Peraturan Pkpp Diwartakan Sebagai Warta Kerajaan Persekutuan


Peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuat kuasa hari ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan.

Warta berkenaan kini boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Peguam Negara.


Menurut warta itu, peraturan-peraturan berkenaan hendaklah terpakai bagi kawasan tempatan jangkitan yang diisytiharkan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 [P.U. (A) 87/2020] sebagaimana yang dilanjutkan dari semasa ke semasa.

Seperti fasa Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, di bawah pewartaan PKPP ini, orang ramai tidak dibenarkan keluar masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, kecuali yang memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan atau yang diberikan kebenaran oleh pegawai diberi kuasa.


Peraturan tersebut juga melarang sebarang aktiviti perarakan, manakala perhimpunan, termasuk bagi aktiviti keagamaan di tempat-tempat ibadat adalah tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.




Begitu juga dalam isu pengangkutan awam, jumlah maksimum kapasiti penumpang yang boleh dibawa menaiki sama ada pengangkutan darat, laut atau udara adalah tertakhluk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.


Seperti yang diumum kerajaan, di bawah peraturan ini, mana-mana warganegara, pemastautin tetap, ekspatriat, kor diplomatik, atau mana-mana orang asing yang dibenarkan Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba, sebelum diberi pelepasan imigresen.

Mereka juga hendaklah mematuhi apa-apa arahan pegawai diberi kuasa dan sekiranya mereka diarahkan menjalani kuarantin di rumah, individu tersebut harus memakai gelang tangan yang disediakan.

Pegawai yang diberi kuasa juga boleh meminta apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada mana-mana orang atau kumpulan orang.

Di bawah peraturan berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa jua cara kepada sesiapa sahaja yang melakukan, menganjurkan, mengusahakan, atau yang terlibat dalam aktiviti selain aktiviti yang dilarang, supaya mengambil langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan atau arahan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Berikut merupakan aktiviti yang dilarang dalam tempoh penguatkuasaan PKPP sehingga 31 Jun ini.

1.Penganjuran acara dan pertandingan sukan.

2. Sukan sentuh.

3. Aktiviti taman tema air dan taman air.

4. Aktiviti kolam renang (selain aktiviti kolam renang di rumah persendirian dan di kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]) kecuali untuk latihan atlet negara yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.

5. Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.

6. Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan keluarga.

7. Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam.

8. Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai.

9. Aktiviti refleksologi dan urut di pusat kesihatan dan kecantikan.

10. Aktiviti kapal persiaran.

11. Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan. — Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/peraturan-pkpp-diwartakan-sebagai-warta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 335 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilucut hak sebagai Ahli Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa keputusan itu dibuat sele...
Harga Siling Petrol Dan Diesel Dibatalkan Dalam Warta Kerajaan

Harga Siling Petrol Dan Diesel Dibatalkan Dalam Warta Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 425 hits
Harga petrol dan diesel merupakan isu yang sangat besar bagi dunia dan Malaysia khasnya yang merupakan negara pengeluar Sebarang perubahan harga akan memberikan impak yang besar kepada sebahagian industri dalam negara Sekiranya anda masih i...
Semua Perkhidmatan Kerajaan Beroperasi Sepanjang Pkpp

Semua Perkhidmatan Kerajaan Beroperasi Sepanjang Pkpp

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 279 hits
PUTRAJAYA 8 JUN Semua perkhidmatan kerajaan beroperasi sepenuhnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang akan berkuat kuasa Rabu ini sehingga 31 Ogos manakala sistem penggiliran dan bekerja dari rumah masih diteruskan kata Ket...
Kerajaan Negeri Perlu Akur Pelaksanaan Pkpp

Kerajaan Negeri Perlu Akur Pelaksanaan Pkpp

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 298 hits
Astro Awani Kerajaan negeri seharusnya akur dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad PUTRAJAYA Kerajaan negeri seharusnya akur dan mematuhi Perintah Kawalan Pergera...
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Akan Laksanakan Pkpp

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Akan Laksanakan Pkpp

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 322 hits
KENYATAAN MEDIA OLEH YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG PADA 7 JUN 2020 DI KOMTAR GEORGE TOWN Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Strategi ini adalah ...
K Jaan P Pinang Diminta Akur Arahan Pkpp Persekutuan

K Jaan P Pinang Diminta Akur Arahan Pkpp Persekutuan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 548 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sumber Foto BernamaKUALA LUMPUR Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu akur dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang akan diwartakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun ini Menurut...
Kerajaan Pn Tak Ada Dap Tapi Judi Dibenar Beroperasi Dalam Pkpp

Kerajaan Pn Tak Ada Dap Tapi Judi Dibenar Beroperasi Dalam Pkpp

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 244 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang ada Pas di dalamnya ditempelak Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar kerana membenarkan premis judi beroperasi dalam tempoh PKPP Katanya PN seharusnya melewatkan operasi perjudian dan bukan menjadikannya se...
Tun M Panggil Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Muhyiddin

Tun M Panggil Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 369 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai kerajaan Muhyiddin Menurut Dr Mahathir beliau terpaksa berbuat demikian kerana parti Perik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia