Perang Saudara Pertama Dalam Islam Ketahui Sebab Berlakunya Peperangan Tersebut




Perang Jamal atau Perang Unta ialah perang saudara pertama dalam Islam. Bagaimana peperangan ini boleh berlaku?  Mari kita telusuri kisah perang yang telah berlaku lebih seribu tahun dahulu ini.

 

Perang Jamal berlaku pada 11 Jamadil Akhir 36H bersamaan Disember 657M. Punca utama peperangan ini berlaku ialah apabila terjadinya salah faham antara pihak Saiyidina Ali dan pihak Saiyidatina Aisyah, Ummahatul Mukminin yang telah dicetuskan oleh golongan munafik. Perang ini dinamakan perang unta adalah kerana ketika peperangan, Saiyidatina Aisyah menunggang unta dan beliau hanya berada di atas untanya, tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Perkara penting yang harus ditegaskan tentang peperangan ini ialah peperangan ini bukan bertujuan untuk membunuh atau isu perebutan kuasa tetapi hanya atas dasar untuk menegakkan kebenaran.


 




Kota Madinah berada dalam keadaan huru-hara apabila khalifah ketiga Islam iaitu Saiyidina Uthman bin Affan telah dibunuh oleh puak pemberontak daripada golongan Saba’iyyah  di dalam rumahnya sendiri kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pentadbirannya. Saiyidina Uthman telah dibunuh secara zalim pada bulan Haram dan golongan Saba’iyyah ini telah mencemarkan tanah Rasulullah. Berikutan hal itu, ahli syura telah mencadangkan supaya Saiyidina Ali dilantik sebagai kepimpinan Khalifah yang baru menggantikan Saiyidina Uthman, namun beliau menolak. Setelah desakan demi desakan dilakukan, Saiyidina Ali akhirnya menerima taklifan tersebut untuk dilantik sebagai Khalifah.

 

Saiyidina Ali menghadapi cabaran yang besar ketika itu kerana banyak fitnah telah berkembang dan merebak selepas kewafatan Khalifah Uthman. Beliau bukan sahaja harus menguruskan pentadbiran negara tetapi juga perlu menyelesaikan isu pembunuhan Saiyidina Uthman. Saiyidina Ali berpendapat bahawa adalah lebih utama untuk menstabilkan keadaan negara dan menghakimi pesalah yang terlibat dengan kuasa yang tetap daripada mengenakan hukuman qisas kepada pembunuh Saiyidina Uthman tanpa sebarang autoriti. Tetapi pendapat ini disangkal oleh pihak lain seperti Saiyidatina Aisyah di Mekah  dan  Muawiyah bin Abu Sufyan di Syam yang mendesak agar segera menghukum para pembunuh Saiyidina Uthman.

 

Setelah berbai’ah kepada Khalifah Ali atas dasar menuntut qisas pembunuh Saiyidina Uthman, Thalhah bin Ubaidillah dan Abu Abdullah Zubair bin Al Awwam meminta izin Saiyidina Ali menuju ke Mekah untuk berbincang dengan Saiyidatina Aisyah tentang perancangan menuntut bela atas kematian Khalifah Uthman. Saiyidatina Aisyah bersetuju dan beliau bersama Thalhah dan Zubair berserta beribu pasukan bergerak ke Basrah, membina kubu pertahanan dan bersiap sedia menuntut bela atas kematian Saiyidina Uthman.

 


Tetapi pada masa yang sama, pembunuh-pembunuh Saiyidina Uthman dan pihak yang terlibat bertindak menyelamatkan diri daripada dikenakan hukuman. Cara yang digunakan mereka adalah dengan berbai’ah kepada Khalifah Ali. Hal ini menyukarkan Khalifah Ali menghukum pesalah kerana mereka telah berbai’ah kepada beliau. 


Saiyidina Ali kemudiannya mendapat maklumat tentang kemaraan pasukan Saiyidatina Aisyah dan beliau tidak mempunyai pilihan. Beliau dan pasukannya berangkat ke Kuffah, kota berdekatan dengan Basrah, bukan untuk berperang tetapi untuk berunding dengan pihak Saiyudatina Aisyah supaya berdamai. Pada fikiran Saiyidina Ali, hal ini tidak boleh dibiarkan kerana jika peperangan berlaku pasti akan membawa kemudaratan yang besar. Pertumpahan darah yang dahsyat akan berlaku dan umat Islam akan berpecah.

 

Mengikut satu riwayat, perundingan dimulakan dengan Saiyidina Ali menemui Zubair Al Awwam, sepupunya sendiri dengan mengatakan, “Betapa rindunya aku ketika di sisi Rasulullah, kita mengayunkan pedang yang sama. Mengapa hari ini pedang kita bermusuhan? Wahai Zubair, ingatkah engkau pada suatu hari, Rasulullah menggandingkan kita berdua lalu bertanya kepada engkau, adakah engkau mencintai Ali? Lalu engkau menjawab, bagaimana mungkin aku tidak mencintai sepupuku sendiri ya Rasulullah. Wahai Zubair, ingatkah engkau lagi bahawa Rasulullah bersabda, suatu hari nanti engkau akan menzaliminya.” Saiyidina Ali menuturkan lagi, “ Adakah hari itu ialah hari ini wahai Zubair? “ Zubair lalu menunduk dan menangis, lalu berkata,” Ya, engkau benar. Hari itu ialah hari ini. Aku telah menzalimimu.” Lalu, selepas perbicaraan itu mereka bersepakat untuk berdamai.

 

Saiyidina Ali juga mengundang Thalhah menemuinya untuk berunding. Apabila Thalhah tiba, Saiyidina Ali memalingkan mukanya lalu membacakan surah Al-Ahzab, ayat 53 yang bermaksud ’..apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi) maka mintalah daripada belakang tabir..’ dan ‘.. tidak boleh (pula) menikahi isteri-isteri nabi selama lamanya (setelah nabi wafat)..’. Saiyidina Ali bertanya, “Wahai Thalhah, ingatkah engkau ayat ini diturunkan tentang siapa?” Thalhah mengatakan, “Tentang aku".


Thalhah pernah berbicara dengan Saiyidatina Aisyah iaitu sepupunya tanpa tabir dan hal ini dicemburui oleh Nabi. Thalhah juga pernah berhasrat ingin menikahi Saiyidatina Aisyah setelah Nabi wafat lalu turunlah ayat ini sebagai teguran kepada Thalhah. Saiyidina Ali meneruskan dengan berkata, “Mengapa sekarang setelah Nabi wafat, engkau meninggalkan isteri di rumah, lalu mengajak Aisyah berperang di sisimu?” Penyataan Saiyidina Ali menikam hati Thalhah lalu beliau bersetuju untuk berdamai.

 


Namun, golongan yang membunuh Saiyidina Uthman tidak bersetuju dengan perdamaian ini. Hal ini adalah kerana, peluang mereka untuk mendapat hukuman di atas kesalahan mereka akan lebih cerah. Pada awal pagi ketika hari masih gelap selepas perdamaian tersebut. Golongan munafik sekitar 200 orang telah menyerang kedua-dua pasukan, pasukan Saiyidina Ali dan pasukan Saiyidatina Aisyah. Namun, pihak Aisyah r.a menyangka bahawa pasukan Ali r.a menipu dan bertindak menyerang ke atas mereka dan sebaliknya juga pada pasukan Ali. Lalu berlakulah peperangan Jamal yang melibatkan pasukan Ali, menantu Rasulullah dan pasukan Aisyah, isteri Nabi.

 

Perang semakin berkobar-kobar, beratus tombak patah, pedang-pedang berlumuran dengan darah. Mereka saling menyerang dan galak menghunus senjata. Kaum Saba’iyah berusaha mencapai unta Aisyah r.a, dan hendak membunuh Ummul Mukminin, akan tetapi gagal.


Dengan pengalaman ketenteraan  yang dimiliki oleh Saiyidina Ali bin Abi Thalib, beliau berpendapat  perang akan berhenti jika Saiyidatina Aisyah dikeluarkan dari medan peperangan. Lalu, kaki unta yang ditunggangi Saiyidatina Aisyah dipotong dengan pedang, dan kemudian disembelih, akhirnya unta itu rebah di atas tanah. Hal ini bertujuan untuk menyelamatkan Saiyudatina Aisyah daripada medan perang yang telah mengorbankan banyak nyawa itu. Apabila Aisyah r.a dikeluarkan daripada tempat pertempuran, peperangan menjadi sedikit reda. Tidak lama kemudian peperangan pun berakhir.

 

Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Saiyidina Ali mengarahkan pasukannya agar tidak mengejar pasukan lawan yang lari, tidak membunuh orang yang terluka dan tidak menceroboh rumah-rumah. Saiyidina Ali bin Abi Thalib r.a memerintahkan Muhammad bin Abu Bakar dan Amar bin Yasir untuk mendirikan khemah untuk Saiyudatina Aisyah. Beliau juga mengumpulkan seluruh harta rampasan, dan mempersilakan askar-askar untuk mengambil semula harta mereka. Pihak yang terkorban ialah sekitar 10 ribu, lima ribu daripada pihak Aisyah dan lima ribu daripada pihak Ali.

 

Terdapat riwayat yang mengatakan sahabat Nabi, Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair Al Awwam tidak mengikut peperangan setelah berdamai dan syahid di luar peperangan ini namun menurut riwayat lain menyatakan mereka telah dipanah dan gugur syahid ketika perang ini. Mereka dikebumikan di dalam satu liang lahad dan Saiyidina Ali mendoakan kebaikan untuk mereka. Saiyidina Ali berkata, ”Amat berat perasaanku melihat engkau dibunuh di bawah bintang bintang langit.” Dan mereka termasuk dalam 10 sahabat yang dijanji syurga.


Saiyidina Ali kemudian mempersiapkan segala keperluan Saiyidatina Aisyah untuk pulang ke Mekah diringi sepasukan wanita bersenjata. Saiyidatina Aisyah menjangkakan bahawa pemergiannya ke Basrah akan membawa kebaikan dan maslahah sebaliknya bukan seperti yang diharapkan. Beliau menangis sehingga tudungnya menjadi basah mengenangkan perkara ini.

 

Perdamaian antara pihak Aisyah r.a dan pihak Ali r.a akhirnya tercapai tetapi sekali lagi Saiyidina Ali harus menghadapi satu ancaman besar iaitu menghadapi pihak Muawiyah bin Abu Sufyan yang bergerak dari Syam ke Kuffah atas matlamat yang sama, menuntut bela atas kematian Saidina Uthman. Lalu berlakulah perang Siffin dan terhasillah daripadanya puak Khawarij dan puak Syiah. Justeru, Perang Jamal dan Perang Siffin ini saling berkait dan perpecahan umat Islam kini bermula daripada fitnah yang berlaku selepas kewafatan Khalifah Saidina Uthman bin Al-Affan.

 

Bagaimana kita harus mengambil pengajaran daripada kisah ini?  Sesungguhnya kita harus mengkaji peristiwa ini dengan adil. Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh termasuk dalam golongan ekstrim yang telah mengkafirkan kedua-dua belah pihak atas alasan mereka telah melakukan kesilapan. Perbahasan para ulama tentang peperangan ini harus dirujuk terlebih dahulu sebelum menilai peristiwa ini mengikut akal fikiran kita yang cetek.

 

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Allah ada menyelitkan mehnah dan ujian dalam hubungan persaudaraan Islam hanya untuk menguji keimanan dan ketakwaan hamba-Nya. Antara ujian tersebut ialah hasutan golongan munafik yang tidak penah berputus-asa memecah-belahkan umat Islam. Mereka ibarat duri dalam daging dan merupakan racun terbesar kepada umat Islam sehingga hari Kiamat.


Kita haruslah sentiasa berhati-hati dalam setiap urusan agar tidak terperangkap dengan golongan yang dibenci Allah ini. Semoga Allah menjadi saksi atas usaha dan amalan kita dalam memperjuangkan agama Islam seperti Islam telah sampai kepada kita dengan darah dan air mata Nabi Muhammad SAW serta para sahabat Baginda. Justeru, sanggupkah kita mengkhianati mereka?

 

PENULIS: Hajar Rahman, Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir [http://alazhar.perubatan.org/]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.orangmuo.my/2021/07/perang-jamal-bagaimana-perang-saudara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ditikam Anak Saudara Akibat Perang Mulut

Wanita Ditikam Anak Saudara Akibat Perang Mulut

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 127 hits
BernamaBUTTERWORTH Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya Perai pada hari ini...
Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 271 hits
Kad Debit i Bank Islam Visa Tabung Haji merupakan salah satu inovasi dalam dunia perbankan yang menggabungkan kemudahan transaksi harian dengan manfaat untuk simpanan dan pengurusan kewangan Sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Bank...
Gerai Saman Islam Di Chatuchak Market

Gerai Saman Islam Di Chatuchak Market

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 108 hits
Assalamualaikum uollz Ramadhan tinggal 57 hari lagi nbsp nampaknya ai kena habiskan semua stok menu2 halal di Bangkok sebelum puasa menjelang nbsp Banyak lagi tau nbsp Kalau bosan boleh skip Kali ni pengalaman lunch di Saman Islam gerai hal...
Terkini Islam Terancam Atau Pn Solidariti Najib Tiada Kaitan Parti L

Terkini Islam Terancam Atau Pn Solidariti Najib Tiada Kaitan Parti L

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 179 hits
Antara menarik tengah hari ini 1 Ahli MKT tegaskan perhimpunan solidarity untuk Najib tidak libatkan parti lain 2 Projek asas dan tebatan banjir untuk rakyat perlu disegerakan 3 PM Anwar sifatkan pemerkasaan tatakelola satu kejayaan dicapai...
Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 324 hits
Pernah tak rasa macam Eh bila nak mula puasa tahun ni atau Hari Raya jatuh hari apa sebenarnya Jangan risau eh kalendar Islam 2025 dah ready untuk bantu awak orang keep track tarikh tarikh penting dalam setahun Kalau nak lebih mudah save po...
Muzium Islam Pamer Warisan Sejarah

Muzium Islam Pamer Warisan Sejarah

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 185 hits
Muzium Islam ini merupakan salah satu muzium yang terdapat di Kelantan yang berfungsi sebagai institusi mengumpul menyelidik memelihara dan mempamerkan warisan sejarah sosial budaya masyarakat Islam Matlamat penubuhan Muzium Islam ini ialah...
Hukum Poligami Ketentuan Menikah Dengan Empat Istri Dalam Islam

Hukum Poligami Ketentuan Menikah Dengan Empat Istri Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 112 hits
Poligami dalam Islam adalah bagian dari syariat dengan syarat dan batasan tertentu termasuk keadilan dalam memperlakukan istri Artikel ini mengupas dalil hukum dan ketentuan syariat terkait menikah hingga empat istri sesuai panduan Al Quran...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet