Perbezaan Antara Elcb Atau Rccb
Sekali ada yang tanya Perbezaan antara ELCB atau RCCB. kalau ikutkan saya hanya mampu berkata ELCB – Earth leakage circuit breaker manakala RCCB itu Residual Current Circuit Breaker .
Tetapi buka itu yang mereka mahukan jawaban nya oleh itu terpaksalah saya google. Untuk mendapatkan jawaban sebenarnya.
Penjelasan – ELCB atau RCCB?
Table untuk model RCCB keluaran Schneider
Sebelum ini kami telah memberikan pengenalan asas mengenai ELCB dan RCCB. Sila rujuk;
Kali ini kami ingin memberikan lebih maklumat apakah perbezaan yang terdapat pada ELCB dan RCCB. Adakah ia suatu perkara yang sama?
ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) merupakan suis automatik yang berfungsi berdasarkan VOLTAN.RCCB (Residual Current Circuit Breaker) merupakan suis automatik yang berfungsi berdasarkan ARUS.
Perbezaan antara ELCB atau RCCB
ELCB berfungsi apabila terdapat arus yang mengalami kebocoran akibat sentuhan wayar Live dan Earth.
Untuk pengetahuan semua, ELCB terbina dengan mempunyai gegelung geganti (relay coil) yang mana ia bersambung dengan bahagian pembumian perkakas pada satu terminal manakala pada satu lagi terminal ia bersambung dengan pembumian sistem elektrik (sambungan pembumian yang menuju ke rod bumi.
Apabila berlaku sentuhan antara Live dan Earth, akan wujud beza upaya antara titik A dan titik B. Fenomena ini akan menyebabkan voltan antara dua titik ini meningkat dan melebihi had voltan yang telah ditetapkan oleh pengilang ELCB.
Voltan yang terhasil dan telah melebihi had tertentu akan menyebabkan gegelung geganti bertindak memutuskan litar secara serta merta (instantaneous) seterusnya melindungi dari sebarang bahaya.
Prinsip operasi bagi RCCB pula berlainan dengan prinsip operasi ELCB walaupun tujuan asasnya adalah sama – melindungi manusia dan perkakas dari sebarang renjatan.
RCCB berfungsi apabila wujud ketidakseimbangan arus diantara Live dan Neutral. Umum mengetahui bahawa pada suatu litar sesiri, arus masukan adalah sama dengan arus keluaran. Apabila berlaku sentuhan wayar Live dan Earth, arus masukan tidak sama dengan arus keluaran kerana sebahagian daripada arus yang sepatutnya mengalir pada keluaran telah mengalir melalui wayar bumi. Sebahagian arus yang tinggal pada keluaran ini dinamakan arus baki (residual current).
RCCB akan mengesan terdapat ketidakseimbangan (unbalance) antara arus masukan dan keluaran dan akan menghantar signal kepada gegelung geganti untuk bertindak memutuskan litar dengan serta merta.
Sudah faham apa beza antara ELCB dan RCCB? Kini, ELCB telah pun jarang digunakan dan digantikan dengan RCCB. Sesetengah orang menggelarkan RCCB juga sebagai ELCB kerana sudah sinonim dengan nama sebelum ini. Jangan khuatir kalau nak membeli RCCB. Sebut sahaja ELCB penjual sudah sedia maklum.
Antara RCCB yang boleh anda dapatkan dipasaran.
Nota: Bagaimana konsep ketidak seimbangan ini berlaku? Kami tidak akan ceritakan di sini kerana ia melibatkan konsep elektromagnetik yang agak kompleks untuk dihadam.
Nak survey RCCB Domestik – Klik Sini
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jom sertai Telegram onlajer untuk maklumat pantas:- https://t.me.onlajer
Baja juga:- Nota pendawai Elektrik
The post Perbezaan antara ELCB atau RCCB appeared first on Onlajer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://onlajer.com/blog/perbezaan-antara-elcb-atau-rccb/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perbezaan-antara-elcb-atau-rccb