Perang Sudah Tamat Namun Hidup Masih Sukar Buat Seorang Veteran Tentera


Farhira Farudin Di usia 74 tahun, A Arullapan menjaga isteri yang menghidap strok dan anak lelakinya yang merupakan OKU.

A.Arullapan melihat Pingat Jasa Malaysia yang dianugerahkan kepadanya pada 16 Februari 2019 lalu di Kementerian Pertahanan Malaysia. Setiap minggu Arullapan Anthony, 74, setia membawa isterinya ke pusat fisioterapi untuk mendapatkan rawatan.
Di usia emas, Arullapan tetap menjaga isterinya yang menghidap penyakit strok sejak enam tahun lalu dan bergantung dengan sesi rawatan mingguannya bagi mengekalkan progres kesihatannya yang perlahan-lahan beransur pulih.
Untuk melaksanakan kewajipannya itu, anak mereka, Pius, seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 51 tahun terpaksa ditinggalkan di rumah seorang diri.
Menurut veteran tentera itu, isterinya Annamary Sokkan, 66, pernah hidup secara normal.
Namun, kehidupan mereka berubah apabila Annamary menghidap penyakit strok pada tahun 2015 menyebabkan hilang keupayaan untuk berjalan.
Kini, Arullapan menghabiskan hari-harinya menjaga mereka berdua.
Sebagai seorang pesara tentera, kerja-kerja berat bukan asing bagi Arullapan. Beliau pernah berkhidmat sebagai unit bantuan tempur Rejimen Semboyan Diraja Tentera Darat selama 22 tahun bahkan turut serta dalam operasi ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1969.
“Saya hampir mati semasa misi di Taiping sebab kami kena diserang hendap.
“Saya dan lapan orang yang lain naik atas bukit untuk hantar generator. Bila sampai tempat paling tinggi, kami diserang hendap,” katanya kepada MalaysiaNow
Kerana khidmatnya itu, beliau dikurniakan Pingat Jasa Malaysia yang diterima pada tahun 2019.
Namun, walaupun pernah menyabung nyawa berkhidmat untuk negara, kini perjuangannya adalah di rumah bagi menjaga isteri dan anak.
“Bangun pagi saya mandikan isteri saya. Kemudian saya akan ke kedai untuk beli tose atau mi goreng.
“Tengah hari saya akan masak nasi dan beli kari di kedai. Malam pula saya akan mandikan isteri saya lagi,” katanya kepada MalaysiaNow.
Wang persaraan A.Arullapan digunakan untuk merawati isterinya, Annamary Sokkan yang mengidapi penyakit angin ahmar dan anak sulungnya berusia 51 tahun mengalami masalah mental.Arullapan tinggal bertiga bersama isteri dan anak sulungnya di rumah kecil mereka di Nanding, Hulu Langat, Selangor, manakala empat orang anaknya yang lain tinggal berjauhan dari keluarga.
Menurut Arullapan, Pius, anak sulungnya itu tidak mampu bercakap.
“Dia memang tak boleh bercakap. Jadi bila dia sakit, dia tak tahu macam mana nak beritahu saya.
“Kalau dia menangis, saya tak faham mengapa. Itu masalah yang susah untuk saya.”
Annamary pula kini terpaksa bergerak ke mana-mana menggunakan kerusi roda.
Menurut wanita itu, dia tidak mampu berjalan sejak diserang strok pada 2015.
“Saya sedang masak dan saya rasa pening dan terus jatuh. Bila saya bangun, doktor kata saya kena strok,” kata Annamary kepada MalaysiaNow.
“Bila saya kena strok, saya dah tak ingat apa-apa. Dalam kepala semua kosong.”
Jaguh sukan
Selain berkhidmat sebagai tentera, nama Arullapan turut harum sebagai seorang jaguh sukan mewakili Rejimen Semboyan Diraja dalam beberapa acara.
Pasukan bola sepak dan bola keranjang yang diwakilinya pernah bergelar johan, selain turut aktif mewakili Angkatan Tentera Malaysia untuk sukan hoki dan olahraga.
Hebatnya Arullapan bermain bola sepak sehingga pernah berkongsi padang yang sama bersama lagenda sukan itu Mokhtar Dahari dan Zainal Abidin Hassan.
“Kalau sebut nama saya dekat Zainal, mesti dia kenal.
“Saya wakil Semboyan lawan dengan pasukan lain untuk Kajang League. Masa itu lah Mokhtar dengan Zainal Abidin bawa team mereka daripada fire brigade.
“Dari situ lah saya kenal Mokhtar dan Zainal,” katanya sambil tersenyum mengimbau kembali kenangan manis itu.
A.Arullapan juga sangat aktif dalam bidang kesukanan, sepanjang beliau berkhidmat dengan tentera darat beliau merupakan pemain hoki dan bola sepak.Selepas bersara dari tentera, Arullapan mula bekerja sebagai seorang penyelia di Universiti Perdana di Cheras.
Namun, selepas isternya menghidap strok dan tidak mampu menjaga Pius seorang diri, Arullapan terpaksa berhenti kerja untuk menjaga keluarganya.
Keluarga ini mengharapkan wang pencen sewaktu Arullapan sebanyak RM1300 sebulan.
Menurutnya, sejumlah RM460 terpaksa digunakan untuk membayar balik pinjaman pendidikan untuk anak bongsunya James yang menerima ijazah dari Segi College.
Bayar pinjaman anak
James yang tamat belajar pada tahun 2014 sehingga kini masih lagi tidak dapat pekerjaan setaraf dengan ijazah kejuruteraan eletrik dan dia terpaksa bekerja di Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk menampung kos hidup.
“Saya hanya harapkan duit pencen. Ada juga dapat bantuan untuk anak OKU dan warga emas.
“Itu pun tak cukup makan untuk hidup. Saya keluarkan seribu lebih untuk perubatan isteri saya.
“Saya juga tiada kenderaan. Jadi kalau pergi hospital kami naik Grab. Jumlah semua cecah lebih RM100 setiap kali keluar,” katanya.
Beginilah suasana di rumah A.Arullapan, anaknya yang mengalami masalah mental hanya duduk di katil yang diletakkan pada ruang tamu.Lebih menyedihkan lagi, tahun lepas Arullapan mengalami kemalangan yang menyebabkannya sukar untuk berjalan.
Menceritakan kepada MalaysiaNow, Arullapan berkata pada ketika itu, dia cuba untuk membaiki pintu rumahnya namun tergelincir dan menyebabkan mesin gergaji jatuh ke atas dirinya.
“Tiada siapa tolong saya waktu itu. Saya terpaksa merangkak ke depan rumah dan telefon anak saya.
“Kepala saya kena 8 jahitan dan 16 jahitan di kaki. 80 peratus urat saya putus,” katanya sambil menunjukkan balutan di kaki kanan.
Disebabkan insiden tersebut, Arullapan kini sukar untuk berjalan dan berdiri untuk waktu yang lama.
“Saya boleh berdiri tapi kadang-kadang tak seimbang.
“Tapi apa yang saya boleh buat, inilah nasib saya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/perang-sudah-tamat-namun-hidup-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ada Majikan Hidup Di Zaman Batu Tahun 2021

Masih Ada Majikan Hidup Di Zaman Batu Tahun 2021

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 271 hits
KERAJAAN MELAYU ISLE DIAM BISU WALAIN DAN MACAI Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci agar pesalah terbabit didakwa atas tuduhan menyerang memukul dan kesalahan undang u...
Seminggu Diam Lepas Hadapi 4 Kontroversi Ini Karier Seo Yeji Dijangka Sukar Hidup Semula

Seminggu Diam Lepas Hadapi 4 Kontroversi Ini Karier Seo Yeji Dijangka Sukar Hidup Semula

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 271 hits
Sepanjang minggu lepas memang kecoh mengenai kisah perangai Seo Ye ji yang digembar gemburkan oleh media selepas pendedahan wanita itu mengawal Kim Jung hyun mengenai interaksinya bersama pelakon dan staf wanita lain semasa menjadi teman wa...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 377 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Veteran Umno Lihat Mic Laksana Biawak Hidup Buat Bn

Veteran Umno Lihat Mic Laksana Biawak Hidup Buat Bn

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 228 hits
Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub menyifatkan keberadaan MIC dalam BN umpama biawak hidup yang masalahnya terpaksa ditanggung oleh gabungan berkenaan Mustapha berkata dia benar benar berharap agar impiannya melihat parti itu men...
Pengarah F9 Sahkan Brian O Conner Masih Hidup

Pengarah F9 Sahkan Brian O Conner Masih Hidup

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 345 hits
Pengarah filem Fast Furious 9 Justin Lin mendedahkan bahawa watak Brian O Conner lakonan Paul Walker masih lagi hidup di dalam universe filem tersebut Walaupun filem ini lebih menumpukan kepada watak Dom Brian juga tidak kurang pentingnya S...
Masih Tak Lekat Lekat Lagi Rupanya Suami Punca Sebab Hisap Rokok

Masih Tak Lekat Lekat Lagi Rupanya Suami Punca Sebab Hisap Rokok

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 214 hits
Dikatakan individu wanita yang menjadi perokok pasif dikelilingi pasangan keluarga atau rakan sekerja yang merokok boleh menjadi punca sukar hamil adakah ia benar Perokok pasif dan kesannya Individu yang merokok dianggap perokok aktif Manak...
Hiburan Kesian Aisha Masih Kecil Peminat Minta Beranak Lagi Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun

Hiburan Kesian Aisha Masih Kecil Peminat Minta Beranak Lagi Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 245 hits
Pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz memang diketahui ramai sering memuat naik gambar keluarga dan sudah tentu keletah anak ketiga kepada pasangan ini iaitu Aisha Amaira sering sahaja mencuri perhatian peminat kerana aksinya yang comel dan m...
Selagi Pimpinan Ada Sikap Melawan Seperti Sekarang Sukar Untuk Umno Diharamkan Tapi

Selagi Pimpinan Ada Sikap Melawan Seperti Sekarang Sukar Untuk Umno Diharamkan Tapi

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 156 hits
Bolehkah UMNO diharamkan Ini adalah antara isu yang menghantui UMNO sekarang ini selain isu kedudukan hubungannya dengan Bersatu dan kemampuan untuk menang dalam PRU15 akan datang Dengan banyak kuasa berada dalam tangan Bersatu dan parti it...
Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum Dibenarkan April 2021

Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum Dibenarkan April 2021

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 386 hits
Sudah seminggu selepas pengumuman tentang status perjalanan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dan seminggu ja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bul...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff