Bangkit Kebencian Rohingya Untuk Tenggelamkan Isu Sindiket Mykad


byKamarool HaidiApril 27, 2020
14.4kSHARES1.5kVIEMUAFAKAT terpanggil untuk memberi respons awal terhadap tertular di alam maya tentang sentimen api kebencian terhadap pelarian Rohingya, saudara seagama kita. Adakah ini anjuran Islam sempena di awal bulan Ramadan Kareem yang sepatutnya mengajar kita sifat ihsan dan berperikemanusiaan kepada golongan yang daif?2. Persoalannya adakah dakwaan tuntutan-tuntutan kerakyatan itu benar dan beberapa permintaan asas kemanusiaan itu melampaui batas? Sebagai umat Islam kita diminta untuk berlaku adil dan saksama dalam menilai berita dan isu, lebih-lebih lagi di saat masyarakat umum gelisah dengan keadaan yang tidak menentu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.3. MUAFAKAT tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu ini untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengecam manipulasi komen media sosial yang menimbulkan fitnah terhadap pelarian Rohingya. Rata-rata mereka mahu pulang ke kampung halaman masing-masing tetapi terhalang kerana rejim Myanmar telah membatalkan kewarganegaraan mereka.4. MUAFAKAT sedar cabaran isu pelarian bukan satu perkara yang mudah untuk ditangani kerana ia perlu dilihat dalam pelbagai dimensi. Ia melibatkan penyelesaian jangka panjang ke atas nasib status pelarian yang berada di Malaysia. Sehingga kini, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di Malaysia.5. Namun begitu Malaysia masih berjiwa besar untuk menerima lebih 150,000 pelarian Rohingya di negara ini. Apapun MUAFAKAT berpandangan kedaulatan dan integriti sempadan negara serta kebajikan rakyat Malaysia perlu dan tetap menjadi keutamaan pemerintah. MUAFAKAT juga ingin mengingatkan kepada pelarian Rohingya untuk menghormati sistem perundangan serta harus mendokong kesusilaan rakyat negara ini.6. MUAFAKAT percaya kerajaan Malaysia mempunyai sebab tertentu untuk tidak menandatangani konvensyen berkenaan kerana sebarang keputusan memerlukan pertimbangan yang terperinci. Sungguhpun demikian ia tidak menghalang sifat ihsan dan peri kemanusiaan negara dalam mendepani isu pelarian ini. Yang lebih malangnya apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan.7. Di sini MUAFAKAT ingin melihat kerajaan Malaysia terus mendesak agar rejim Myanmar mengambil semula pelarian Rohingya dan tidak berlaku zalim terhadap mereka. Pihak UNCHR juga harus memainkan peranan dengan memberi tekanan terhadap rejim Myanmar di peringkat antarabangsa kerana ini adalah isu asas hak asasi manusia.8. MUAFAKAT ingin menarik perhatian berkenaan isu yang lebih besar dan merbahaya iaitu sindiket MyKad yang telah mendapat pendedahan sekian lama dan sudah mula dibuat beberapa tangkapan. Dilaporkan terdapat lebih dari 100,000 rakyat asing telah memperolehi MyKad palsu dan kini berkeliaran di dalam masyarakat sini tanpa kita sedari. Pengecaman secara fizikal sukar dilakukan namun usaha memberkas mereka ini perlu dibuat dengan lebih agresif. Yang bersalah harus dikenakan hukuman yang berat khususnya terhadap pengkhianat yang mengabai aspek keselamatan negara semata-mata untuk memenuhi kepentingan diri.9. Ini tidak terkecuali mereka yang masuk melalui sempadan Sabah dan Sarawak yang bercakap dan berwajah sama seperti rakyat Malaysia Borneo yang lain. Memetik kata-kata YB Amzad Hashim, pemberian MyKad kepada warga asing umpama bom jangka kepada penduduk tempatan. Bahkan pada 2008 terdapat cubaan yang menggunakan kad pengenalan palsu untuk memohon menjadi anggota tentera.10. Kegiatan sindiket ini memerlukan cara serta kaedah yang lebih agresif dan berkesan dari pihak berkuasa kerana melibatkan orang dalam. MUAFAKAT berharap satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) segera ditubuhkan untuk menyiasat kegiatan ini dan mengenalpasti dalang-dalang utama pemberian kewarganegaraan melalui kad pengenalan atau MyKad palsu untuk membolehkan pengkhianat negara dapat ditumpaskan dan dikenakan hukuman yang maksimum.Haji Rashidi bin HarisKETUA MEDIA MUAFAKAT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/bangkit-kebencian-rohingya-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Rohingya Dibakar Untuk Padam Isu Mykad

Isu Rohingya Dibakar Untuk Padam Isu Mykad

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 239 hits
ADA ISU besar pelancong China dapat MyKad ada yang memohon kerakyatan puluh ribu orang Ada juga isu ratus ribu orang China masuk sebagai pelancong tapi tak balik balik hilang Bukan seorang dua tapi ratusan ribu Pasal apa orang kita yang gar...
Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 406 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Jadi tanggungjawab Wisma Putra bawa isu ke ASEAN antarabangsaBANGI Malaysia tidak boleh menyelesaikan isu pelarian etnik Rohingya yang berlaku ketika ini secara bersendirian kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz A...
Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 294 hits
April 27 2020 2 31 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini membidas pemimpin Pakatan Harapan yang hanya pandai bercakap kosong mengenai nasib pelarian Rohingya Beliau berkata partinya sanggup ber...
Perbincangan Tergempar Isu Rohingya Diperlukan Raja Kamarul Bahrin

Perbincangan Tergempar Isu Rohingya Diperlukan Raja Kamarul Bahrin

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 330 hits
Insiden menyayat hati penolakkan kapal dipenuhi pelarian Rohingya setelah bertarung nyawa di tengah lautan sangat menggemparkan perasaan umat Islam yang beriman Malaysia telah menolak saudara seislam kembali ke laut tidak lama sebelum tiban...
Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 288 hits
Isu pelarian Rohingya menyaksikan Pemuda Umno berubah ubah pendirian tanpa cadangan penyelesaian apa lagi tindakan sewajarnya ketika berada dalam kerajaan Sikap sayap parti itu yang berpusing pusing dalam isu etnik tertindas tersebut boleh ...
Isu Etnik Rohingya

Isu Etnik Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 800 hits
Pada 16 Mei 2015 saya dah nyatakan pendirian saya Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka siapa siapa hendak masuk boleh masuk Itu pendirian saya mengenai etnik ...
Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1071 hits
MENANGANI isu politik Antarabangsa yang paling merumitkan antaranya ialah menguruskan pelarian yang meminta perlindungan selepas negara mereka musnah sama ada berlakunya peperangan bencana alam atau faktor politik Menurut laporan tahunan 20...
Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya

Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 513 hits
Sejak kebelakangan ini isu pelarian Rohingya tiba tiba tular di media sosial Netizen menumpukan seluruh perhatian mereka ke atas isu pelarian Rohingya Tidak kita nafikan sikap biadap dan pengotor pelarian Rohingya menimbulkan kemarahan raky...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik