Perang 14 Hari Kisah Amukan Berdarah Orang Melayu Menentang Komunis


PERISTIWA ‘Perang 14 Hari’ antara orang Me­layu dengan tentera ‘Bintang Tiga’ yang juga terkenal sebagai ‘Perang Parang Panjang’ tercetus sekitar bulan Ogos 1945 sebaik pihak Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu.


Kekejaman tentera Bintang Tiga ini mendapat liputan meluas Utusan Melayu sehingga memaksa orang Melayu mengasah parang dan ‘mengasap kemenyan’ selain memakai selempang merah bagi mempertahankan diri masing-masing daripada keganasan tentera Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM).

Menurut Ishak Haji Moha­mad dalam bukunya Me­moir Pak Sako Putera Gunung Tahan (1997), Perang Parang Panjang merupakan kebangkitan orang Melayu menentang keganasan tentera Bintang Tiga yang bermaharajalela ketika itu.

Ishak menceritakan, sejurus Jepun men­yerah kalah, maka sekonyong-konyong ke­luarlah askar bintang tiga memakai uniform, bertopi tiga bucu lengkap dengan senapang dan bom tangan sambil mengarak seekor babi panggang untuk me­nunjukkan kekuatan. Selepas itu tentera Bintang Tiga mulalah menangkap orang Melayu dan India yang kononnya telah me­lakukan ke­salahan.

“Di antara kesalahan-kesalahan yang kononnya boleh mereka itu tangkap, bicarakan dan diputuskan dengan hukuman-hukuman berat ialah ‘tidak membayar hutang seringgit dua’ kepada para peniaga dan peraih-peraih iaitu hutang-hutang kecil yang lama sepuluh dua puluh tahun yang lampau” (Ishak Haji Muhamad 1997:181).

Menurut Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka (1982), ‘Perang 14 Hari’ itu timbul akibat syak wasangka orang Cina terhadap kejujuran orang Melayu yang sengaja ditiupkan oleh pihak komunis.

“Dalam masa 14 hari itu tentera Bintang Tiga mengamuk, bertindak kejam de­ngan membunuh orang-orang Melayu yang didakwa mereka menjadi polis rahsia Jepun.

“Mereka membalas dendam tanpa berperikemanusiaan sekali pun orang Me­layu yang dibunuh itu adalah jiran mereka. Ada antara kejadian-kejadian tersebut tentera Bintang Tiga menyeksa orang-orang Melayu kerana anjingnya dibunuh” (Abdul Samad Idris: 1982:360).

Akibatnya, sebilangan besar orang Melayu merasakan perbuatan orang-orang Cina dalam tentera Bintang Tiga itu seolah-olah ‘ayam jantan berkokok’ yang menyombong di kampung orang.

“Mereka terlupa bahawa mereka adalah kaum pendatang yang seharusnya berterima kasih kepada orang-orang Melayu kerana membenarkan menumpang di negara ini” (Abdul Samad Idris 1982:360).

Akibat diprovokasi me­lampau, orang Me­layu pun bangkit menentang sehingga tercetusnya ‘Perang 14 Hari’ sekitar bulan Ogos 1945. Perang itu mula tercetus di Batu Pahat (Johor), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) November 1945, Parit dan Teluk Intan (Perak) 24 Disember 1945, Batu Malim (Pahang) 11 Februari 1946 dan Kuala Kangsar (Pe­rak) 6 Mac 1946.

Di Batu Pahat, muncul Kiyai Salleh atau Panglima Salleh (Selempang Merah) memimpin orang-orang Melayu menentang keganasan orang-orang Cina yang dipengaruhi komunis. Nama sebenar beliau ialah Dato’ Penghulu Haji Muhammad Salleh Haji Abdul Karim.

Orang-orang Melayu Batu Pahat di bawah pimpinan Kiyai Salleh berperang habis-habisan menggunakan parang panjang melawan orang-orang Cina komunis yang lengkap dengan peralatan senjata mo­den.

Abdullah CD dalam bukunya Memoir Abdullah C.D: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 menceritakan semua penduduk Lambor di Perak turut menganggotai kumpulan parang panjang yang dikatakan mahu ‘perang sabil’.

“Mereka memakai selempang merah dan bersenjatakan parang panjang serta mengamalkan ilmu kebal” (Abdullah CD 2005: 113).

Selepas itu berlakulah pertempuran sengit antara orang Cina dan Melayu di Lambor.

“Mereka yang terkorban itu dianggap mati syahid dan diadakan upacara pengebumian secara besar-besaran,” cerita Abdullah CD.

Pergaduhan perkauman itu dapat diredakan apabila pihak Inggeris memaksa MPAJA menyerahkan senjata dan membubarkan tentera Bintang Tiga yang dikuasai komunis.

https://m.utusan.com.my/80-tahun-utusan/sejarah-utusan/bintang-tiga-balas-dendam-dalam-peristiwa-14-hari-1.821065

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/11/perang-14-hari-kisah-amukan-berdarah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seorang Pria Nikahi Gurunya Waktu Sma Saya Pernah Berkata Suatu Hari Akan Menikahinya

Kisah Seorang Pria Nikahi Gurunya Waktu Sma Saya Pernah Berkata Suatu Hari Akan Menikahinya

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 301 hits
Kisah pernikahan Muhammad Hazim Shahidan dan Siti Aishah mendadak viral Hal tersebut dikarenakan Muhammad Hazim Shahidan menikahi perempuan yang merupakan mantan gurunya ketika SMA Dikutip dari Grid id Muhammad Hazim pertama kali bertemu de...
Sinopsis 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Sinopsis 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 521 hits
Filem komedi romantik 7 Hari Kisah Cinta Langkawi lakonan Josiah Hogan Mark Adam dan Peter Davies akan mula ditayangkan bermula 31 Oktober 2019 TAJUK 7 HARI KISAH CINTA LANGKAWITarikh Tayangan 31 Oktober 2019Pengarah Anwardi Jamil SulongTer...
Kisah Benar Ibu Dan Adik Saya Dibunuh Pengganas Komunis Di Depan Mata

Kisah Benar Ibu Dan Adik Saya Dibunuh Pengganas Komunis Di Depan Mata

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 550 hits
MELAKA Sebut sahaja tentang komunis jelas terbayang di fikiran seorang warga emas kisah kekejaman kezaliman penderitaan dan kesedihan Apa tidaknya bagi Tik Sulong 89 dia sendiri menyaksikan bagaimana ibunya Temun Manang adik lelaki berusia ...
Tuan Guru Hj Bakri Pemimpin Tentera Sabil Menentang Kekejaman Komunis

Tuan Guru Hj Bakri Pemimpin Tentera Sabil Menentang Kekejaman Komunis

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 856 hits
Di jambatan inilah berlakunya pertempuran di antara Orang Banjar dengan pengganas KomunisSelepas tentera Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu pengganas komunis sempat menguasai Tanah Melayu walaupun tidak lama Ketika itu Sungai Manik menjad...
Perang Paraguay Perang Paling Berdarah Di Amerika Selatan

Perang Paraguay Perang Paling Berdarah Di Amerika Selatan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 309 hits
Lukisan dari pasukan artileri Paraguay di medan perang Perang Paraguay adalah perang di Amerika Selatan yang terjadi antara Paraguay melawan Argentina Brazil Uruguay Perang tersebut juga dikenal sebagai Perang Aliansi Tiga karena di awal pe...
Kisah Pilu Balita Di Bogor Menderita Tumor Mata Kucing

Kisah Pilu Balita Di Bogor Menderita Tumor Mata Kucing

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 260 hits
Lantaran tidak memiliki biaya orang tua Dela tidak pernah lagi memeriksakan kondisi mata Dela Hingga suatu saat mata palsu Dela lepas saat bermain dengan temannya
Tak Sangka Kisah Melissa Dan Paragliding Dalam Soalan Bahasa Inggeris Spm Benar Benar Wujud

Tak Sangka Kisah Melissa Dan Paragliding Dalam Soalan Bahasa Inggeris Spm Benar Benar Wujud

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 929 hits
Mata pelajaran Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2019 baru sahaja berakhir pada hari Rabu semalam dan para pelajar SPM meluahkan perasaan lega mereka setelah berjaya menjawab soalan bagi subjek tersebut Walau bagaimanapun tular sebuah ...
Bertarung Nyawa Di Icu Selepas Bersalin Kisah Si Isteri Dakwa Ditinggal Suami Ketika Hamil 5 Bulan

Bertarung Nyawa Di Icu Selepas Bersalin Kisah Si Isteri Dakwa Ditinggal Suami Ketika Hamil 5 Bulan

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 598 hits
Dalam pada kita semua isteri yang gembira menimang cahaya mata jangan kita lupa ada sesetengah daripada kita yang tidak bernasib baik Terbaru perkongsian daripada Athif Majidah yang mendakwa seorang isteri ditinggalkan suami selepas baru sa...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je