi dan tersilap sukatan Namun bagi anda yang ingin mencuba buat kuih lapis versi mudah ada resipinya Perkongsian resipi dari ini boleh anda cuba buat Ring...
Lepas Kawan Kongsi Tips Rare Guna Telur Dan Yakult Pokok Tumbuh Mencanak Canak Rimbun

Lepas Kawan Kongsi Tips Rare Guna Telur Dan Yakult Pokok Tumbuh Mencanak Canak Rimbun

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 342 hits
loading Ada banyak tips dan cara untuk pokok menjadi sihat dan gebu Tapi tips kali ini lebih rare Dikatakan campuran telur ayam segar dan minuman kultur yakult boleh menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat
Menu Masakan Guna Periuk Ajaib Presure Cooker

Menu Masakan Guna Periuk Ajaib Presure Cooker

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 364 hits
Menu Masakan Guna Periuk Ajaib Presure Cooker Assalamualaikum Hai korang semua Nak bagitaw sebelum ni Cik Ash ada kongsi entri dekat blog Alhamdulilah siapa tak happy bila suami belikan periuk ajaib yang tengah viral masa kini Kalau ikut Ci...
Polis Saman Lelaki Bawa Pokok Pisang Guna Kereta

Polis Saman Lelaki Bawa Pokok Pisang Guna Kereta

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 482 hits
Perbuatan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain membongkar 18 saman trafik empat waran tangkap serta 10 saman non compoundable terhadapnya yang masih belum selesai Ketua...
Petua Buat Pisang Goreng Rangup Sedap Tanpa Guna Kapur

Petua Buat Pisang Goreng Rangup Sedap Tanpa Guna Kapur

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 524 hits
Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya lagi hebat rasanya Menurut Cikgu Afy Al Habibi untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap ada beberapa tip yang harus diikuti An...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat