Mahkamah Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah Projek Solar Di Sarawak


 


KUALA LUMPUR - Rosmah Mansor menafikan dia mengenali individu-individu penting dalam projek tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang kini menjadi pertikaian di mahkamah.
Penafian tersebut terkandung dalam petikan kenyataan yang dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.
Ia diberikan kebenaran untuk didedahkan ketika perbicaraan kes rasuah melibatkan Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Menurut kenyataan itu, isteri kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak mendakwa bahawa dia tidak mengenali bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin dan bekas rakan perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah.
Penafian Rosmah itu dibuat ketika menjawab dua soalan daripada SPRM mengenai adakah dia mengenali dua individu tersebut.
Saidi dan Rayyan merupakan dua individu penting dalam perbicaraan kes tersebut telah memberikan keterangan saksi dalam kes rasuah yang berkaitan dengan projek itu.
Rosmah juga menafikan bahawa dia mengenali individu yang dikenali sebagai “Cikgu Azmi,” apabila ditanya mengenai apakah yang dia tahu mengenai projek tersebut.
Sebelum ini, dilaporkan individu yang dikenali sebagai “Cikgu Azmi” merujuk kepada Setiausaha UMNO Pekan, Aazmey Abu Talib.
Nama tersebut turut disebut oleh bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid dalam keterangannya sebagai saksi.
Sementara itu, ketika perbiacaraan hari ini, pegawai penyiasat SPRM Noornabilah Mohd Aziman memberi keterangan bahawa bukti yang dikumpulnya ketika siasatan dijalankan mendapati Rosmah seperti mengenali Saidi.
Saksi ke-23 itu berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhubung kenyataan Rosmah kepada SPRM yang didedahkan itu.
Ketika pemeriksaan semula oleh pihak pendakwa hari ini, Noornabilah berkata bahawa terdapat satu video dan gambar Saidi di kediaman Rosmah di No 11, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur apabila Akram meminta sama ada terdapat bukti yang menunjukkan Said berada di kediaman Rosmah.
Ketika melihat gambar yang ditunjukkan itu, Noornabilah mengesahkan bahawa ia merupakan antara bukti Saidi dan Rosmah mengenali sesama sendiri.
Sementara itu, Akram turut memaklumkan kepada hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa pihak pembelaan telah meminta untuk memanggil semula Mahdzir untuk pemeriksaan balas selanjutnya.
Zaini kemudian menangguhkan perbicaraan untuk hari ini dan menetapkan 20 Okt untuk pihak pembelaan memanggil semula Mahdzir sebagai saksi bagi pemeriksaan balas.
Rosmah kini dibicara atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/mahkaah-rosmah-nafi-kenal-individu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Dakwa Pegawai Siasat Kes Rasuah Rosmah Tak Cekap

Peguam Dakwa Pegawai Siasat Kes Rasuah Rosmah Tak Cekap

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 199 hits
459 total views 459 views today Pegawai penyiasat kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak didakwa tidak cekap dalam mengendalikan siasatan kes membabi...
2 Kes Menanti Rosmah Selepas Selesai Bicara Rasuah

2 Kes Menanti Rosmah Selepas Selesai Bicara Rasuah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 275 hits
2 kes menanti Rosmah selepas selesai bicara rasuah Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Sep 2020 3 51PM
Kes Solar Rosmah Selesai Minggu Depan

Kes Solar Rosmah Selesai Minggu Depan

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Disember ini bagi pengurusan kes pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan tuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dihadapi Datin Seri Rosm...
Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Ezette Tangguh

Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Ezette Tangguh

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 302 hits
564 total views 564 views today Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Ezette A Samad yang dijadualkan hari ini dan esok ditangguhkan kerana keadaan terkini pandemik Cov...
Perbicaraan Kes Rasuah Bung Isteri Ditangguh Kerana Pkpb

Perbicaraan Kes Rasuah Bung Isteri Ditangguh Kerana Pkpb

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 244 hits
Bung Mokhtar berdepan 3 pertuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada menteri kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual KUALA LUMPUR P...
Individu Dari Labuan Sarawak Semenanjung Perlu Pas Khas Masuk Sabah

Individu Dari Labuan Sarawak Semenanjung Perlu Pas Khas Masuk Sabah

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 278 hits
M Update 5 10 2020 Individu dari Labuan Sarawak dan Semenanjung Malaysia perlu mengemukakan permohonan pas kebenaran khas kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya ingin memasuki negeri itu sepanjang Kawalan Rentas Daerah Pejabat Hal Ehwal Dal...
Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu

Polis Siasat Kes Individu Gunakan Nama Agong Untuk Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Polis kini menyiasat kes penggunaan nama dan gambar Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah serta Istana Negara oleh individu tertentu untuk mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada media T...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik