Perbicaraan Kes Rasuah Bung Isteri Ditangguh Kerana Pkpb


 
Bung Mokhtar berdepan 3 pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada menteri kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual.KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Ezette A Samad yang dijadualkan hari ini dan esok ditangguhkan kerana mereka berada di Sabah berikutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri itu susulan penularan pandemik Covid-19.
Timbalan pendakwa raya Abdul Rashid Sulaiman dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu media bahawa Bung Moktar, 60, yang kini timbalan ketua menteri Sabah dan isterinya, Zizie Ezette, 41, seorang pelakon, sedang menjalani kuarantin di Sabah.
“Sepatutnya perbicaraan pada hari ini dan esok, tetapi hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes itu. Tarikh bicara seterusnya pada 21 hingga 24 Dis ini,” katanya selepas pengurusan kes di dalam kamar hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini.
Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili Bung ketika ditemui berkata beliau ada menghubungi anak guamnya yang berada di Sabah melalui sidang video.
Turut hadir di mahkamah peguam Teh See Khoon dan Arwinder Kaur yang mewakili Zizie.
Mengikut pertuduhan pertama, Bung, 60, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui Zizie.
Bung dituduh melakukan perbuatan itu sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada menteri kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.
Bagi pertuduhan ke-2, Bung didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM262,500 daripada Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie bagi tujuan serupa.
Bung juga berdepan tuduhan ke-3, secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie bagi tujuan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, 19 Jun 2015 dan semua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie mengaku tidak bersalah atas 3 pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/10/perbicaraan-kes-rasuah-bung-isteri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengurusan Kes Rasuah Guan Eng Isteri 18 Dis

Pengurusan Kes Rasuah Guan Eng Isteri 18 Dis

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 274 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan 18 Disember ini bagi pengurusan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isteri Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Ko...
Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Ezette Tangguh

Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Ezette Tangguh

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 275 hits
564 total views 564 views today Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Ezette A Samad yang dijadualkan hari ini dan esok ditangguhkan kerana keadaan terkini pandemik Cov...
Anwar Takkan Kerjasama Dengan Mp Umno Terbabit Kes Rasuah

Anwar Takkan Kerjasama Dengan Mp Umno Terbabit Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 204 hits
Pengasas bersama PKR Dr Syed Husin Ali percaya presiden parti itu Anwar Ibrahim akan mematuhi keputusan Pakatan Harapan untuk tidak bekerjasama dengan anggota parlimen Umno yang berhadapan kes rasuah di mahkamah dalam usaha membentuk keraja...
Najib Masih Kuarantin Bicara Kes Pinda Audit 1mdb Isnin Ditangguh

Najib Masih Kuarantin Bicara Kes Pinda Audit 1mdb Isnin Ditangguh

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 147 hits
132 total views 132 views today Perbicaraan kes Najib Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa meminda laporan akhir audit 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin depan dilapangkan berikutan bekas perdana menteri i...
Peguam Dakwa Pegawai Siasat Kes Rasuah Rosmah Tak Cekap

Peguam Dakwa Pegawai Siasat Kes Rasuah Rosmah Tak Cekap

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 165 hits
459 total views 459 views today Pegawai penyiasat kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak didakwa tidak cekap dalam mengendalikan siasatan kes membabi...
Mahkamah Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah Projek Solar Di Sarawak

Mahkamah Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah Projek Solar Di Sarawak

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Rosmah Mansor menafikan dia mengenali individu individu penting dalam projek tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang kini menjadi pertikaian di mahkamah Penafian tersebut terkandung dalam petikan kenyataan yang ...
2 Kes Menanti Rosmah Selepas Selesai Bicara Rasuah

2 Kes Menanti Rosmah Selepas Selesai Bicara Rasuah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 232 hits
2 kes menanti Rosmah selepas selesai bicara rasuah Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Sep 2020 3 51PM
Sah Jadi Isteri Noryn Aziz Bersyukur Sempat Nikah Sebelum Pkpb

Sah Jadi Isteri Noryn Aziz Bersyukur Sempat Nikah Sebelum Pkpb

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 374 hits
Penyanyi Noryn Aziz melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan semalamPenyanyi Noryn Aziz 43 bersyukur selamat diijabkabul dengan pasangannya sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri Selangor hari ...
Bicara Kes 1mdb Ditangguh Najib Kuarantin Di Rumah

Bicara Kes 1mdb Ditangguh Najib Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 210 hits
BERNAMA Kuala Lumpur Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad akan disambung semula pada 19 Oktober setelah bekas perdana menteri itu kini menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pu...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024