Perbicaraan Lim Guan Eng Bermula Tegang



Perbicaraan Lim Guan Eng bermula tegang
Perbicaraan hari pertama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa atas empat tuduhan rasuah, bermula tegang apabila pihak pembelaan mempertikaikan kaitan beberapa keping gambar yang dikemukakan pendakwaan.
Terdahulu, pada prosiding di Mahkamah Sesyen yang bermula kira-kira jam 10 pagi, pihak pendakwaan memulakan prosiding perbicaraan dengan memanggil saksi pertamanya, Datuk Geethanjali G, 35, yang juga seorang ahli perniagaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin kemudian mengemukakan beberapa keping gambar kepada saksi bagi tujuan pengecaman.
Ketika ditanya di mana gambar-gambar berkenaan diambil? Geethanjali menjawab: “Di rumah saya.”
Wan Shaharuddin: Siapa individu dalam gambar berkenaan?
Geethanjali: Gambar pertama, suami saya dan Guan Eng.
Wan Shaharuddin: Suami anda pakai kasut atau stokin?
Geethanjali: Pakai stokin.
Wan Shaharuddin: Guan Eng?
Geethanjali: Pakai stokin.
Mendengar keterangan itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng kemudian membantah dan mempersoalkan sama ada soalan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah relevan.
Gobind: Apa kaitan pakai stokin atau tidak?
Wan Shaharuddin: Sekiranya ada bantahan, kami ingin tahu bantahan dibuat mengikut seksyen berapa?
Gobind: Akta Keterangan menyebut bahawa keterangan perlulah relevan.
Wan Shaharuddin: Saya ingin tahu seksyen berapa?
Gobind: Baiklah, kalau nak saya sekolahkan, saya akan sekolahkan.
Melihat ketegangan itu, Hakim Azura Alwi mencelah dan meminta kedua-dua pihak bertenang dan meneruskan soal balas.
Geethanjali kemudian meneruskan keterangan dengan membacakan pernyataan saksinya dan memaklumkan mahkamah bahawa Guan Eng pernah hadir ke rumahnya.
“Pada ketika itu, saya sedang tidur dan suami mengejutkan saya lebih kurang jam 2 pagi.
“Suami minta saya bersiap memandangkan ada tetamu datang ke rumah dan dimaklumkan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah sampai,” katanya,
Katanya, selepas bersiap beliau turun ke bawah untuk berjumpa Guan Eng.
“Saya kemudian diperkenalkan kepada Guan Eng berserta seorang lagi individu iaitu Datuk Zarul (Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli).
“Untuk makluman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya sahkan bahawa Datuk Zarul mengambil semua gambar berkenaan menggunakan telefonnya,” katanya.
Tambahnya, selepas mengambil gambar berkenaan, suaminya meminta beliau untuk beredar kerana perlu berbincang perkara sulit dengan Guan Eng dan Zarul.
“Seingat saya, Guan Eng hanya pernah datang sekali ke rumah saya, manakala Zarul pernah hadir beberapa kali atas urusan perniagaan dengan suami,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan Gobind sama ada beliau biasa berjumpa dengan ahli politik dan mengambil gambar bersama mereka, Geethanjali menjawab: “Ya.”
Pada perbicaraan itu, pendakwaan turut memanggil Pegawai Penyiasat SPRM, Saadon Abd Samad selaku saksi pendakwaan kedua untuk memberi keterangan.
Perbicaraan kes bersambung esok.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, menolak permohonan Guan Eng supaya kesnya didengar di Mahkamah Tinggi.
Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.
Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Zarul yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 pagi hingga 2 pagi.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. BH
Perbicaraan Lim Guan Eng bermula tegang
Baca Artikel Menarik :
Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’ Layari Laman Facebook MYKMU
Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin

The post Perbicaraan Lim Guan Eng bermula tegang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/13/perbicaraan-lim-guan-eng-bermula-tegang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Logik Pulau Pinang Tidak Dibenar Beralih Ke Fasa 2 Ppn Lim Guan Eng

Tidak Logik Pulau Pinang Tidak Dibenar Beralih Ke Fasa 2 Ppn Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 313 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang mengecualikan Pulau Pinang untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara menjelang 5 Julai ini Beliau dalam satu kenyataan di Twitter pada Ahad menyifatkan...
Terbukti Raja Petra Kamarudin Tidak Fitnah Lim Guan Eng

Terbukti Raja Petra Kamarudin Tidak Fitnah Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 233 hits
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan pemberimilikan tanah lot kepada syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebagai balasan kerja kerja yang dilakukan berkaitan projek ...
Guan Eng Fails To Transfer Tunnel Project Corruption Case To High Court

Guan Eng Fails To Transfer Tunnel Project Corruption Case To High Court

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 184 hits
The High Court has dismissed former Penang chief minister Lim Guan Eng s bid to transfer his undersea tunnel corruption case from the sessions court to a higher court Judge Muhammad Jamil Hussin said Lim had failed to show exceptional circu...
Confidential Discussion Between Guan Eng Two Businesspersons In 2017 Witness

Confidential Discussion Between Guan Eng Two Businesspersons In 2017 Witness

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 216 hits
Then Penang chief minister Lim Guan Eng and businessperson Zarul Ahmad Mohd Zulkifli held a confidential discussion at 2am in 2017 actress K Geethanjali Gausillia testified The first prosecution witness was testifying on the first day of fo...
Guan Eng Mahu Kes Rasuah Projek Terowong Didengar Di Mahkamah Tinggi

Guan Eng Mahu Kes Rasuah Projek Terowong Didengar Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 172 hits
July 9 2021 Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tahun lalu atas tuduhan meminta suapan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang KUALA LUMPUR Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memfailkan permohonan bagi...
Parlimen Perlu Debat Ketidakcekapan Pakej Rangsangan Kata Guan Eng

Parlimen Perlu Debat Ketidakcekapan Pakej Rangsangan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 226 hits
July 13 2021 Lim Guan Eng berkata ordinan darurat pelan pemulihan negara dan perbelanjaan bajet mesti menjadi agenda utama perdebatan ketika sidang Parlimen bersambung semula pada 26 Julai ini PETALING JAYA Ketidakcekapan kerajaan mengurusk...
Guan Eng Why Is Penang Not Included In Nrp S Phase 2 States

Guan Eng Why Is Penang Not Included In Nrp S Phase 2 States

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 239 hits
Former Penang chief minister Lim Guan Eng has come out swinging and wants an explanation as to why Penang is excluded from the list of set to enter Phase 2 of the National Recovery Plan Based on science and data it is illogical for Penang n...
Guan Eng Mulls Execution Proceedings Against Rpk Over Rm600 000 Damages

Guan Eng Mulls Execution Proceedings Against Rpk Over Rm600 000 Damages

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 221 hits
Lim Guan Eng was awarded RM600 000 in a default judgment in his defamation suit against blogger Raja Petra Kamarudin PETALING JAYA Former Penang chief minister Lim Guan Eng will initiate execution proceedings to enforce a High Court judgmen...
Guan Eng Wants Rais Yatim To Be New Law Minister

Guan Eng Wants Rais Yatim To Be New Law Minister

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 297 hits
DAP secretary general wants Senate President Rais Yatim to be the new law minister replacing Takiyuddin Hassan He said this would ensure obedience to the royal command that Parliament be convened this month With Rais as de facto law ministe...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe