Perbezaan Flyers Dan Sales Letter
Apakah maksud sales letter? Sales letter adalah surat jualan atau ayat jualan yang bertujuan untuk menarik dan mengujakan pembaca membeli produk atau perkhidmatan kita.
Berbalik kepada perbezaan sales letter dan flyers. Sebenarnya tiada perbezaan antara sales letter dengan flyers. Keduanya adalah sama sahaja iaitu dengan tujuan iklan seterusnya promosi untuk jualan produk dan servis. Banyak jenis atau kategori yang boleh disamakan dengan sales letter. ‘Adik beradik’ kepada sales letter ini adalah seperti: BrochureFlyersPamphletLeafletKatalogNewsletterDan mungkin banyak lagi yang anda boleh senaraikan. Jika di internet, ia lebih dikenali sebagai web copy. Manakala Business Card pula adalah mempunyai tujuan yang sama tetapi ia lebih ringkas dan mudah disimpan, ini semua orang tahu.. hehe.. Tetapi kali ini saya mahu nampakkan perbezaan flyers itu sendiri dan dengan cara apa yang paling efektif iaitu format atau konsep yang digunakan dan medium mana yang sesuai.
Sales letter atau web copy memerlukan ayat (meng’ayat power’) dan ia lebih detail. Flyers tidak perlu untuk berbuat begitu kerana ia perlu lebih ringkas dan padat. Selalunya ia ditulis dalam bentuk point-point dengan jelas beserta imej jika memerlukan.
Medium Sisipan akhbarSisipan/letak pada kenderaan-kenderaan (tidak sesuai untuk kenderaan majlis perbandaran hehe..)Pos berstemPos terus ke peti suratLayangkan dari rumah ke rumah (yang ini betul-betul dinamakan flyers.. hoho!)Tempat tumpuan awam (saya biasa melihat di tepi pintu masjid.. Oh..) Flyers yang biasa terdapat dalam 4 saiz berbeza iaitu : A4 size(297 x 210mm), A5 size(148.5 x 210mm) , A6 size(148.5 x 105mm) DL size (99 x 210mm) Warna Jangan menggunakan warna kertas yang terlampau terang atau gabungan warna tulisan yang tidak sesuai.Jangan lebih dari 3 corak warna kombinasi templat atau sesuaikan warna sekalipun lebih dari 3 warna agar ia ‘mesra mata’ kerana saya tahu niat anda untuk menampakkan ia lebih menarik. Fokus pada apa yang ingin disampaikan. Jangan kerana warna yang cantik tetapi tulisan tidak begitu jelas menyebabkan pembaca malas untuk membaca flyers anda. Kertas Kualiti kertas penting juga untuk menambah keyakinan pembaca.Font. Jangan terlalu kecil walaupun anda menggunakan kertas bersaiz DLGunakan font biasa seperti Arial, Verdana, Tahoma dan jangan gunakan font yang sukar untuk dibaca.Besar atau tebalkan pada ayat/perkataan yang perlu sahaja.Susun ayat dan imej dengan kemas dan menarik. Perkara penting lain Menyeru pembaca untuk membeli atau mendapatkan servis anda terutama jika ada offer yang terhad.Dan jangan lupa untuk meletakkan cara untuk menghubungi anda!Jika anda tidak ada idea atau senang cerita tak tahu la nak buat, boleh upah mereka yang berpengetahuan atau boleh dapatkan contoh atau muat turun templat dengan hanya menaip di web browser anda!
Ok setakat ini dahulu.. Adios!
Kredit imej di atas untuk 4oaks.net
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2011/09/perbezaan-flyers-dan-sales-letter.html