Anwar Takkan Kerjasama Dengan Mp Umno Terbabit Kes Rasuah



(Malaysiakini) – Pengasas bersama PKR, Dr Syed Husin Ali percaya presiden parti itu, Anwar Ibrahim akan mematuhi keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bekerjasama dengan anggota parlimen Umno yang berhadapan kes rasuah di mahkamah, dalam usaha membentuk kerajaan baru.
Ini berikutan kebimbangan bahawa Anwar mengadakan perjanjian dengan anggota parlimen Pekan, Najib Razak, yang telah disabitkan bersalah atas kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Sebelum ini terdapat laporan bahawa Najib bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi – yang juga menghadapi kes di mahkamah – telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.
“PH tak menerima, saya tak kata takkan terima (MP Umno), saya kata tak menerima bekerjasama dengan Najib dan Zahid. Anwar sebagai pengerusi PH harus hormati keputusan PH,” kata Syed Husin kepada Malaysiakini.
Syed Husin berkata, PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah telah memutuskan bahawa sebarang pembentukan kerajaan baru tidak akan melibatkan anggota parlimen Umno yang didakwa terlibat kes rasuah.
“Itu keputusan PH. Anwar akan bersama dengan keputusan PH. PH boleh bekerjama dengan Umno secara individu – ahli-ahli umno yang tak semestinya dengan Umno secara keseluruhan,” kata Dr Syed Husin.
Anwar pada 23 Sept lalu mendakwa memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru.
Beberapa jam selepas pengumuman itu, Zahid mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan terdapat ramai ahli parlimen Umno memberi sokongan kepada Anwar dan parti itu tidak dapat menghalang mereka.
Ini menimbulkan kebimbangan, terutama dalam DAP, jika Anwar bekerjasama dengan Zahid yang menghadapi 47 tuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah di mahkamah.
Anwar setakat ini belum mendedahkan senarai nama anggota parlimen yang didakwa menyokongnya tetapi telah mempersembahkan dokumen sahih sokongan 120 anggota parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, sesi menghadap Seri Paduka ditangguhkan sehingga tamat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 27 Okt.
PKPB dilaksanakan semula di Kuala Lumpur setelah berlaku lonjakan kes Covid-19.
Semalam, MalaysiaNow melaporkan bahawa Najib dan Zahid telah menyampaikan surat kepada Seri Paduka bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar.
Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin dipetik Astro Awani bagaimanapun menafikan surat berkenaan dan menyebutnya sebagai “spekulasi” semata-mata.
Ini berlaku di tengah rasa tidak puas hati pimpinan Umno terhadap Bersatu, yang mendakwa parti itu diketepikan dalam kerajaan.
Umno baru-baru ini mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan sebaliknya memberikan syarat baru kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada masa ini memiliki majoriti tipis dengan hanya memperoleh 113 sokongan daripada jumlah keseluruhan 222 anggota parlimen.
Semalam, Muhyiddin dilapor meminta Umno memperincikan syarat baru mengenai kerjasama politik dengan PN dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/17/anwar-takkan-kerjasama-dengan-mp-umno-terbabit-kes-rasuah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 364 hits
Tiada sebarang pertemuan berlaku di antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan Presiden PKR itu yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru Po...
Perbicaraan Kes Rasuah Bung Isteri Ditangguh Kerana Pkpb

Perbicaraan Kes Rasuah Bung Isteri Ditangguh Kerana Pkpb

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 249 hits
Bung Mokhtar berdepan 3 pertuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada menteri kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual KUALA LUMPUR P...
Menyokong Anwar Untuk Jatuhkan Muhyiddin Cara Terbaik Untuk Elak Umno Terus Dibuli Bersatu

Menyokong Anwar Untuk Jatuhkan Muhyiddin Cara Terbaik Untuk Elak Umno Terus Dibuli Bersatu

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 330 hits
Perkara paling pedih sehingga merobek ke hulu hati UMNO sekarang ini ialah apabila parti itu dibuli oleh Bersatu dalam PRN Sabah yang baru lalu Rasa pedih hati itu sebenarnya lebih perit daripada perasaan yang ditanggung ketika UMNO hilang ...
Perjuampaan Dengan Ku Li Adalah Strategi Mahathir Nak Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin

Perjuampaan Dengan Ku Li Adalah Strategi Mahathir Nak Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 446 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membunuh tiga pihak sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Umno Ini yang Tun Mahathir mahu lakukan Dia lain dari yang lain Dia mahu bunuh Umno Muhyi...
Umno Mps Support For Anwar S Pm Bid Has Increased Claims Pkr Source

Umno Mps Support For Anwar S Pm Bid Has Increased Claims Pkr Source

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 356 hits
PKR president Anwar Ibrahim has maintained strong and convincing support from Umno MPs ahead of his audience with Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah next Tuesday according to PKR sources The opposition leader to date ha...
Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Ezette Tangguh

Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Ezette Tangguh

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 306 hits
564 total views 564 views today Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Ezette A Samad yang dijadualkan hari ini dan esok ditangguhkan kerana keadaan terkini pandemik Cov...
Bersatu Jika Mahu Menang Tajuddin Beritahu Umno Sebelum Anwar Ke Istana

Bersatu Jika Mahu Menang Tajuddin Beritahu Umno Sebelum Anwar Ke Istana

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 233 hits
Ketika Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merancang bertemu Yang di Pertuan Agong pada Selasa seorang veteran Umno mnyeru partinya merapatkan barisan untuk berdepan pilihan raya umum Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata wala...
Mahathir Mahu Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin Dengan 1 Batu Kata Mt Umno

Mahathir Mahu Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin Dengan 1 Batu Kata Mt Umno

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 548 hits
MALAYSIA DATELINEAnggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membunuh tiga pihak sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Umno Ini yang Tun Mahathir mahu lakukan Dia lain dari yang lain Dia mahu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan