Perbincangan Tergempar Isu Rohingya Diperlukan Raja Kamarul Bahrin



Insiden menyayat hati penolakkan kapal dipenuhi pelarian Rohingya setelah bertarung nyawa di tengah lautan sangat menggemparkan perasaan umat Islam yang beriman

Malaysia telah menolak saudara seislam kembali ke laut tidak lama sebelum tibanya Ramadan, setelah mereka semua hampir kebuluran dengan puluhan akhirnya menemui ajal di laut

Kita harus bersedia dengan kemungkinan ketibaan seterusnya bot yang membawa pelarian Rohingya di bulan Ramadan ini

Sanggupkah kita sekali lagi menolak mereka yang sedang kelaparan kembali ke laut untuk menghadapi risiko kematian di bulan yang mulia ini? Ini adalah realiti mungkin berlaku esok atau lusa

Malaysia pernah menyelamatkan pelarian ekonomi dan politik dari Vietnam yang sampai dengan bot pada dekad 1970-an dahulu atas dasar kemanusiaan

Insiden penolakan pelarian tidak selari dengan ajaran dan amalan Islam yang menuntut kita menyelamatkan nyawa yang terancam

Kerajaan Perikatan Nasional, yang menganggap mereka sebagai kerajaan Melayu-Islam - sepatutnya mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam untuk menyelamatkan mereka

PAS dan Umno patut menerajui usaha ini, apatah lagi kerana pernah menganjurkan himpunan dan misi bantuan kemanusiaan tidak lama dulu. Dengan kuasa yang dipegang, mereka tidak harus cepat lupa pembelaan yang pernah disuarakan dahulu, yang digunakan untuk mengangkat nama mereka


Malaysia mempunyai garis panduan dan pengalaman ketika menyelamatkan pelarian Vietnam dahulu

Bagi mengelakkan percampuran pelarian dengan warga tempatan, demi mengekang penularan Covid-19, pusat pengasingan pelarian Vietnam dahulu, misalnya di Pulau Bidong dan Sungai Besi, boleh digunakan

Memandangkan Malaysia memerlukan tenaga buruh, pelarian Rohingya ini boleh ditempatkan untuk industri tempatan bagi menggantikan pekerja warga Bangladesh dan Nepal yang dikenakan bayaran yuran tinggi

Sistem lama pengambilan perkerja asing hanya memberi manfaat kepada pihak tertentu dengan keuntungan jutaan ringgit. Cara ini akan mengatasi masalah tenaga pekerja asing dan boleh juga menyelamatkan pelarian Rohingya

Untuk membayai sebahagian dari kos cadangan ini, Umno yang merupakan sebahagian daripada kerajaan boleh mendapatkan sumbangan dana, misalnya daripada Arab Saudi, yang sebelum ini begitu bermurah hati terhadap pentadbiran BN

Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah boleh memainkan peranan untuk mendapatkannya

'Dulu lantang, kini membisu'
Insiden penolakan pelari Rohingya ini sangatlah bertentangan dengan ajaran Islam dan mengundang risiko mereka menemui ajal di laut

Justeru, saya merayu kepada para agamawan di Malaysia untuk bersuara dan dalam isu ini di bulan yang mulia ini

Sangatlah menyedihkan apabila sejumlah ulama dalam PAS memilih untuk membisu sekarang, berbanding kelantangan mereka dalam isu berkaitan Islam sebelum ini. Adakah politik lebih penting daripada ajaran agama

Sudah muncul suara untuk menghalau etnik Rohingya di Malaysia oleh golongan yang dahulunya mengambil kesempatan politik di atas penderitaan mereka

Ini semua berlaku di bulan Ramadhan di mana kita sepatutnya lebih prihatin dan insaf atas kesengsaraan sesama Islam, walaupun ada agamawan yang memilih untuk terus membisu

Berkatalah yang benar walaupun pahit kepada pemerintah dan janganlah hanya mencari populariti dunia kerana Allah akan mengadili kita di akhirat nanti

Saya menggesa satu sesi perbincangan tergempar diadakan melibatkan wakil kerajaan - khususnya Umno dan PAS - serta wakil PH dan golongan agamawan berkenaan perkara ini. Memandangkan kerajaan keberatan untuk mengadakan sidang Parlimen, inilah cara terbaik

Saya menggesa perbincangan ini diadakan segera sebelum lebih banyak ketibaan pelarian Rohingya di perairan kita, dan sebelum kita menolak mereka sekali lagi ke laut untuk mungkin menghadapi risiko maut tanpa kubur

Umat Islam itu bersaudara, dan semangat persaudaraan dan keprihatinan ini amat dititikberatkan terutama di bulan Ramadhan al-Mubarak ini

Sumber: Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad via Malaysiakini

from Sehinggit Media https://ift.tt/2VX3Ixj
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/perbincangan-tergempar-isu-rohingya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Panas Tidak Perlu Gopoh Cadang Beri Kerakyatan Kepada Bangsa Rohingya

Isu Panas Tidak Perlu Gopoh Cadang Beri Kerakyatan Kepada Bangsa Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 474 hits
Gelagat kanak kanak warga asing Etnik Rohingya semasa Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur Selayang Selangor foto FAREEZ FADZIL 20 MAC 2020KUALA L...
Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 414 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Jadi tanggungjawab Wisma Putra bawa isu ke ASEAN antarabangsaBANGI Malaysia tidak boleh menyelesaikan isu pelarian etnik Rohingya yang berlaku ketika ini secara bersendirian kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz A...
Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 293 hits
Isu pelarian Rohingya menyaksikan Pemuda Umno berubah ubah pendirian tanpa cadangan penyelesaian apa lagi tindakan sewajarnya ketika berada dalam kerajaan Sikap sayap parti itu yang berpusing pusing dalam isu etnik tertindas tersebut boleh ...
Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 299 hits
April 27 2020 2 31 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini membidas pemimpin Pakatan Harapan yang hanya pandai bercakap kosong mengenai nasib pelarian Rohingya Beliau berkata partinya sanggup ber...
Polis Siasat Hantaran Media Sosial Isu Pelarian Rohingya

Polis Siasat Hantaran Media Sosial Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 354 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis sedang menyiasat audio video dan berita mengenai isu pelarian Rohingya ke negara ini sehingga menimbulkan kenyataan berbaur kebencian di media sosial baru baru ini Menurutnya beliau hair...
Polis Siasat Isu Pelarian Rohingya Yang Tular Di Media Sosial

Polis Siasat Isu Pelarian Rohingya Yang Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Polis sedang menyiasat penularan pelbagai video rakaman audio dan berita di media sosial membabitkan pelarian Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata isu berkaitan...
Bangkit Kebencian Rohingya Untuk Tenggelamkan Isu Sindiket Mykad

Bangkit Kebencian Rohingya Untuk Tenggelamkan Isu Sindiket Mykad

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 294 hits
by14 4kSHARES1 5kVIEMUAFAKAT terpanggil untuk memberi respons awal terhadap tertular di alam maya tentang sentimen api kebencian terhadap pelarian Rohingya saudara seagama kita Adakah ini anjuran Islam sempena di awal bulan Ramadan Kareem y...
Isu Rohingya Pas Sindir Usah Jadi Panglima Ayam Jantan Kuat Berkokok Ekor Berlumuran Tahi

Isu Rohingya Pas Sindir Usah Jadi Panglima Ayam Jantan Kuat Berkokok Ekor Berlumuran Tahi

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 414 hits
Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai derai sedangkan ekornya berlumuran tahi Demikian ayat penutup tulisan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelarian Rohingya ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi