Perbincangan Pembentukan Kerajaan Ph Plus Masih Dibuka



Penolakan KEADILAN mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9 oleh KEADILAN tempoh hari bukan bermakna tamatnya rundingan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus.
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu masih komited kepada agenda mengembalikan mandat rakyat 9 Mei 2018 yang dirompak di pertengahan jalan oleh Perikatan Nasional (PN).
Namun begitu, kata beliau, pembentukan kerajaan baharu haruslah melalui proses yang bermaruah. Bukan sebagaimana yang dilakukan oleh PN dengan memperdagangkan Ahli Parlimen.
“Kita masih terus berusaha untuk mendapatkan dukungan. Bukan dengan membeli, bukan mengugut, bukan janji bagi GLC. Kita janji, kita penuhi mandat pada rakyat.
“Kita tidak mahu Ahli Parlimen dianggap barang dagang untuk dijual beli. Kita harap dapat menarik minat Ahli Parlimen dari semua pihak untuk menyelamatkan negara dan membaiki ekonomi,” katanya dalam sesi siaran langsung Facebook malam tadi.
Anwar sebagai pengerusi PH juga berkata, gabungan itu akan terus bekerjasama dengan Warisan serta paksi Bersatu Tun Mahathir pada masa hadapan. KEADILAN turut menolak tanggapan umum bahawa parti tersebut tidak lagi berminat membentuk kerajaan dan mahu kekal sebagai Pembangkang.
Selain itu, Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkongsi sedikit perjalanan rundingan calon Perdana Menteri sehingga menemui jalan buntu pada minggu lalu.
Katanya, formula pertama menetapkan beliau sebagai PM. Namun formula itu belum menemukan angka secukupnya untuk membentuk kerajaan maka rakan-rakan mencadangkan formula baharu.
“Formula kedua yang dicadangkan kawan-kawan, saya terpaksa beri pertimbangan. Sementara Tun dilantik sebagai PM, saya diberi jawatan TPM di bawah beliau. Saya hadapi kesukaran yang maha besar untuk menanggung (bekerja di bawah Tun Mahathir). Saya bergurau dengan kawan-kawan, ‘nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah’
“Ada sedikit kebuntuan. Namun persoalan (utama) adakah PH bersama Tun, bersama Warisan, haruskah bekerjasama? Jawabnya, harus bekerjasama,” kata Anwar tegas.
Anwar menyudahi sesi Facebook beliau dengan harapan pelbagai kemungkinan yang boleh diteroka sekiranya rakan-rakan seperjuangan PH bertekad mahu membentuk kerajaan baharu.
“Adakah ini bermakna kita tidak boleh bincang. Tidak benar. Kita dalam semangat PH kalau kawan-kawan merasa sangat mendesak untuk membuka perbincangan, kita boleh.
“Tetapi saya ingin tegaskan soal alternatif yang kedua (pilihan menjadi TPM) bukan sahaja melibatkan keputusan umum tetapi keputusan tidak langsung yang akan memaksa saya sekali lagi bersekongkol.
“Dan saya rasa amat sukar bagi seorang manusia biasa yang kerdil untuk sekali lagi dianggap, dihina dengan kesilapan yang sama (polisi tidak pro rakyat) berulang kali. Itu kerja yang sukar saya pertahankan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28410

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Paling Teruk Perintah Negara Dap Masih Berangan Nak Jadi Kerajaan

Ph Paling Teruk Perintah Negara Dap Masih Berangan Nak Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 383 hits
Orang Melayu takkan lupa pelbagai peristiwa yang mengguris hati BANGI Jika tampuk pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Harapan sekalipun apakah jaminan kerajaan tidak bergolak akibat persengketaan dalaman soal Presiden gerakan Isla...
Kantin Dibuka Tapi Kerajaan Galakkan Ibu Bapa Sediakan Bekal Makanan Untuk Anak Anak Ke Sekolah

Kantin Dibuka Tapi Kerajaan Galakkan Ibu Bapa Sediakan Bekal Makanan Untuk Anak Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1092 hits
Menerusi satu sidang media dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan YB Dr Radzi Jidin menggalakkan bahawa ibu bapa bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan kepada anak anak untuk hadir ke sekol...
Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 276 hits
Selepas hampir 3 bulan masjid dan surau terpaksa ditutup bagi tujuan memutuskan rantaian Covid 19 akhirnya seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat menarik nafas lega apabila ia kembali dibuka untuk orang awam Bagaimanapun Menteri ...
Anwar Terbuka Jika Tun M Menteri Mentor Kerajaan Ph Plus

Anwar Terbuka Jika Tun M Menteri Mentor Kerajaan Ph Plus

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 340 hits
Selepas PKR menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 9 Presiden PKR Anwar Ibrahim terbuka untuk berbincang sekiranya Mahathir mahu menjadi Menteri Mentor dalam kerajaan Pakatan Harapan Plus Beliau berkata demikian dalam se...
Bantuan Lampin Susu Formula Masih Dibuka Juwairiya

Bantuan Lampin Susu Formula Masih Dibuka Juwairiya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 570 hits
SHAH ALAM 10 JUN Penduduk di Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati dialu alukan untuk memohon bantuan lampin pakai buang dan susu formula kata Ahli Dewan Negerinya Juwairiya Zulkifli berkata permohonan itu terbuka kepada pasangan muda yang m...
Kembali Dibuka Kebun Binatang Bandung Masih Sepi Pengunjung

Kembali Dibuka Kebun Binatang Bandung Masih Sepi Pengunjung

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 323 hits
Kebun Binatang Bandung atau Bandung Zoological Garden masih terpantau sepi pada hari pertama fase adaptasi kebiasaan baru Sabtu
Ph Ph Plus Usah Berkhayal Ambil Alih Kerajaan Jika Gabungan Longgar Cacamerba

Ph Ph Plus Usah Berkhayal Ambil Alih Kerajaan Jika Gabungan Longgar Cacamerba

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 302 hits
Ketua Penyelidik ILHAM Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim mengingatkan Pakatan Harapan atau PH Plus supaya tidak perlu berkhayal untuk mengambil alih kerajaan jika gabungan mereka longgar dan berada dalam keadaan cacamerba Kata beliau apabila sit...
Pru 15 Kemenangan Memihak Pn Ph Plus Perlu Bentuk Kerajaan Segera

Pru 15 Kemenangan Memihak Pn Ph Plus Perlu Bentuk Kerajaan Segera

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 301 hits
Pakatan Harapan menghadapi pilihan yang sangat terhad sekiranya Pilihan Raya Umum 15 dibuat secara tergempar tahun ini Menurut Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim penyokong PH di luar negara sukar untuk balik mengundi kerana perintah ...
Tiada Nama Selain Anwar Dalam Siri Perbincangan Ph Plus

Tiada Nama Selain Anwar Dalam Siri Perbincangan Ph Plus

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa tiada nama selain Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri dalam siri perbincangan Pakatan Harapan Plus Beliau berkata ...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You