Percaya Mahathir Kit Siang Mesti Malu Jumpa Saya Musa
(Suara Merdeka) – “Saya cakap ini bukan soal memaafkan, cuma dari sudut politik saya memang tak percaya kepada Mahathir. Sekarang, dia mesti malu nak jumpa saya sebab kata-kata saya dulu terbukti benar.”
Itu kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kepada Mingguan Malaysia selepas pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang membantah apabila dia berlaku jujur menyatakan tidak percaya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pendapat itu disuarakan oleh Musa ketika Kit Siang berkunjung ke rumahnya selepas Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan. Kit Siang menempelak Musa kerana tidak bersikap pemaaf terhadap Dr. Mahathir.
“Dia selalu datang rumah saya. Masa mula-mula Pakatan Harapan memerintah yang mana Mahathir jadi Perdana Menteri, dia (Kit Siang) berkunjung ke rumah saya.
“Dia terlalu seronok waktu itu sebab dah jadi kerajaan, maka asyik bercakap, saya diam sahaja. Di penghujung perbualan, saya cakap. “Kit Siang, terima kasih beritahu saya semua ini. Tapi saya nak cakap satu perkara, saya tak percayakan Mahathir”.
“Dia bangkang, dia cakap oh kamu tak maafkan orang. Saya cakap ini bukan soal memaafkan, cuma dari sudut politik saya memang tak percaya kepada Mahathir. Sekarang, dia mesti malu nak jumpa saya sebab kata-kata saya dulu terbukti benar,” kata Musa dalam wawancara yang diterbitkan Ahad lali.
Musa yang kini Pengerusi World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) turut memberi komen terhadap beberapa pemimpin negara termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengenai Muhyiddin, Musa berkata, Perdana Menteri ke-8 itu banyak pengalaman dalam pelbagai cabang kementerian, mempunyai kelebihan dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta seorang yang beragama.
“Orang kata kerajaan dia sekarang ini pintu belakang. Tiada yang hormat, hari-hari orang bantai. Tapi apapun, Muhyiddin berjaya kalahkan Mahathir untuk jadi Perdana Menteri (tertawa). Muhyiddin beat Mahathir to it. Tiada apa yang nak dimalukan kalau dianggap oportunis dalam politik, its part and parcel of a character,” kata Muhyiddin.
Najib pula menurut beliau telah membuktikan kemampuan sebagai pemimpin dan
telah mempamerkan kebolehan memimpin yang terbaik sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang.
Beliau turut menyifatkan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai antara perdana menteri yang paling berjaya.
“Bijak, dia sangat bagus dari segi akademik dan boleh buat keputusan. Malah, dia juga berupaya mendapatkan perspektif yang baik dalam hal-hal penting.
“Tapi malangnya, terjadilah sesuatu yang sudah terjadi kepada dia yang saya tak mahu ulas. Tapi kalau tolak semua itu, saya rasa dia yang terbaik sebagai pemimpin,” katanya.
Sementara itu terhadap Anwar, Musa berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu tanpa keraguan layak diangkat sebagai perdana menteri.
Menurut Musa, Anwar mempunyai karisma untuk menjawat jawatan nombor satu itu.
“Dia patutnya dah jadi Perdana Menteri, tapi ada seorang yang berjanji pada dia, beberapa kali, kawan itu tunggu punya tunggu, akhirnya tetap tak jadi. Dulu kalau orang yang berjanji itu kasi pada dia, saya kata boleh, good idea. Tapi malangnya, orang yang berjanji itu tak kasi,” katanya sambil ketawa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysia-today.net/2021/03/10/percaya-mahathir-kit-siang-mesti-malu-jumpa-saya-musa/