Peranan Ulama
Ulama’ ialah ahli agama atau ilmuan yang menguasai beberapa cabang ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu ini adalah ilmu yang bermartabat tinggi kerana ia berkaitan dengan Allah, Rasulullah, Al-Quran, sistem kehidupan, politik, budaya, ekonomi dan perkara-perkara besar yang lain. Ilmu ini akan menentukan nasib baik seseorang atau sebaliknya di dunia dan di akhirat kelak. Ilmu inilah yang disebut sebagai Ad-din oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya:Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama(Muttafaqun ‘Alaih dari Mu’awiyah r.a)
Ilmu ini juga disebut Al-Hikmah seperti firman Allah dalam surah AlBaqarah ayat 269:
Allah mengangkat martabat orang yang beriman dan berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Allah berfirman dalam surah Al-Mujadalah ayat 11:
Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. menegaskan:Sesungguhnya Allah meninggikan martabat sesuatu kaum dengan Al-Quran ini (yakni ilmu tentang Al-Quran) dan merendahkan martabat yang lain kerananyaIlmu inilah yang dinyatakan oleh Allah akan direnggut dan dicabut daripada sesuatu kaum dengan dimatikan golongan orang Alim dalam kalangan sesuatu kaum itu. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud:Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu (ilmu agama) daripada umat manusia dengan sekali renggut. Akan tetapi Dia mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama’. Sehingga apabila tiada lagi seorang Alim pun hidup maka orang ramai menjadikan orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka mereka (para pemimpin itu) ditanya, lalu mereka berfatwa tanpa ilmu. Maka dengan demikian mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain (Muttafaqun ‘Alaih)
Apakah peranan ulama’ di dunia ini sehingga martabat mereka begitu tinggi? Peranan ulama’ antara lain ialah:
Sebagai pewaris para Nabi atau penyebar ajaran yang dibawanya.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun Dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)
Ulama’ mengajar dan memperkukuh akidah, syariah dan akhlak Islam. Ulama’ yang tidak menyebarkan dakwah dan perjuangan Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w maka mereka bukan ulama’ yang sebenar
Kefahaman hidup seperti budaya, politik, ekonomi dan lain-lain daripada perspektif Islam hendaklah menjadi butiran ilmu yang diajar oleh ulama’ kepada orang ramai. Mereka berperanan melurus dan menjernihkan umat daripada palitan dan saki-baki fahaman jahiliyyah, khurafat dan perkauman yang masih tebal yang boleh menghakis akidah Islam
Ulama’ adalah contoh budaya takut kepada Allah dan menjadi model akhlak Islam. Sikap dan perilaku ulama’ adalah mempamerkan kelakuan dan akhlak Islam yang lengkap dalam memerintah, mentadbir, memimpin, menjadi pemimpin keluarga dan sebagainya. Ulama’ bukan dari kalangan mereka yang melakukan perkaraperkara buruk seperti rasuah dan lain-lain lagi
Ulama’ adalah golongan yang prihatin dan mementingkan kerja membela penderitaan umat dan berusaha mereformasikan kehidupan sosiopolitik, budaya, ekonomi dan sebagainya. Mereka adalah golongan yang terlibat berjihad untuk menobatkan pemerintahan menurut lunas-lunas ajaran Islam. Mereka berusaha memartabatkan kedudukan umat dalam setiap lapangan agar menjadi khaira ummah demi menunaikan amanah dan tanggungjawab ilmu mereka
Ulama’ mestilah dijadikan sebagai tempat rujukan dan pembimbing umat daripada setiap kekalutan pemikiran dan kesesatan fahaman oleh simpang-siur ajaran dan ideologi ciptaan manusia. Sebab itu usaha menghalang ulama’ daripada menyampaikan ajaran agama adalah suatu kesalahan. Sebagai contoh, menyusahkan ulama’ menyampaikan ajaran Allah dengan memenjarakan ataumengenepikan mereka daripada khalayak ramai adalah satu usahamemadamkan sinar agama Allah di mana jua pun. Usaha para ulama’yang berani menyatakan kebenaran seperti yang diajarkan oleh Islam Khutbah Jumaat 14 Januari 2011: Peranan UlamaJabatan Agama Islam Selangor7adalah lambang perjuangan dan jihad mereka menyampaikan Islamwalaupun dimusuhi oleh mereka yang anti ulama’
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kelanamuslim.blogspot.com/2015/03/peranan-ulama.html