Polis Siasat Hantaran Media Sosial Isu Pelarian Rohingya



Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis sedang menyiasat audio, video dan berita mengenai isu pelarian Rohingya ke negara ini, sehingga menimbulkan kenyataan berbaur kebencian di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, beliau hairan mengapa isu kedatangan Rohingya itu tiba-tiba dibangkitkan, sedangkan kedatangan mereka sebelum ini telah mendapat simpati dari Malaysia ekoran pelbagai musibah yang ditimpa mereka seperti dibakar hidup-hidup dan dibunuh dengan kejam.

“Semua berita-berita itu menyebabkan kita sebagai sebuah negara menerima mereka waktu itu dan tak ada isu pun.

“Tapi akhir-akhir ini tiba-tiba isu ni menjadi besar dan ini juga menghairankan pihak berkuasa, pihak polis terutamanya kerana akhir-akhir ini terlalu banyak berita-berita melalui media sosial, video misalnya dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan rakyat kepada mereka.

“Jadi pihak polis sedang menyiasat perkara ini sebab ada juga yang menganggap sesetengah video dan audio itu adalah palsu.

"Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun boleh menentukan kesahihan palsu atau tidak kecuali pihak polis,” katanya pada satu sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu Rohingya dan bagaimana pihak keselamatan mengendalikan sentimen antipelarian itu supaya tidak mencetuskan sebarang insiden keganasan.

Isu Rohingya menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Bot yang membawa pelarian Rohingya itu membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.

Bertenang, biar polis siasat

Ismail yang juga menteri pertahanan menasihatkan supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak menimbulkan isu-isu yang membangkitkan kemarahan sehingga boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.

“Malaysia adalah sebuah negara aman dan kita terkenal dengan negara sangat bertimbang rasa oleh sesiapa saja yang ada di bumi Malaysia ini.

“Jadi saya harap kita bertenang dan kita beri peluang kepada pihak polis untuk menyiasat perkara-perkara yang ditimbulkan. Insyaallah polis akan siasat semua perkara yang ditimbulkan di dalam media sosial, YouTube dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, keadaan pelarian Rohingya itu mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani, yang kemudiannya mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan bertanggungjawab terhadap pelarian berkenaan.

Zafar turut didakwa mengeluarkan kenyataan menghina rakyat Malaysia, menuntut hak kerakyatan penuh.

Bagaimanapun, dia menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan menyifatkannya sebagai tuduhan palsu.
Kem pelarian Rohingya di Cox Bazaar, Bangladesh.Pada 16 Feb lalu, sekurang-kurangnya 14 nyawa melayang selepas sebuah bot dalam perjalanan menuju Malaysia membawa pelarian Rohingya karam di perairan selatan Bangladesh.

Sementara itu, AFP pada 17 April melaporkan 32 pelarian Rohingya dipercayai maut dalam sebuah bot yang sesak dengan kira-kira 400 penumpang yang "kebuluran."

Bot yang membawa hampir 250 kanak-kanak dan wanita itu pada awalnya menuju ke Malaysia tetapi terdampar di perairan Teluk Bengal hampir dua bulan sebelum diselamatkan pihak berkuasa Bangladesh.

Lebih 730,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar selepas tindakan keras dilakukan tentera pada tahun 2017, memaksa mereka memenuhi kem-kem di sempadan Bangladesh.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyimpulkan bahawa kempen ketenteraan itu dilaksanakan dengan "niat melakukan genosid".

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Januari mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera melindungi penduduk Rohingya daripada tindakan kejam - keputusan yang dipuji sebagai "kejayaan keadilan antarabangsa" oleh negara kecil Afrika yang membawa kes itu ke ICJ.

Tindakan undang-undang yang failkan Gambia pada November tahun lalu kepada badan tertinggi PBB untuk pertikaian antara negara itu, mendakwa Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya dengan melanggar konvensyen 1948.

Keputusan akhir mahkamah mungkin mengambil masa bertahun-tahun, dan keputusan pada Khamis hanya melibatkan permintaan Gambia untuk langkah-langkah awal, lapor Reuters.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/polis-siasat-hantaran-media-sosial-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Isu Pelarian Rohingya Yang Tular Di Media Sosial

Polis Siasat Isu Pelarian Rohingya Yang Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Polis sedang menyiasat penularan pelbagai video rakaman audio dan berita di media sosial membabitkan pelarian Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata isu berkaitan...
Isu Rohingya Dua Individu Ini Guna Media Asing Burukkan Nama Malaysia

Isu Rohingya Dua Individu Ini Guna Media Asing Burukkan Nama Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 723 hits
MELAMPAU tindakan dua rakyat Malaysia menggunakan media luar bagi mengkritik tindakan kerajaan terhadap pelarian Rohingya Malah negara dipercayai turut dituduh enggan mematuhi prinsip undang undang antarabangsa dan adat Tulisan Thomas Danie...
Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1060 hits
MENANGANI isu politik Antarabangsa yang paling merumitkan antaranya ialah menguruskan pelarian yang meminta perlindungan selepas negara mereka musnah sama ada berlakunya peperangan bencana alam atau faktor politik Menurut laporan tahunan 20...
Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya

Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 511 hits
Sejak kebelakangan ini isu pelarian Rohingya tiba tiba tular di media sosial Netizen menumpukan seluruh perhatian mereka ke atas isu pelarian Rohingya Tidak kita nafikan sikap biadap dan pengotor pelarian Rohingya menimbulkan kemarahan raky...
Gara Gara Salah Tafsir Kenyataan Segelintir Netizen Dari Seberang Serang Hero Malaysia Di Media Sosial

Gara Gara Salah Tafsir Kenyataan Segelintir Netizen Dari Seberang Serang Hero Malaysia Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 658 hits
Gara gara silap faham habis satu kementerian Malaysia diserang Inilah yang dilakukan segelintir netizen Indonesia yang tersalah tafsir kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemaskini perkembangan COVID 19 di...
Rohingya Alih Isu Kelemahan Pn

Rohingya Alih Isu Kelemahan Pn

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 300 hits
Via WhatsApp Kenapa sekarang medsos banyak main isu Rohingya dan isu Ebit Lew Jangan terleka dengan isu itu kawan kawan Ahli politik yang punya DNA UMNO memang pakar dalam Bab alih isu alih perhatian kalih kelemahan diri pada pihak lain Isu...
Cara Mencegah Akaun Media Sosial Anda Daripada Mudah Kena Hack

Cara Mencegah Akaun Media Sosial Anda Daripada Mudah Kena Hack

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 634 hits
Cara untuk mengelakkan akaun media sosial anda tidak mudah kena hack 1 Akaun InstagramInstagram Setting Security Two factor authentication Text Message Masukkan no telefon turn on Jika ada sebarang percubaan untuk log in Instagram akan bagi...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak

Teringin Nasi Orang Kahwin

Rekomendasi Lagu Dengan 2 Kunci Gitar Saja Yang Cocok Untuk Pemula Belajar Gitar

29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan