Keputusan Lembaga Pengampunan Munasabah Kuasa Agong Mutlak




Keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan SRC International tidak wajar dipertikaikan.
Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Parlimen Malaysia, Hassan Abdul Karim, keputusan itu juga boleh dianggap munasabah dan berpatutan.
Terutama, katanya, berkenaan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan dan keputusan baginda itu adalah hak mutlak dan tidak boleh dipertikaikan.
“Keputusan Lembaga Pengampunan yang mesti dipengerusiksn oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berkuasa ke atas Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan tidak boleh dicabar di mahkamah, sama ada kita bersetuju dengannya ataupun tidak.
“Kerana kuasa membuat keputusan oleh Agong itu adalah bersifat kuasa budi bicara baginda dengan syarat sebelum baginda Agong membuat keputusan tersebut, satu mesyuarat Lembaga Pengampunan telah diadakan dan dipengerusikan oleh baginda. Sama ada kita bersetuju atau tidak tentang hal semacam ini, itu adalah persoalan lain.
“Tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima sebagai sebuah negara walaupun demokrasi berparlimen, tetapi masih mengekalkan saki baki sistem feudal yang bersifat raja berperlembagaan,” kata Hassan dalam kenyataan petang ini.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah Mahkamah Belas Ehsan (court of mercy) dan bukan mahkamah undang-undang biasa (court of laws). Oleh itu, ujarnya pertimbangan lembaga tersebut tidak sama dengan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.
“Saya menghormati dan bersedia dengan hati terbuka menerima keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib Razak kerana Lembaga Pengampunan secara hakikinya tidak memberikan pengampunan terhadap sabitan kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah undang-undang.
“Dalam undang-undang ada dua perkara apabila seseorang dihukum oleh mahkamah. Yang pertama, orang yang dituduh itu disabitkan bersalah. Kunci perkataannya ialah sabitan atau conviction dalam bahasa Inggeris.
“Selepas disabit bersalah maka orang dituduh itu dijatuhkan hukuman ke atasnya. Kata kuncinya ialah hukuman atau sentencing. Ini berlaku jika si tertuduh itu didapati bersalah.
“Keputusan Lembaga Pengampunan ini tidak melepaskan Najib Razak (daripada kesalahan),” katanya.
Tegas Hassan, sabitan bersalah ke atas Najib kekal. Keringanan hanyalah jumlah hukuman dari 12 tahun kepada 6 tahun selain jumlah denda yang wajib dibayar daripada RM200 juta kepada RM50 juta sahaja.
Lembaga Pengampunan, katanya, tetap menghormati keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Malaysia dan Mahkamah Persekutuan yang mendapati selepas perbicaraan penuh dan selepas rayuan serta semakan, bahawa Najib Razak bersalah dan sabitan bersalah itu tidak diberikan pengampunan.
“Sebagai seorang anggota Jawatankuasa Mengenai Rasuah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri di bawah Seksyen 14 Akta SPRM 2009, saya melihat keputusan Lembaga Pengampunan terhadap kes rasuah dan salah guna kuasa Najib Razak dalam kes SRC International ini akan dapat mengekalkan semangat dan komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dan agensi memerangi rasuah SPRM untuk meneruskan komitmen membasmi amalan rasuah di Malaysia.
“Keputusan Lembaga Pengampunan yang teguh mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib telah menghantar isyarat jelas kepada mahkamah supaya terus kekal mempertahankan kebebasan mahkamah undang-undang dalam soal keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya lagi.
The post Keputusan Lembaga Pengampunan munasabah, kuasa Agong mutlak first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37007?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=keputusan-lembaga-pengampunan-munasabah-kuasa-agong-mutlak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Keputusan Agong Muktamad Atas Dasar Ihsan Pm

Pengampunan Keputusan Agong Muktamad Atas Dasar Ihsan Pm

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 99 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Razak adalah suatu perkara muktamad yang diambil oleh Yang di Pertuan Agong Perdana Menteri mengakui...
Perap Keputusan Lembaga Pengampunan Petunjuk Lemahnya Komunikasi Kerajaan

Perap Keputusan Lembaga Pengampunan Petunjuk Lemahnya Komunikasi Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 171 hits
Walaupun keputusan sebenar Lembaga Pengampunan berkaitan Najib Razak masih belum diketahui pelbagai pihak di alam nyata dan di alam maya mula mempertikai dan menghentam kerajaan berkaitan dengannya Di mana mana kita boleh mendengar mereka m...
Saya Taubat Saya Teruja Keputusan Lembaga Pengampunan Tony Pua Sindir Pemuda Umno

Saya Taubat Saya Teruja Keputusan Lembaga Pengampunan Tony Pua Sindir Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 155 hits
Bekas setiausaha publisiti DAP Tony Pua hari ini buat kenyataan balas menyindir tindakan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu membuat laporan polis susulan dirinya yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap kepada Yang di Pert...
Umno Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

Umno Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 165 hits
Oleh Helmi Mohd Foad UMNO menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Lembaga Pengampunan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam kenyataan berk...
Tony Pua Sindir Keputusan Di Buat Oleh Lembaga Pengampunan Terhadap Pembebasan Najib

Tony Pua Sindir Keputusan Di Buat Oleh Lembaga Pengampunan Terhadap Pembebasan Najib

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 274 hits
SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dengan nada sinis menyindir keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan dan Putrajaya berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri ...
Pendedahan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Dap Desak Peguam Najib Disiasat

Pendedahan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Dap Desak Peguam Najib Disiasat

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 206 hits
Pendedahan Mesyuarat Lembaga Pengampunan DAP desak peguam Najib disiasat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 0eSrEpYu5Uc src in org https www youtube com embed 0eSrEpYu5Uc wmode transparent rel 0 feature oembed src i...
Pengampunan Najib Sudah Ada Keputusan Kata Anwar

Pengampunan Najib Sudah Ada Keputusan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 302 hits
malausiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Lembaga Pengampunan telah mempunyai keputusan mengenai pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak Bagaimanapun Anwar enggan mengulas lanjut perkara tersebut sebaliknya me...
Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 185 hits
MalaysiakiniSurat yang mempunyai cap mohor yang di Pertuan Agong sebelum ini menunjukkan kemungkinan wujud perbezaan pendapat antara Seri Paduka dan Lembaga Pengampunan berkaitan hukuman Najib Razak Surat itu dibacakan oleh peguam Najib Sha...
Sedarlah Wahai Penyokong2 Najib Lembaga Pengampunan Bukan Macam Lembaga Disiplin Umno Shahbudin Husin

Sedarlah Wahai Penyokong2 Najib Lembaga Pengampunan Bukan Macam Lembaga Disiplin Umno Shahbudin Husin

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 126 hits
Terdapat kecenderungan yang ketara malah semacam berlebih lebihan di kalangan para penyokong Najib Razak dalam menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Lembaga Pengampunan WP berkaitan bekas Perdana Menteri itu Selain beberapa pe...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names