Kisah Benar Ibu Dan Adik Saya Dibunuh Pengganas Komunis Di Depan Mata



MELAKA - Sebut sahaja tentang komunis, jelas terbayang di fikiran seorang warga emas kisah kekejaman, kezaliman, penderitaan dan kesedihan.

Apa tidaknya, bagi Tik Sulong, 89, dia sendiri menyaksikan bagaimana ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan mata manakala abang ipar mati hangus selepas komunis membakar rumah.
Tik yang juga adik kepada pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Jamil Sulong berkata, peristiwa itu menjadi igauan ngeri sepanjang kehidupannya.

"Ketika tanah air diancam komunis, mereka bertindak merampas senjata di rumah-rumah pasung (balai polis) manakala anggota polis dibunuh.

Tik Sulong menceritakan bertapa kejamnya pengganas Komunis
"Selain rumah pasung dibakar, rumah ketua-ketua kampung atau naib ketua kampung pula menjadi sasaran mereka," katanya.

Tik ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Udang, Melaka.
Menurutnya, kejadian menyayat hati itu berlaku pada hari Sabtu, 10 Jun 1945 jam 6 pagi di Kampung Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

"Ayah saya, Sulong Mohammad merupakan ketua kampung dan antara individu bertanggungjawab membuka kawasan Parit Sulong, sekitar tahun 1940-an.

"Masa tragedi berlaku ayah tiada di rumah sebab ke kebun, dia nak pantau kerja-kerja menuai padi yang dilakukan pekerja-pekerja upahan," katanya.

Tik berkata, pada pagi hari kejadian dia dan adik beradiknya membantu ibu mereka menyediakan pisang goreng untuk sarapan.

"Ibu sempat tanak nasi untuk kakak yang baru bersalin enam belas hari. Rumah kami dua tingkat, tiga pintu. Kami tidur di bawah.

"Secara tiba-tiba kakak di dalam pantang terdengar ketuk-ketuk dibunyikan bertalu-talu diikuti dengan bunyi tembakan senapang berbalas-balas dan juga suara jeritan orang memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang," katanya.

Menurut Tik yang ketika itu baharu berusia 15 tahun, dia berlari menarik tangan ibu serta adik yang masih kecil berumur dua tahun dan seorang lagi tiga tahun setengah keluar menerusi pintu belakang rumah.

Sementara kakaknya yang dalam pantang mendukung anak kecilnya dengan sebelah tangan sama-sama memimpin adik yang berumur tiga tahun setengah.

"Saya jerit panggil kakak bersama empat anaknya serta suami kakak yang tidur di tingkat dua memberitahu supaya cepat lari, komunis datang serang dan saya lihat kakak yang dalam pantang berlari.

"Malang nasib kami, apabila sebaik terjun menyelamatkan diri ke dalam kolam ikan berhampiran rumah, komunis pun sampai lalu menikam ibu dengan lembing.

"Ibu yang ketika itu mendukung adik lelaki menjerit kesakitan. Saya pula benamkan muka ke dalam air separas dada dan menyorok di sebalik tumbuhan daun keladi yang memenuhi kolam ikan.

"Masih saya ingat apabila ibu sempat merayu kepada komunis, dengan menyebut 'tauke' jangan dibunuh anak saya, tapi tanpa belas kasihan komunis menikam bertalu-talu hingga ibu dan adik tidak bernyawa," katanya yang menceritakan selepas itu air kolam tiba-tiba bertukar merah disebabkan darah ibu dan adik.

Tik berkata, dalam masa sama, kakaknya sempat melarikan diri namun anak yang didukungnya berusia tiga tahun terlepas kerana kain dukungan terlucut dan ditikam bertalu-talu oleh komunis.

Sementara suami bersama anak perempuannya yang berumur lapan bulan turut mati ditikam di tingkat atas rumah kerana tidak sempat lari sebelum bertindak membakar rumah berkenaan

"Tidak dapat saya lupakan bagaimana anak saudara menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis.

"Selepas komunis berlalu pergi, tentera Jepun bersama orang-orang kampung datang mencari dan memanggil nama ahli keluarga masing-masing dan ayah saya bagaikan orang gila hendak terjun dalam api yang sedang marak menyala kerana menyangkakan kami semua berada di dalam rumah ketika api sedang marak.

"Lima orang ahli keluarga kami terbunuh dalam tragedi itu, manakala lima orang lagi dari kalangan penduduk kampung yang lain. Jenazah abang ipar yang mati terbakar hanya tinggal sehasta. Suasana pengebumian kelima-lima jenazah ahli keluarga kami amat memilukan," katanya.

Tapak rumah lama di Parit Sulong di mana lokasi kejadian tersebut.
Menurut Tik selepas tragedi itu, dia sekeluarga yang terselamat tinggal menumpang selama empat malam di rumah orang yang bersimpati dengan nasib mereka di Batu Pahat sebelum berpindah dan menetap di Sungai Udang, Melaka tempat asal ayahnya.

"Saya mendirikan rumah tangga dengan suami, Abdul Jalil Hashim, anak seorang guru yang juga Sidang di Sungai Udang dan kemudiannya dikurniakan lapan orang anak.

"Suami saya memandu teksi di Singapura. Pada tahun 1954 saya berpindah ke Singapura mengikut suami dan tinggal menumpang dengan abang saya yang menetap di Jalan Ampas. Seminggu selepas perintah berkurung di Singapura kerana tragedi Natrah diambil bapanya untuk dibawa pulang ke Belanda, kami kemudiannya berpindah semula ke Melaka," katanya.

Tik aktif berpolitik dan ketika penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, beliau turut menyertainya selain banyak terlibat di dalam persatuan-persatuan termasuk pernah dilantik menjadi Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Sungai Udang.

Malah beliau pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Cawangan Sungai Udang selama 32 tahun.

Tik Sulong tiga dari kiri bergambar bersama
 adik beradiknya 
Sumber : Sinar Harian

KM: Pengganas Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan, perlembagaan PKM jelas menyatakan cita-cita PKM yang mahu menubuhkan Republik Komunis Malaya, jika itu berhasil, nasib orang Melayu bakal senasib dengan Melayu Champa yang dibunuh beramai-ramai oleh rejim Komunis Khmer di Kemboja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/11/kisah-benar-ibu-dan-adik-saya-dibunuh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 521 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Bila Buka Penutup Mata Alamak Mertua Adik Ipar Jiran Semua Duduk Keliling Meja Kisah Telur Rebus Buat Netizen Geli Hati

Bila Buka Penutup Mata Alamak Mertua Adik Ipar Jiran Semua Duduk Keliling Meja Kisah Telur Rebus Buat Netizen Geli Hati

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 475 hits
Aku baru berkahwin dan duduk dengan bini aku berdua Aku ada tabiat suka makan telur rebus tak tahulah kenapa sedap agaknya Namun semenjak kahwin tabiat itu kurang sikit sebab bini aku masak sedap sedap Tapi dah lama juga aku tak pekena telu...
Kisah Benar Yang Sayu Bangsa Yang Membunuh Bangsanya Sendiri

Kisah Benar Yang Sayu Bangsa Yang Membunuh Bangsanya Sendiri

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 367 hits
Foto Allahyarham Malik Ini adalah perkongsian Facebook daripada Darnalis A Rahman yang bercerita tentang realiti sikap segelintir bangsa Melayu KISAH BANGSA YANG MEMBUNUH BANGSANYA SENDIRIDah lama cerita ni akak simpan Kisah pengajaran ttg ...
Tersungkur Redah Banjir Lumpur Guru Tak Kisah Demi Masa Depan Orang Asli

Tersungkur Redah Banjir Lumpur Guru Tak Kisah Demi Masa Depan Orang Asli

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 419 hits
Menjadi seorang tenaga pengajar di sekolah sekolah pedalaman bukanlah sesuatu yang mudah Jauh dari pembangunan dan kesibukkan kota anak anak Orang Asli ini sememangnya dahagakan ilmu dan juga perhatian dari seorang guru Seperti lilin yang m...
Kisah Benar Terbaru Mengenai Rosmah Dan Najib Didedahkan Oleh Anak Kandung Rosmah Sendiri Yang Agak Sadis Ngeri

Kisah Benar Terbaru Mengenai Rosmah Dan Najib Didedahkan Oleh Anak Kandung Rosmah Sendiri Yang Agak Sadis Ngeri

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 389 hits
Well what can I say I m very happy with Pakatan Harapan won and Tun Mahathir become our Prime Minister for the second time with another different party What happen in Sabah makes me feel a little bit sad for Sabahan They don t deserve it at...
Kumpulan Berita Tips Awet Muda Sering Disangka Kakak Adik Dengan Sang Anak Ersa Mayori Happy Jadi Ibu Tips Awet Muda

Kumpulan Berita Tips Awet Muda Sering Disangka Kakak Adik Dengan Sang Anak Ersa Mayori Happy Jadi Ibu Tips Awet Muda

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 300 hits
Hohoho selamat malam sesi kali ini akan menjelaskan tentang tips awet muda Kumpulan Berita TIPS AWET MUDA Sering Disangka Kakak Adik dengan Sang Anak Ersa Mayori Happy Jadi Ibu simak selengkapnya LifeStyle Sering Disangka Kakak Adik dengan ...
Gara Gara Makan Nasi Lauk Kerupuk Andi Tato Tewas Dibacok Kakak Kandung Di Depan Ibu

Gara Gara Makan Nasi Lauk Kerupuk Andi Tato Tewas Dibacok Kakak Kandung Di Depan Ibu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 210 hits
Hanya gara gara makan nasi kerupuk Andika alias Andi Tato tewas di tangan saudaranya sendiri Ahmad Redi Pelaku ditangkap polisi tak lama usai kejadian
Sebuah Taman Nan Indah Buat Anak Adik Ibu Ini Gigih Gali Tanah Buat Kolam Pukul 1 Pagi

Sebuah Taman Nan Indah Buat Anak Adik Ibu Ini Gigih Gali Tanah Buat Kolam Pukul 1 Pagi

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 452 hits
Betulah kata orang bila kita dah jadi ibu ataupun bapa kita sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarga demi melihat mereka tersenyum Terkadang entah datang dari mana kekuatan untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan tapi demi anak anak t...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids