Pergi Permata Ulama Nusantara Syeikh Fahmi Zam Zam




 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ingin di maklumkan guru yang mulia Syeikh Fahmi Zam-Zam telah meninggal dunia pagi tadi. Marilah kita sedekah fatihah kepada beliau. Semoga Allah tempatkan guru yang mulia dengan para solihin. Insha Allah.

BIODATA SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL BANJARI AN NADWI AL MALIKI DAN CORETAN KISAH GURU BELIAU
Ahmad Fahmi bin Zamzam atau nama pena-nya Abu ‘Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki dilahirkan di Amuntai dari suku Banjar di Banjarmasin, Kalimantan Selatan (Borneo), Indonesia pada 9 Jun 1959M. Pada mulanya beliau menuntut ilmu di daerah Amuntai, kemudian melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Darus-Salam Martapura sampai ke tingkatan ‘Aliyah (tertinggi). 

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Yayasan Pesantren Islam, Bangil, Jawa Timur sebelum berangkat ke Uttar Pradesh, India pada tahun 1980M dan berguru kepada Samahatus-Shaykh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi rah. (wafat 1420H/1999M) sehingga awal tahun 1984M. Banyak ilmu yang didapatnya dari Sayyid Abul Hasan An-Nadwi dan para tokoh ulama lain di sana. Pada tahun 1985 ia kembali ke India untuk menyelesaikan pelajarannya pada tingkat sarjana (MA) dalam bidang Dakwah dan Sastra Arab yang diselesaikannya tahun 1987.Pada tahun 1408H/1988M, beliau sempat berguru dengan Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani rah. (wafat 1410H/1990M) di Makkah al-Mukarramah dan mendapatkan “Ijazah Ammah”dalam ilmu hadits dari gurunya itu. 
Beliau juga sempat berguru dengan Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani, seorang ulama’ besar dari Makkah al-Mukarramah (wafat 1425 H/2004 M), hingga dianugerahi oleh guru yang sangat mencintai dan dicintainya ini gelar “Al-Maliki” pada tahun 2002 atas pemahamannya yang mendalam dalam persoalan-persoalan agama.
Pada pertengahan tahun 1984, beliau mula berkhidmat di Maahad Tarbiyah Islamiyah, Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Selama di Kedah, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki sering menyampaikan pengajaran di masjid-masjid, terutama di Kedah. Sebagai seorang guru yang tinggi ilmunya, pengajaran-pengajarannya mendapat sambutan hangat dari masyarakat.

Selain itu, ia juga diminta oleh Radio RTM Kedah untuk mengisi ruang Kemusykilan Agama (Masalah-masalah Agama), yang disiarkan secara langsung sejak tahun 1994 sehingga 2001. Melalui acara tersebut, ia membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah-masalah agama berkaitan dengan kehidupan keseharian.

Pada tahun 2001M, beliau telah mendirikan sebuah pondok pesantren di Muara Teweh, Kalimantan Tengah, Indonesia yang seterusnya diikuti dengan sebuah pondok pesantren di Banjarbaru, Kalimantan Selatan, Indonesia pada tahun 2003M. Beliau juga merupakan Mudir, Dan yang ketiga, pada tahun 2009, ia membangun lagi pondok pesantren di Balikpapan,Kalimantan Timur. Oleh kerana itulah sejak tahun 2001, beliau sentiasa berulang alik antara Malaysia dan Indonesia.Ia juga diberi amanah memimpin Majelis Ulama Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah, periode 2004-2009Beliau juga aktif mengajar secara bulanan di Lembah Kelang iaitu Kitab Hikam Ibn ‘Athoillah di Anjung Rahmat ABIM, kuliah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid al-Falah USJ 9 dan kuliah Kitab Qul Hadzihi Sabili di Pusat Pengajian Ba'Alawi. Beliau juga mengadakan pengajian kilat untuk mengkhatamkan kitab-kitab seperti kitab Ayyuhal Walad, Bidayatul Hidayah, Bustanul ‘Ariffin dan-lain-lain.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih daripada 15 buah buku, baik karangan beliau sendiri, terjemahan, ataupun tahqiq kitab-kitab karangan ulama’ silam Nusantara seperti kitab karangan Shaykh Abdus Samad al-Falimbani (KItab Sairus Salikin – 4 Jilid) dan Hidayatus Salikin. 
Manakala kitab-kitab yang telah beliau terjemahkan termasuklah kitab Bidayatul Hidayah dan Ayyuhal Walad karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rah., Bustanul Arifin karangan Imam an-Nawawi rah. dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi rah. Di antara buku-buku karya beliau ialah:1. Empat Puluh Hadits Peristiwa Akhir Zaman;2. Empat Puluh Hadits Penawar Hati;3. Empat Puluh Hadits Kelebihan Ilmu dan Ulama;4. Empat Puluh Hadits Akhlak Mulia;5. Terjemahan Bidayatul Hidayah;6. Terjemahan Ayyuhal Walad (Al-Ghazali);7. Terjemahan Lamiyah Ibnu Wardi;8. Terjemahan Bustanul Arifin;9. Terjemahan Qasidah Burdah Imam al-Busiri;10. Kiamat Hampir Tiba;11. Riwayat Hidup Sayyid Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi;12. Riwayat Hidup Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani;13. Tahqiq Sairus Salikin;14. Tahqiq Hidayatus Salikin15. Bekal Akhirat, dan masih banyak lagi yang lainnya.
SEDIKIT CORETAN KISAH GURU BELIAU YANG HEBAT (AL ALLAMAH  AL MUHADDIS PROFESSOR DR SAYYID MUHAMMAD IBN ALAWI IBN ABBAS AL MALIKI AL HASANI)Nama Al-‘Allamah Al-Muhaddith Professor Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi ibn ‘Abbas al-Maliki al-Hasani bukanlah suatu nama asing dalam dunia Islam masa kini. Beliau adalah merupakan seorang ulama yang tersohor, yang sangat dikagumi keilmuannya sama ada oleh lawan mahupun kawan. Cuma mungkin, disebabkan ramai umat Islam pada hari ini sudah jauh daripada tradisi Islam dan lebih terhimbau dengan budaya dan aliran pemikiran Barat maka ramai juga di kalangan umat pada hari ini tidak mengenali nama-nama besar seperti Al-‘Allamah Al-Muhaddith Professor Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi ibn ‘Abbas al-Maliki al-Hasani. Beliau yang mesra di kalangan anak muridnya dengan gelaran Abuya kerana sifat kebapaannya yang begitu mencintai anak-anak murid beliau , merupakan seorang ulama yang lahir daripada keturunan para ulama, daripada ketuurunan suci dan mulia, keturunan Sayyiduna Hassan as cucu kepada Sayyiduna Rasulullah saw. Dalam suasana di mana umat Islam pada hari ini berada dalam kecelaruan pemikiran, maka adalah perlu untuk kita kembali merujuk dan berpegang teguh dengan para ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah yang muktabar dan yang diiktiraf agar kita sentiasa berada di atas landasan kebenaran dengan izin dan Rahmat daripada Allah swt. 
Beliau seorang ulama yang semerbak harum namanya di serata dunia, terutama di kalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau  adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam). Beliau adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. 
Beliau ulama rabbani di abad ini. Beliau ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.
Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau  di dalam syairnya :Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya.Sedikitpun beliau tidak terlukaiBahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya,namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannyaPendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar,yang telah memimpin umat ini di masa silamTatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku.Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allamah al-Muhaddits al-‘Arifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Maliki @ Buya Maliki.
KISAH KAROMAH PASCA KEWAFATAN BELIAUBeberapa tahun pasca kewafatan beliau muncul karomah yang sangat menakjubkan, seperti yang diberitakan Majalah Al-Kisah edisi tahun 1432/1433 H. (dari sumber Al-Habib Segaf bin Hasan Baharun, Bangil). Dan beberapa saksi dari murid-murid beliau diantaranya syaikh Abu zabibah, As Sayyid Muhammad Jakfar Jamalul Lail dan salah satu muhibbin bernama Basyir Malebari. Sebagaimana kebiasaan di Mekkah, makam-makam yang berusia lama akan dibongkar dan diganti dengan makam baru yang diisi oleh jenazah lain. Pada saat dilakukan penggalian makam beliau, yang pada mulanya sebagian dari mereka menyangka bahwa jenazah beliau  hancur, tapi apa dikata?, mereka dibuat tercenggang oleh jenazah beliau yang masih utuh, selepas lima tahun bahkan rambutnya tambah panjang sedikit, dengan mengeluarkan aroma wangi melebihi kayu gaharu.

Beliau selalu dituduh bidaah dan syirik oleh kaum wahabi.Jika Beliau selalu mengamalkan bidaah dan syirik seperti yang dituduhkan wahabi, kenapa jasad Beliau tidak hancur dimakan tanah. Padahal jenazah sudah sekian tahun lamanya. Subhanallah, berkat kejadian ini ramai dikalangan mereka yg berfahaman salafi-wahabi bertaubat. 
kredit Pondok Habib
https://www.facebook.com/pondokhabib/posts/10155554437521999

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudattbc.blogspot.com/2021/10/pergi-permata-ulama-nusantara-syeikh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telah Kembali Ke Rahmatullah Ayahanda Tercinta Kami Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki

Telah Kembali Ke Rahmatullah Ayahanda Tercinta Kami Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 419 hits
Telah kembali ke Rahmatullah ayahanda tercinta kamiSyeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki 23 Rabiul Awwal 1443H30 Oktober 2021M6 45 pagiPagi ni terima berita di FB berkenaan pemergian Almarhum Syeikh Ahmaf Fahmi ZamZam Al B...
Dialog Dengan Ratusan Pimpinan Pesantren Mahfud Md Ajak Ulama Jaga Negara

Dialog Dengan Ratusan Pimpinan Pesantren Mahfud Md Ajak Ulama Jaga Negara

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 152 hits
Menko Polhukam Mahfud MD menegaskan ulama dan kaum santri memiliki peran yang cukup penting dalam memerdekakan Indonesia dari tangan penjajah Hal itu disampaikan Mahfud dalam dialog virtual dengan 250 lebih pimpinan pondok pesantren dari se...
Tak Ada Masalah Menang Ulama Pas Ingatkan Pemuda Umno Padah Jika Berlagak Sombong

Tak Ada Masalah Menang Ulama Pas Ingatkan Pemuda Umno Padah Jika Berlagak Sombong

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Seorang ulama kanan PAS mentarbiah Pemuda UMNO berhubung isu hubungan di antara kedua dua parti yang ketika ini dilihat tidak menentu Anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik berkata apabila Tuhan memberi peluan...
Tukar Agama Majlis Ulama Indonesia Mohon Sukmawati Tidak Hina Islam

Tukar Agama Majlis Ulama Indonesia Mohon Sukmawati Tidak Hina Islam

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 272 hits
Sukmawati memeluk agama Hindu Rabu lalu sempena ulang tahunnya yang ke 70 Suara com JAKARTA Majlis Ulama Indonesia meminta anak perempuan Presiden pertama Indonesia Diah Sukmawati Soekarnoputri untuk tidak menghina atau mencerca agama Islam...
Memaki Muslim Biasa Itu Adalah Perbuatan Fasik Apatah Lagi Memaki Ulama Habib Ali Zaenal

Memaki Muslim Biasa Itu Adalah Perbuatan Fasik Apatah Lagi Memaki Ulama Habib Ali Zaenal

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 275 hits
Kalau kamu sedang berpuasa ada orang mengajak bergaduh dengan kamu baik ketika di kereta sewaktu jem orang beri hon kepada kita atau apa sahaja keadaan yang boleh menyebabkan marah beritahu lah lah orang itu kamu sedang berpuasa Kenapa disu...
Mungkin Dah Dapat Cop Halal Bila Penyertaan Ulama Mahfuz

Mungkin Dah Dapat Cop Halal Bila Penyertaan Ulama Mahfuz

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 186 hits
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia Bajet 2022 Perbahasan Peringkat Dasar Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke 14 SisiTVParlimen
Cerita Dalaman Pas Terlondeh Oleh Perwakilan Dewan Ulama

Cerita Dalaman Pas Terlondeh Oleh Perwakilan Dewan Ulama

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 309 hits
AHMAD DASUKI RONNIYB Dr Khairudin At takiri adalah antara menteri Pas yang dilihat sangat perform Imej beliau antara menteri yang kuat bekerja boleh menaikkan dan melonjakkan Pas Apabila ada isu yang mengatakan YB Takiri bukan calon yang di...
Majlis Ulama Indonesia Haramkan Mata Wang Kripto

Majlis Ulama Indonesia Haramkan Mata Wang Kripto

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 260 hits
JAKARTA Sebuah organisasi Islam di wilayah Jawa Timur Nahdlatul Ulama mengeluarkan fatwa melarang penggunaan mata wang kripto di Indonesia dengan mengisytiharkannya sebagai haram menurut hukum syarak lapor laman berita Wionews kelmarin Pert...
Kelantan Pas Ulama Council Approves 10 Motions

Kelantan Pas Ulama Council Approves 10 Motions

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 263 hits
The Kelantan PAS ulama council today approved 10 motions including forming a task force targeted at new voters aged 18 and above to draw their interest to the country and religion All motions were passed during the council s 50th muktamar h...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah