Peraturan 15 Lapok Dan Drakonian Speaker Harus Berani Bawa Perubahan


 
Selepas Tengku Razaleigh Hamzah menulis surat kepada Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun berkaitan perlunya usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan dalam Sidang Parlimen akan datang, beberapa lagi Ahli Parlimen dilaporkan turut berbuat demikian.
Hakikat ini menggambarkan betapa usul tersebut adalah penting untuk segera ditamatkan polemiknya.
Bagaimanapun, jawapan Azhar kepada surat Ku Li nyata amat mengecewakan dan tidak menggambarkan amalan demokrasi itu wujud dalam erti kata yang sebenarnya di negara ini.
Ini berikutan beliau masih berselindung di sebalik amalan Peraturan 15 yang menghendaki usul kerajaan diutamakan terlebih dahulu berbanding usul persendirian.
Peraturan 15 ini sebenarnya adalah amalan lapuk dan drakonian yang tidak sesuai lagi dengan kehendak zaman serta perubahan politik.
Jika menunggu usul kerajaan selesai terlebih dahulu barulah usul persendirian hendak diberi laluan, bermakna sehingga kiamat pun ia tidak akan ada peluang untuk dibentangkan.
Kerajaan sentiasa mempunyai bertimbun usul untuk dibentangkan, malah jika mampu menangguhkan hari kiamat, pasti kerajaan pun akan berbuat demikian supaya usul kerajaan tetap diberi kesempatan.
Lebih daripada itu, kerajaan juga kadangkala kerap bermain dengan masa berkaitan usul kerajaan atau sengaja mewujudkan usul tertentu di saat-saat akhir untuk tujuan menghalang usul persendirian, terutama jika usul itu adalah usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Sewajarnya, dalam hal ini Speaker harus membawa pembaharuan berkaitan usul persendirian yang penting dengan membenarkannya dibentangkan atau meminta persetujuan Dewan saja sebelum ia diberi laluan untuk dibentangkan.
Tak usahlah berselindung lagi di sebalik Peraturan 15 kerana usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang tujuannya untuk menentukan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah jauh lebih penting daripada segala usul kerajaan, walaupun ia adalah usul persendirian.
Bagaimana kerajaan dan Perdana Menteri dapat dihormati jika keabsahan Muhyiddin selaku ketua kerajaan sentiasa diragui?
Dan bagaimana usul kerajaan mahu dijadikan urusan penting dalam Parlimen melebihi usul persendirian yang tujuan murninya adalah untuk menentukan kesahihan kerajaan itu sendiri jika kedudukan kerajaan itu sendiri menimbulkan persoalan?
Selain itu, jika usul persendirian hanya dapat dibentangkan selepas habis semua usul kerajaan, apakah itu demokrasi namanya?
Di mana hak Ahli-Ahli Parlimen pembangkang untuk bersuara dan tidakkah ini sebenarnya suatu sekatan terhadap kebebasan mereka untuk bersuara?
Dengan kedudukan Azhar sebagai pengamal undang-undang yang pandangannya sebelum ini selalu segar, praktikal dan sesuai dengan keperluan semasa, tetapi dengan masih berselindung di sebalik Peraturan 15 setelah memegang jawatan Speaker, ia tidak lain seperti beliau masih cuba untuk terus mendungukan rakyat.
Di dalam banyak negara lain di dunia, Parlimen bukan saja penting, bahkan usul yang bertujuan menguji kedudukan kerajaan tidak pernah diabaikan begitu saja.
Ia sentiasa diberi keutamaan kerana dengan itulah akan lahir sebuah kerajaan yang berwibawa.
Di Parlimen England misalnya, telah sekian lama wujud “Opposition Days” di mana pada hari-hari tersebut pihak pembangkang bebas membawa apa saja usul atau isu untuk dijawab oleh pihak kerajaan.
Di negara kita, adakah wujud kebebasan seperti itu?
Lebih buruk dan malang lagi, dalam jawapan Azhar kepada surat Ku Li, beliau turut mencadangkan agar Ahli Parlimen Gua Musang itu berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan untuk membolehkan sesuatu usul persendirian diberi keutamaan.
Dengan saranan demikian, sedarkah Azhar bahawa beliau telah merendahkan status Parlimen, meletakkannya tidak bebas dan kedudukannya sentiasa berada di bawah telunjuk eksekutif?
Bukankah Parlimen sepatutnya bebas dan terpisah daripada pihak eksekutif?
Lagi pun, mesyuarat Parlimen adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen dan Speaker patut ada kebebasan sendiri dalam menguruskannya bersama keperluan yang hendak dibawa oleh mereka itu.
Tidakkah ketua di Parlimen adalah Speaker sendiri dengan jubah labuhnya yang dihormati itu dan bukannya Takiyuddin? (Shahbudondotcom 16/10/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/peraturan-15-lapok-dan-drakonian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Bawa Usul Tak Percaya Perlu Kebenaran Menteri Zaid

Kenapa Bawa Usul Tak Percaya Perlu Kebenaran Menteri Zaid

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 244 hits
Datuk Zaid Ibrahim KUALA LUMPUR Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberi keutamaan kepada usul undi tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri di negara ini Menurut beliau senario lain berl...
A400m Tudm Bawa 14 Tan Peralatan Hospital Perubatan Ke Sabah

A400m Tudm Bawa 14 Tan Peralatan Hospital Perubatan Ke Sabah

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 262 hits
SUARA MERDEKA Tentera Udara Diraja Malaysia menggunakan pesawat angkut jenis A400M untuk menerbangkan 14 tan muatan kelengkapan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia dan peralatan perubatan Tawau Sabah hari iniJuruterbang pesawat Mejar M...
Bercuti Bekerja Anak Anak Dibawa Sekali Puteri Sarah Liyana Bawa Diri

Bercuti Bekerja Anak Anak Dibawa Sekali Puteri Sarah Liyana Bawa Diri

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 321 hits
Baru baru ini menerusi laman Instagram pelakon Puteri Sarah Liyana ada memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu bersama anak anaknya source
Siti Nurhaliza Bawa Watak Perisik

Siti Nurhaliza Bawa Watak Perisik

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 287 hits
Tiga bintang bersatu dalam video muzik lagu Siapa Tak Mahu terbitan Zeel Production dengan kerjasama Ghz Studio Video muzik itu dilancarkan secara rasmi dalam laman YouTube semalam Secara kebetulan tiga bintang dimaksudkan turut mengungguli...
Aziz M Osman Mahu Bawa Leftenan Adnan Director S Cut Ke Pawagam

Aziz M Osman Mahu Bawa Leftenan Adnan Director S Cut Ke Pawagam

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 432 hits
Filem Leftenan Adnan versi definisi tinggi yang ditayangkan di saluran televisyen berbayar Astro First pada 27 Ogos yang lalu telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai Susulan dari itu penerbit pengarah dan pelako...
Puteri Sarah Bawa Diri

Puteri Sarah Bawa Diri

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 267 hits
Kuala Lumpur Tindakan pelakon Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet Ada beranggapan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu s...
Paul Parker Hanya Seorang Pemain Sahaja Yang Bawa Identiti Man Utd

Paul Parker Hanya Seorang Pemain Sahaja Yang Bawa Identiti Man Utd

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 209 hits
Bekas pemain Manchester United Paul Parker dengan lantang tampil mempersoalkan mentaliti para pemain The Red Devils bagi membawa cabaran kelab tersebut dalam menghadapi saingan musim ini Parker yang beraksi bersama United pada tahun 1991 hi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat