Peranan Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor Dalam Menangani Masalah Pelencongan Sosial
Peranan Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor Dalam Menangani Masalah Pelencongan Sosial
Assalamuakaikum, Hi korang. Hari Jumaat yang indah ini, KakYa nak kongsi dengan korang satu topik yang sangat menarik iaitu Pelencongan Sosial Di Manakah Kesudahannya? . Berat juga tajuknya tapi KakYa dapat buat sedikit kupasan kat sini selepas menonton Webinar Baitul Ehsan anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) beberapa hari lepas.
Webinar yang berlangsung selama 2 jam 23 minit anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini telah mengetengahkan beberapa panel bertauliah dalam bidang masing masing antaranya Ustaz Rif'at Basha bin Haliq Bassah (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Selangor), Encik Ahmad Faizal bin Awang (Pegawai Pencegahan & Kesedaran Awam AADK Negeri Selangor) dan Encik Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif ( Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK) serta Encik Muhammad Shafiq bin Ahmad Fozi (Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS ) selaku moderator.
Pelencongan Sosial Di Manakah Kesudahannya?
Sebelum KakYa kupas lebih mendalam mengenai Pelencongan Sosial Di Manakah Kesudahannya?, KakYa nak kongsi dengan korang maksud Pelencongan Sosial
Pelencongan sosial adalah permasalahan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja, dewasa dan juga peringkat yang lebih tua. Terdapat pelbagai pelencongan sosial yang berlaku pada hari ini antaranya jenayah syariah dan juga isu penyalahgunaan dadah
Masalah sosial pada hari ini sangat serius dan kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlu mengambil cakna dan perlu tahucara mengatasinya. Sepertimana yang kita tahu terdapat agensi agensi yang bertanggungjawap dalam mengatasi masalah ini antaranya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Pelencongan Sosial Dalam Kes Jenayah Syariah
Perkongsian daripada Ustaz Rif'at Basha bin Haliq Bassah berkenaan pelencongan sosial dalam kes jenayah syariah.
Antara contoh contoh yang telah dikongsikan mengenai pelencongan sosial dari fail jenayah syariah ialah;
1) Kecurangan Pihak-PihakEnakmen Jenayah Syariah Seksyen 25 dan 29
- Seksyen 25. Persetubuhan luar nikah- Seksyen 29. Khalwat
2) LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender)Enakmen Jenayah SyariahSeksyen 27,28, 30 dan 31
- Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina
- Seksyen 28. Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii
- Seksyen 30. Lelaki berlagak seperti perempuan
- Seksyen 31. Perbuatan tidak sopan di tempat awam
3) Gangguan Tehadap Rumahtangga Enakmen Jenayah Syariah32, 33 dan 34
- Seksyen 32. Memujuk lari perempuan bersuami
- Seksyen 33. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri- Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kebajikan.
Peranan Bahagian Undang Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor Dalam Kes Pelencongan Sosial
Kita pasti tertanya tanya apakah peranan dan juga tanggungjawap yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dalam kes pelencongan sosial ini. Peranan utama Jabatan Agama Islam Selangor untuk kes seperti ini adalah memberi kidmat nasihat dengan menyediakan perkhidmatanan khidmat nasihat sama ada nasihat rumah tangga atau nasihat kekeluargaan kepada mereka yang terlibat dalam permasalahan ini.
Semoga dengan khidmat nasihat yang diberikan dapat memberi mereka ruang dan peluang untuk menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan yang mereka dapat akibat daripada permasalahan yang membabitkan pelencongan sosial di kalangan mereka.
Pelencongan Sosial - Penyalahgunaan Dadah
Pelencongan sosial sepertimana yang kita tahu sangat sinonim dengan isu penyalahgunaan dadah. Bukan hanya golongan remaja, dewasa tetapi golongan yang berusia turut terlibat dengan masalah ini.
Pelencongan sosial yang sering dikaitkan dengan permasalahan dadah antaranya;
Jenayah ragut / MencuriMelepak / Vandalisme Ponteng sekolahKeciciran sekolahPergaulan bebas / Seks bebasKetagihan gajetPenyalahgunaan bahan
Ramai generasi muda pada hari ini yang terlibat mencari keseronokon dengan mengambil dadah dan sebagainya. Ini akan menyebabkan pertambahan kes pelencongan sosial. Berikut KakYa kongsikan antara kes kes pelencongan sosial yang direkodkan oleh PDRM, JKM, AADK dan KPM dalam tempoh lima tahun.
Kes yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Merempit Pecah rumahMeragutTangkapan dadahSamun berkumpulanSamun tanpa senjataRogol
Kes yang direkodkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Penagihan dadah dna salah guna bahan.Positif saringan urin dalam kalangan pelajar sekolah.
Kes yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikana Masyarakat (JKM)
Remaja hamil luar nikah.Lari dari rumah.
Kes yang direkodkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Keciciran sekolahPonteng sekolahBuang sekolah GangsterismPornografi MembuliVansalismeMerokokMenghidu gam
Tanda pendekatan yang sangat komprehensif, kemungkinan pada lima atau enam tahun akan datang kita akn berhadapan dengan masalah yang lebih dahsyat apabila kita berhadapan dengan sekelompok orang yang memperjuangkan tentang aktiviti pelencongan sosial yang menjadi teras kepada kehiduapan sosial dan sebagainya.
Pendekatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dalam Menangani Masalah Dadah Dan Pelencongan Sosial
Pelbagai pendekatan telah digunapakai oleh pihak AADK bagi menangani masalah ini dari terus berleluasa antaranya;
- Mendayaupayakan dan memilihhakkan peranan komuniti bagi mengekalkan kesejahteraan hidup
- Memperkasakan penglibatan rakan kerjasama dari agensi kerajaan dan NGO seterusnya membantu persekitaran sejahtera melalui tiga bidang utama iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan.
Pemantauan Dan Penilaian
Melalaui pemantauan dan juga penilaian yang telah dijalankan:
1) Pengurangan penagih baru yang dikesan- Tumpuan terhadap faktor risiko (pelencongan sosial)- Penilaian akan dibuat secara tahunan
2) Meningkatkan akses rawatan dan pemulihan- Peningkatan bilangan yang hadir secara sukarela
- Peningkatan peranan advokasi kepada isu dadah dan pelencongan sosial
3) Meningkatkan kolaborasi dan pemilihhakkan peranan
- Berdasarkan komitmen dan bilangan program yang dilaksanakan samada di peringkat agensi, NGO dan komuniti
4) Menyekat kemasukan dadah - Operasi bersepadu dan perkongsian maklumat bersama agensi
- Laporan dibuat secara tahunan
Kolaborasi Agensi Dan NGO
Menjalin hubungan yang akrab dan berkolaborasi bersama:
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)PEMADAM SelangorJAKIMUPM / IPSASSelangor FM
Tugas Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dalam Menangani Masalah Sosial Atau Pemulihan Di Negeri Selangor
Seperti yang kita tahu apabila berlakunya masalah pelencongan sosial khususnya di negeri Selangor, sesetengah daripada masyarakat hari ini mempersoalkan tugas dan juga peranan institusi agama dalam menangani masalah ini. Kita seharusnya tahu masalah sosial ini penyebab utamanya adalah kurangnya didikan agama atau penekanan pelaksanaan agama dalam hidup.
Contoh paling dekat adalah solat. Cuba kita lihat sesetengah remaja hari ini bila berbicara tentang solat akan memberi jawapan yang cukup menyedihkan, ada yang kadang kadang jer solat, kadang kadang tak solat. Ini pastinya sangat membimbangkan sekiranya bab solat tidak diberi penekanan dalam sesebuah keluarga.
Selain daripada solat, banyak lagi penyebab penyebab lain yang menyebabkan berlakunya pelencongan sosial pada zaman ini.
Fungsi Utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dalam Memberi Pemulihan, Perlindungan, Pencegahan Dan Juga Rawatan Kepada Mangsa Terlibat Dengan Masalah Sosial
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berperanan dalam memberi pemulihan, perlindungan, pencegahan dan juga rawatan kepada mangsa yang terlibat dengan masalah pelencongan sosial. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan berusaha sedaya upaya membantu golongan asnaf al riqab yang ingin berubah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik melalui Bahagian Pemulihan Ar Riqab
Asnaf Al Riqab
Asnaf Al Riqab adalah asnaf yang terbelenggu dengan suatu kuasa atai keadaan iaitu masalah sosial sehingga merampas dan menjatuhkan maruah dan kebebasan seorang muslim.
Asnaf Al Riqab terdiri daripada beberapa kriteria iaitu;
- Beragama islam
- Tiada sumber kewangan yang cukup dan halal
- Seseoarang yang ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.
Kategori Asnaf Al Riqab
Asnaf Al Riqab terdiri daripada dua kategori masalah iaitu masalah sosial dan masalah akidah.
Masalah Sosial
- Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah
- Terbelenggu dengan gaya hidup songsang
- Terbelenggu dengan masalah dadah
- Terbelenggu dengan kes juvana
- Terbelenggu dengan amalan salah islam
- Terbelenggu dengan penyakit penyakit kronik
Masalah Akidah
- Terbelenggu dengan masalah khurafat dan syirik.
Doktrin palsuMenghina islamMempersendakan Al Quran dan hadisPemujaan salahMengaku sebagai nabi
- Memurnikan akidah orang islam yang terpesong
Orang yag ingin atau berhasrat murtad.Orang yang dalam proses istitabah.
Penyediaan Program Program Bermanfaat Dari Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melaksanakan pendekatan terbaik dengan menyediakan program program bermanfaat bagi membantu golongan asnaf al riqab melalui pendekatan;
- Menyediakan rumah perlindungan pada yang terlibat dengan masalah dadah dan dibantu NGOi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
- Perlindungan dan pemulihan kepada pesakit HIV dan AIDS
- Memberi pemulihan dan motivasi kepada mereka yang terlibat
- Dipulihkan dan diberi perlindungan dan rawatan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui bahagian pemulihan Ar Riqab.
Kategori Kemasukan Ke Rumah Pemulihan Di Bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Terdapat beberapa kategori kemasukan ke rumah pemulihan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu;
- Perintah Mahkamah- Sukarela- Perlindungan
Senarai Rumah Rumah Pemulihan Al Riqab Yang Berdaftar Di Bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Berikut adalah senarai rumah rumah pemulihan al riqab yang berdaftar dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang membantu pihak MAIS dalam menjalankan pemulihan, perlindungan, dan juga rawatan
Terdapat 27 buah rumah pemulihan al riqab dan NGOi yang komited membantu MAIS dalam menjalankan tugas tugas dan tanggungjawap terutamanya di rumah kebajikan yamg terlibat dengan masalah dadah, HIV dan AIDS.
Untuk pengetahuan pembaca blog KakYa, di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terdapat tiga buah pusat pemulihan yang sepenuhnya dioperasikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu;
Pusat Perlindungan Wanita Baitul EhsanPusat Pemurniaan Akidah Baitul ImanPusat Pemulihan Baitul Islah
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan bahagian pemulihan Ar Riqab sila ke;
Laman Web: Majlis Agama Islam Selangor
Bahagian Pemulihan Ar Riqab
Sektor Pembangunan Sosial
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Kompleks MAIS Klang
Tingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAIS
Lot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar
41050 Klang, Selangor.
No Tel : 03-33614000 / 03-33614080
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2022/09/peranan-dan-tanggungjawap-majlis-agama-islam-selangor-dalam-menangani-masalah-pelencongan-sosial.html