Perasaan Kasihan Kepada Haiwan Yang Akan Disembelih



Soalan:
Adakah benar jika seseorang yang mengasihani haiwan yang ingin disembelih haram baginya untuk memakan haiwan tersebut? Walaupun cukup syarat-syarat sembelihan. Kekeliruan ini sering kali saya dengar dikalangan masyarakat kita dari dahulu lagi. Semoga mendapat penjelasan daripada Ustaz. Terima kasih.

Jawapan:

Hukum dan Pensyariatan Sembelihan

Islam sangat menitik berat tentang pemakanan dari segi halal dan haram. Oleh itu, Allah SWT telah menjelaskan tentang hal ini di dalam firmanNya:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.” (Surah al-Maidah: 3)

Syarat-syarat Sembelihan

Untuk menjadikan haiwan itu halal untuk dimakan, maka Allah SWT memerintahkan supaya ianya disembelih. Para ulama menggariskan panduan untuk penyembelihan binatang dan meletak syarat-syarat ke atasnya iaitu:

1. Penyembelih itu mestilah berakal. Sama ada lelaki, perempuan, baligh atau mumaiyyiz dan ini merupakan pendapat jumhur.

2. Penyembelih itu mestilah Orang Islam atau Ahli Kitab. Begitu juga tidak sah sembelihan orang yang murtad. Ini kerana sembelihan mereka itu bukanlah bertujuan kerana Allah SWT. Ini seperti firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3 seperti yang di atas. Dan ulama meletakkan syarat ke atas Ahli kitab di antaranya mestilah beriman dan menyebut nama Allah SWT ketika sembelih.

3. Binatang buruan yang halal dan bukan daripada jenis binatang buas dan ganas ini seperti firman Allah SWT:

أُحِل لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepada-Nya kamu akan dihimpunkan.” (Surah al-Maidah: 96)

Dan selain daripada kategori binatang buas diharuskan untuk sembelih dan memakannya. Begitu juga binatang buas tidak termasuk binatang ternakan dan binatang korban.




4. Disyaratkan menyebut nama Allah SWT ketika sembelih sama ada dari kalangan orang Islam atau ahli kitab. Sekiranya ia terlupa atau bisu dibolehkan untuk memakannya. Ini seperti firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّـهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
“Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa).” (Surah al-An’am: 121)

5. Tidak mencampur adukkan di antara membesarkan nama Allah SWT dengan selainnya. Sama ada dengan menyebut secara jelas ataupun tidak.

6. Mestilah dengan memutuskan Halkum dan urat Marih untuk mempercepatkan kematiannya.

7. Selain itu, syarat peralatan sembelihan ialah dengan menggunakan peralatan yang tajam dan bukan diperbuat daripada tulang, kuku dan gigi.

(Lihat: al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah: 21/184)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan di atas, rasa belas kasihan terhadap haiwan yang disembelih tidak mempengaruhi halal dan haram sekiranya ia cukup syarat sah sembelihan seperti yang didatangkan di atas.

Sifat belas kasihan terhadap haiwan merupakan fitrah manusia. Oleh itu, kita digalakkan mengikut adab-adab dan sunat-sunat ketika penyembelihan. Dengan tujuan memudahkan dan mengurangkan kesakitan haiwan sembelihan. Ini seperti yang di ajar Baginda SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, sabda Nabi SAW:

فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ
“Apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik, dan apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan baik.” [Riwayat Muslim (1955)]

Oleh itu kita dapat mengaplikasikan hadis ini dalam kehidupan. Hadis ini juga merupakan salah satu daripada prinsip penting dalam islam kerana ia merupakan seruan kemuliaan daripada Nabi SAW supaya berihsan dalam setiap amalan. Cukuplah dibuktikan hal ini dalam banyak tindakan Rasullullah SAW sama ada perkara kecil atau besar. (Lihat: al-Kafi Syarah Hadis 40 oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, hlm 175)

Wallahua'lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/perasaan-kasihan-kepada-haiwan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Tapir Sedunia Haiwan Yang Hampir Pupus

Sambutan Hari Tapir Sedunia Haiwan Yang Hampir Pupus

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1123 hits
Sambutan Hari Tapir Sedunia disambut pada 27 April setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman kepupusan spesies ini termasuk Tapir Malaya kerana populasi Tapir Malaya kian kritikal kesan dari aktiviti pem...
Cukuplah Kecam Kasihan Dekat Mama Yang Sudah Tua

Cukuplah Kecam Kasihan Dekat Mama Yang Sudah Tua

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 283 hits
Menyedari ada netizen melancarkan kempen Boikot Keluarga Damanhuri susulan kontroversi tarian separuh bogel anak kepada pelakon veteren terkenal Normah Damanhuri iaitu usahawan The post appeared first on
Haiwan Pun Ada Rasa Kasih Sayang Pertama Kali Lihat Foto Burung Hantu Bela Anak Itik Jadi Anak Angkatnya

Haiwan Pun Ada Rasa Kasih Sayang Pertama Kali Lihat Foto Burung Hantu Bela Anak Itik Jadi Anak Angkatnya

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1083 hits
Haiwan pun Ada Rasa Kasih Sayang Pertama Kali Lihat Foto Burung Hantu Bela Anak Itik Jadi Anak Angkatnya Haiwan juga mempunyai rasa belas kasihan sama seperti manusia cuma yang membezakan kita dengan haiwan ialah mungkin rasa belas kasihan ...
Wow Intip Bekas Awek Lelaki Pasang Alat Penjejak Pada Haiwan Peliharaan

Wow Intip Bekas Awek Lelaki Pasang Alat Penjejak Pada Haiwan Peliharaan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 339 hits
Intip bekas awek lelaki pasang alat penjejak pada haiwan peliharaan Helen mengakui sedih apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh bekas teman lelakinya Gambar Hiasan LAIN orang lain caranya Bagi sesetengah individu mereka gemar melihat akt...
Kerbau Tersebut Telah Selamat Disembelih Sumber

Kerbau Tersebut Telah Selamat Disembelih Sumber

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 290 hits
Dua wanita warga Thailand dilaporkan cedera selepas van yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau di Kilometer 435 7 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara di Kuala Kubu Baru hari ini Lapor dua mangsa yang cedera itu itu tersepit di bahagi...
Orang Ingat Kembar Kandungan Makin Membesar Suami Kasihan Tasha Manshahar Bawa Perut

Orang Ingat Kembar Kandungan Makin Membesar Suami Kasihan Tasha Manshahar Bawa Perut

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 378 hits
Bila kandungan makin membesar sememangnya para suami akan kasihankan isteri membawa perut Apatah lagi bila lihat perut ibu hamil besar ramai yang menyangka kandungan kembar Itulah yang dialami suami Tasha Manshahar penyampai radio Zayan Raq...
3 Gambar Terlajak Sayu Ayah Acap Ini Undang Perasaan Sebak Ramai Netizen

3 Gambar Terlajak Sayu Ayah Acap Ini Undang Perasaan Sebak Ramai Netizen

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 405 hits
Hati ibu bapa mana yang tidak sedih jika anak kandung mereka hilang dari pandangan bukan Namun itu lah yang sedang dilalui kedua ibu bapa Mohamad Ashraf Hasan 23 atau dikenali sebagai Acap yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Tr...
Ratusan Penunjuk Perasaan 039 Jaket Kuning 039 Ditahan Di Paris

Ratusan Penunjuk Perasaan 039 Jaket Kuning 039 Ditahan Di Paris

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 120 hits
Ratusan penunjuk perasaan jaket kuning ditahan nbsp di Paris Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Apr 2019 7 33
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia