Perap Keputusan Lembaga Pengampunan Petunjuk Lemahnya Komunikasi Kerajaan


 
Walaupun keputusan sebenar Lembaga Pengampunan berkaitan Najib Razak masih belum diketahui, pelbagai pihak – di alam nyata dan di alam maya – mula mempertikai dan menghentam kerajaan berkaitan dengannya.

Di mana-mana kita boleh mendengar mereka mempertikaikan kelambatan kerajaan mengumumkan Lembaga Pengampunan itu.

Sebenarnya bukan keputusan Lembaga Pengampunan itu yang menjadi persoalan, tetapi yang dipersoalkan ialah mengapa keputusannya masih diperap daripada pengetahuan umum sehingga kini?

Sementara tugas Lembaga Pengampunan WP yang dipengerusikan Yang Dipertuan Agong (ketika itu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) ialah membuat keputusan dan adalah hak serta budi bicara baginda memutuskan apa juga ketetapan berhubung permohonan pengampunan, peranan kerajaan pula ialah memaklumkannya kepada pengetahuan umum apa yang diputuskan itu.

Oleh kerana ia terus diperap, maka akhirnya media Singapura yang lebih dulu memperolehi maklumat mengenai keputusan Lembaga Pengampunan itu dan kemudian mendedahkannya.

Sama ada betul atau tidak betul apa yang didedahkan media Singapura itu, yang nyata ini adalah petunjuk ketara kelemahan komunikasi yang ada pada kerajaan.

Lebih-lebih lagi kalau apa yang didedahkan media Singapura itu adalah tepat, kelemahan komunikasi kerajaan akan bertambah parah kerana ia akan menyebabkan keputusan rasmi Lembaga Pengampunan yang diumumkan nanti sudah tidak bernilai lagi.

Soalnya, kenapa keputusan sepenting itu kerana melibatkan seorang bekas Perdana Menteri, mahu diperap sekian lama?

Kenapa tidak selepas tamat saja mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Isnin lalu, kerajaan terus saja memaklumkan keputusannya?

Untuk apa seorang menteri berkata – tunggu sehari dua lagi dan seorang lagi menteri pula berkata – Insya Allah minggu ini akan diumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu?

Kalau sudah ada keputusan dan keputusan itu pula telah diperakui dan diterima, nak tunggu apa lagi?

Bukankah jika keputusannya diberitahu lebih awal, semua kekalutan yang timbul sekarang boleh dielakkan?

Apa yang harus disedari, zaman kini adalah zaman langit terbuka dan semua benda bergerak lebih pantas berbanding zaman akhbar bercetak kertas dahulu.

Untuk itu, apa juga keputusan yang telah dibuat, lebih-lebih lagi dalam kes penting seperti pengampunan Najib ini, ia mesti dihebahkan dengan segara dan tidak boleh diperap lagi.

Jika diperap, ia pasti akan bocor dan terdedah secara tidak rasmi juga akhirnya, sekaligus memberi malu kepada fungsi komunikasi kerajaan itu sendiri.

Ini baru soal komunikasi kecil iaitu berkaitan keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan, bagaimana nanti komunikasi dalam isu yang lebih besar seperti menangkis serangan pembangkang, membina naratif berkaitan beberapa perkara utama melibatkan keputusan kerajaan, mempertahankan Perdana Menteri dan menghadapi “perang PRU16”?

Mampukah komunikasi sedia ada menjamin Anwar Ibrahim kekal lebih daripada sepenggal? – ShahbudinHusin 01/02/2024.



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/perap-keputusan-lembaga-pengampunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Lembaga Pengampunan Munasabah Kuasa Agong Mutlak

Keputusan Lembaga Pengampunan Munasabah Kuasa Agong Mutlak

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 314 hits
Keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan SRC International tidak wajar dipertikaikan Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Men...
Umno Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

Umno Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 347 hits
Oleh Helmi Mohd Foad UMNO menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Lembaga Pengampunan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam kenyataan berk...
Tony Pua Sindir Keputusan Di Buat Oleh Lembaga Pengampunan Terhadap Pembebasan Najib

Tony Pua Sindir Keputusan Di Buat Oleh Lembaga Pengampunan Terhadap Pembebasan Najib

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 388 hits
SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dengan nada sinis menyindir keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan dan Putrajaya berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri ...
Saya Taubat Saya Teruja Keputusan Lembaga Pengampunan Tony Pua Sindir Pemuda Umno

Saya Taubat Saya Teruja Keputusan Lembaga Pengampunan Tony Pua Sindir Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 228 hits
Bekas setiausaha publisiti DAP Tony Pua hari ini buat kenyataan balas menyindir tindakan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu membuat laporan polis susulan dirinya yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap kepada Yang di Pert...
Pengampunan Najib Sudah Ada Keputusan Kata Anwar

Pengampunan Najib Sudah Ada Keputusan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 446 hits
malausiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Lembaga Pengampunan telah mempunyai keputusan mengenai pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak Bagaimanapun Anwar enggan mengulas lanjut perkara tersebut sebaliknya me...
Pendedahan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Dap Desak Peguam Najib Disiasat

Pendedahan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Dap Desak Peguam Najib Disiasat

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 381 hits
Pendedahan Mesyuarat Lembaga Pengampunan DAP desak peguam Najib disiasat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 0eSrEpYu5Uc src in org https www youtube com embed 0eSrEpYu5Uc wmode transparent rel 0 feature oembed src i...
Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 308 hits
MalaysiakiniSurat yang mempunyai cap mohor yang di Pertuan Agong sebelum ini menunjukkan kemungkinan wujud perbezaan pendapat antara Seri Paduka dan Lembaga Pengampunan berkaitan hukuman Najib Razak Surat itu dibacakan oleh peguam Najib Sha...
Pengampunan Najib Tempias Kepada Kerajaan

Pengampunan Najib Tempias Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 207 hits
HarapandailyIsu pengampunan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hangat diperkatakan sehari dua ini Perkara ini menjadi lebih panas ekoran laporan Utusan Malaysia semalam yang meramalkan Najib akan dibebaskan Pada ketika ini Najib ...
Terkini Najib Bebas Tunggu Lembaga Pengampunan

Terkini Najib Bebas Tunggu Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 424 hits
PETALING JAYA Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan Itu jawapan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti