Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 2030 Perlu Di Bahaskan Di Sidang Dun




KUANTAN: Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025-2030 (PET30) perlu dibentangkan dan dibahaskan secara menyeluruh di Dewan Undangan Negeri (DUN) agar ahli dewan memahami hala tuju ekonomi negeri, selari dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, perbincangan mendalam mengenai PET30 adalah penting dan tidak hanya membangkitkan tujuh perkara teras transformasi ekonomi negeri secara umum.
“Perancangan ekonomi ini perlu dilihat secara menyeluruh dan dibentangkan dalam dewan seperti mana RMK13 dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen.
“Kita juga di peringkat negeri perlu membahaskan perancangan ekonomi supaya ahli-ahli dewan faham hala tuju ekonomi Pahang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhir persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah itu memaklumkan beberapa projek yang dicadangkan sebelum ini tergendala atau terbengkalai kerana tidak selari dengan RMK yang dibentangkan di peringkat Persekutuan.
Justeru, katanya, sidang dewan perlu digunakan sebaik mungkin bagi membincangkan perancangan kerajaan negeri dengan lebih mendalam.
“Kalau kita ambil masa dua ke tiga hari sidang ini, hujung tahun biasanya untuk bajet, dan pertengahan tahun inilah sepatutnya digunakan sebaik mungkin untuk membincangkan perancangan kerajaan negeri,” katanya.
Menyentuh mengenai seruan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail supaya semua pihak bersatu membangunkan negeri, Andansura berkata, pembangkang menyambut baik seruan itu, namun ia perlu disertai tindakan yang selari.
“Kita diminta bekerjasama membina negeri, tetapi dalam masa sama tindakan mereka berlawanan.
“Banyak sekatan dikenakan kepada kami, peruntukan tidak diberikan, surau dan masjid tidak dibenarkan masuk untuk program, sekolah kami tidak boleh masuk. Semua ini menunjukkan seruan itu tidak selari dengan tindakan,” ujarnya.
Pada 24 Jun lalu, Wan Rosdy memaklumkan Pahang akan melaksanakan PET30 bagi mentransformasikan ekonomi secara menyeluruh berasaskan kekuatan sumber negeri, realiti semasa pasaran global dan aspirasi rakyat.
Menurutnya, PET30 dibina berasaskan tiga paksi utama iaitu kesejahteraan rakyat, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi yang dipacu sektor swasta.
Jelasnya, pelan induk itu juga akan terus memastikan pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar, kawasan Felda, kampung Orang Asli, dan komuniti pedalaman dengan keutamaan diberikan kepada akses air bersih, pendidikan berkualiti, perumahan selesa serta liputan digital. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/andansura-perancangan-pelan-induk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dun Pahang Lulus Belanjawan Tambahan Rm141 Juta Merupakan Antara Terendah Sejak Tahun 2022

Sidang Dun Pahang Lulus Belanjawan Tambahan Rm141 Juta Merupakan Antara Terendah Sejak Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 511 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang meluluskan sebanyak RM141 juta belanjawan tambahan dan ia merupakan antara terendah sejak tahun 2022 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan tersebut meliputi tujuh komponen termasuk k...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan Tanah Kerajaan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1476 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bercadang menggunakan dron berkuasa tinggi untuk aktiviti pemantauan kawasan hutan simpan dan tanah kerajaan di negeri itu Pengarahnya Zainuddin Jamaluddin berkata dron berkenaan mampu berada pada ke...
Farhan Penstrukturan Semula Majlis Pimpinan Negeri Pkr Pahang Perkukuhkan Kepimpinan Negeri

Farhan Penstrukturan Semula Majlis Pimpinan Negeri Pkr Pahang Perkukuhkan Kepimpinan Negeri

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 811 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Pahang telah melaksanakan penstrukturan semula Majlis Pimpinan Negeri menerusi mesyuarat yang diadakan pada Jumaat sebagai langkah memperkukuh barisan kepimpinan parti di negeri ini Pengerusi MPN PKR Pahang Dat...
Pahang Sasar 50 000 Pengunjung Mini Maha Pahang 2025 Berlangsung Pada 14 Hingga 17 Ogos Ini

Pahang Sasar 50 000 Pengunjung Mini Maha Pahang 2025 Berlangsung Pada 14 Hingga 17 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 355 hits
KUANTAN Pahang mensasarkan lebih 50 000 pengunjung hadir ke Mini MAHA Pahang 2025 yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos ini Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebanyak 60 acara akan dijalankan sepa...
Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1375 hits
12 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris di Banquet Hall Syed Bistro KL Sidang media bertujuan menuntut keadilan dan pembelaan ke atas kematian Allahyarham Syamsul Haris
Sultan Pahang Akan Terus Bersuara Mengenai Isu Pencerobohan Tanah Di Seluruh Negeri Hingga Ia Dihentikan

Sultan Pahang Akan Terus Bersuara Mengenai Isu Pencerobohan Tanah Di Seluruh Negeri Hingga Ia Dihentikan

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 374 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini sehingga kegiatan itu dihentikan sepenuhnya Bagaimanapun baginda bertitah usaha ...
Lebih 1 000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

Lebih 1 000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 666 hits
KUANTAN Seramai lebih 1 000 pelajar daripada 20 buah sekolah menyertai Fiesta Rakan Muda Negeri Pahang 2025 sebagai usaha memperkasa pembangunan belia menerusi pelbagai aktiviti berfaedah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multi...
Mb Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Sedia Berunding Isu Tanah Aina Tapi Biarlah Di Buat Dengan Cara Yang Betul

Mb Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Sedia Berunding Isu Tanah Aina Tapi Biarlah Di Buat Dengan Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 562 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri sedia berunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik susulan permohonan maaf yang dikemukakan oleh pemilik dan pengasas Tanah Aina Puan Sri Shariffa S...
Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 720 hits
KUANTAN Keputusan Sri Pahang FC untuk tidak menyertai saingan Liga Malaysia musim 2025 26 wajar dijadikan titik permulaan kepada usaha memperkukuh pembangunan akar umbi bola sepak negeri itu bagi mengasah bakat pemain tempatan Sultan Pahang...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Happy Deepavali 2025

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali