Usaha Mais Agensi Terlibat Bantu Keluar Dari Belenggu Masalah Sosial


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Entri kali ni, YF nak berkongsi usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan dengan sokongan agensi berkaitan untuk membantu golongan yang terjebak dengan masalah sosial mencari jalan keluar dari "dibelenggu" selamanya. YF pun baru tahu juga inisiatif MAIS ni sebab mengikuti satu slot Webinar Baitul Ehsan, anjuran MAIS di Facebook bertajuk "PELENCONGAN SOSIAL, DIMANAKAH KESUDAHANNYA?"

Terima kasih untuk para panel yang terlibat dalam menjayakan webinar ini yang fokusnya pada isu "PELENCONGAN SOSIAL" di dalam komuniti Islam. Webinar ini turut berkongsi usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu golongan ini di Negeri Selangor khususnya. Berikut senarai panel dan moderator webinar Siri 2:
1) Ustaz Rif’at Basya bin Halik Bassah (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang-Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor)
2) Saudara Ahmad Faizal bin Awang (Pegawai Pencegahan & Kesedaran Awam AADK Negeri Selangor)
3) Saudara Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif (Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK)
4) Moderator - Saudara Muhammad Syafiq bin Ahmad Fozi (Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS)
Ada Apa Dengan "Belenggu"?
Dari tadi YF dok bagitahu belenggu, belenggu tu kenapa ya? Tstksktsksk! Bolehlah baca hat bawah ni takut YF ringkaskan ikut ayat YF, tak sampai plak maknanya nanti haaa. 😂
Sudut Istilah:Perkara yang menghalang dari seseorang bebas dan merdeka sepertimana haiwan peliharaan yang diikat lehernya.
Sudut Bahasa:Ar-Riqab yang merupakan perkataan jamak bagi Ar-Raqaba, bermaksud tengkuk atau leher.
Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor (2009):Riqab adalah seseorang yang beragama Islam yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya dan tidak berkemampuan untuk membebaskan dirinya daripada kebelengguan tersebut.
Ayat 60, Surah At-Taubah:Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Keputusan Fatwa Negeri Selangor (7 Jun 2012):Belenggu adalah kuasa luaran atau keadaan yang merampas dan menjatuhkan maruah dan kebebasan seorang muslim termasuklah individu yang terlibat dengan masalah sosial dan akidah seperti berikut:-
1) Masalah sosial:-
    a) Terbelenggu dengan dadah:Penagih dadahBekas penagih dadah     b)

     c)

   d)

    e) Terbelenggu dengan kes juvana yang terlibat dengan:GangsterHarta bendaPergaduhan yang melibatkan kecederaan (rompak, pecah rumah, rogol)Peralatan senjata yang merbahayaUgutan yang melibatkan keganasan
    f) Terbelenggu dengan penyakit kronik:Penyakit HIV/AIDSKanser/barahTibiHepatitisDan lan-lain2) Masalah Akidah:
    a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:Doktrin palsuMengaku menjadi nabiMenghina IslamPemujaan salahMempersendakan Al-Quran dan Hadis    b) Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong:Orang yang ingin/ berhasrat murtadOrang yang dalam proses Istitabah (Seseorang yang diertikan sebagai Islam, tetapi mengamalkan cara hidup bukan Islam seperti menyembah berhala atau telah melaksanakan “deed poll” (pengakuan menolak Islam) tidak boleh dihukum sebagai murtad atau disifatkan telah murtad melainkan setelah memperoleh suatu perintah bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah. - JAKIM)Apakah Syarat Untuk Digelar Asnaf Al-Riqab?
Mengikut fatwa yang dinyatakan di atas tadi juga, ahli-ahlinya telah memberikan satu garis panduan bagi mengelaskan golongan asnaf Al-Riqab ni supaya bantuan yang diberikan tidak diberikan kepada orang yang tidak layak atau yang cuba mengambil kesempatan ke atas inisiatif ini. Antara kriteria penting adalah:
1) Beragama Islam
2) Tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
3) Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain
4) Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi
5) Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak MAIS dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS
Bagaimana MAIS Berikan Bantuan & Mengwar-warkan Program Ini?
Untuk memudahkan urusan berkaitan program ini, Bahagian Pemulihan Al-Riqab telah digerakkan bagi melaksanakan penyerahan bantuan secara sistematik kepada Asnaf Al-Riqab ni.
Bantuan akan disalurkan oleh pihak MAIS melalui perantara dari agensi-agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGOi) atau individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum syara’ yang berfungsi untuk melaksanakan tugas-tugas berkaitan golongan ini supaya merkea dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan berlandaskan dengan ajaran Islam.
Selain itu, maklumat dapat dihebahkan dengan lebih luas dan mudah dengan bantuan agensi-agensi ini. Antara agensi/ individu yang terlibat ialah:

Perlu Atau Tidak Bantu Golongan Asnaf Al-Riqab?
Kalau secara logiknyalah kan, gelaran ASNAF itu saja pun kita boleh fikir, bahawa mereka ini memang perlu diberikan bantuan dan sokongan yang sepatutnya dari institusi, agensi dan juga masyarakat sekeliling

Selain tu, apa yang YF faham bila tengok webinar tu dan singgah laman web MAIS, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada tahun 2011, sumber kutipan zakat setiap tahun tu kan, telah digunakan bagi membantu membebaskan umat Islam yang terbelenggu dengan masalah-masalah sosial itu tadi, seterusnya memastikan mereka bertaubat dan kembali menjalani hidup di jalan Allah. InsyaAllah.
Bantuan yang diberikan kepada Asnaf Al-Riqab:Manfaat zakatSewa rumahBantuan modal perniagaanBantuan perubatanSelain itu juga, bantuan kewangan bulanan kepada individu yang menjaga golongan ini turut disediakan oleh pihak MAIS supaya mereka dapatlah gunakan duit tu untuk menggalakkan Asnaf Al-Riqab datang ke kelas-kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak MAIS. Nak jadi sukarelawan pun, kena guna duit hokeh! 😂
Rumah Pemulihan Majlis (RPM)
Nak masuk RPM ni, perlu ada sebab yang jitu ya. Bukan suka-suka nak masuk, saja-saja nak try ke apa. Jangan susahkan kerja orang lain ya kawan-kawan semua? 😚
Kalau nak tahu, RPM ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak MAIS tau. Moga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran kepada yang terlibat. Amin! 🤲
Kategori kemasukan ke RPM ni bergantung kepada:


Ada 3 pusat di bawah naungan RPM ni:

1) Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan – khusus untuk wanita yang terlibat dalam masalah pelencongan sosial

2) Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman – khusus untuk lelaki yang terlibat dalam masalah pelencongan sosial

3) Pusat Pemulihan Baitul Islah – kolobrasi pusat pemulihan antara MAIS dan AADK khusus pesakit-pesakit HIV dan Dadah

Berikut antara senarai nama RPM dan kategori masalah yang diutamakan:






YF juga ada lah letak sedikit info berkenaan Rumah Pemulihan Majlis Agama Islam Selangor di sekitar Lembah Klang untuk rujukan pantas korang. Tahu. Malas nak klik klik klik kannnn. Kihkihkih!🤭
Bahagian Pemulihan Al-RiqabTingkat 3, Kompleks MAIS Klang,Lot 336, Jalan Meru Off Jalan Kapar,41050 Klang, Selangor Darul EhsanTel: 03-3361 4080 | Faks: 03-3361 4100
Baitulmal Daerah Sabak BernamJalan Parit 1 Timur, 45300 Sungai Besar,Selangor Darul EhsanTel: 03-3216 1286 / H/P: 016-264 7694
Pusat Pemurnian Akidah Baitul ImanLot PT 8789, Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Baharu,44300 Batang Kali, Selangor Darul EhsanTel: 03-6075 1558 / H/P: 018-311 7223 | Faks: 03-6075 1548
Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADKLot PT 20304, Jalan Air Terjun Serendah,48200 Serendah, Selangor Darul EhsanH/P: 019-372 9627/ 019-372 7449/ 017-889 8982 | Faks: 03-5512 4042
Kalau korang berminat nak tahu lebih detail, bolehlah jenguk-jenguk laman web MAIS/ eRiqab ya

Bendung "Pelencongan Sosial" Dari Meningkat
Tadi YF dah share kan, antara usaha-usaha pihak MAIS dan agensi lain dalam menangani golongan ini supaya kembali hidup normal. YF juga tertarik dengan perkongsian panel dari AADK iaitu langkah-langkah untuk membendung isu ini dari meningkat dan semakin parah. Mengikut beliau, antara perancangan yang cuba diketengahkan melalui kaedah:

Beliau juga turut berkongsi bahawa untuk membendung dan mengurangkan golongan ini dari bertambah bilangannya, semua pihak termasuk masyarakat dan kerajaan memainkan peranan yang sangat penting iaitu:

Untuk itu, YF ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada pihak MAIS & semua institusi/ agensi/ individu perseorangan yang menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Benda ni buat YF sentiasa berjaga-jaga dalam bersangka-sangka dengan orang. Kalau tak tahu, jangan bersangka and buat andaian buruk. Kalau tahu cerita sebenar, doakan je yang terbaik. Gituuuu.
Seterusnya, adalah tanggungjawab kita sendiri untuk turut sama menyumbang dalam membendung dan menangani masalah sosial ini. Tepuk dada, tengok-tengoklah sikit orang sekeliling, mana yang boleh dibantu, kita bantu. Haip! Bukan suruh tengok 'kain dalam' orang yaaa. 😡


Majlis Agama Islam Selangor | Tingkat 9 & 10, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan | 03-5514 3762 Isnin - Jumaat | 8:00 AM - 5:00 PM | [email protected]


----------------------------------YF: Semoga kita semua dilindungi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yuliafajrin.com/2022/09/usaha-mais-agensi-terlibat-bantu-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Masalah Sosial Kelantan Serius

Mengapa Masalah Sosial Kelantan Serius

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 208 hits
Katanya pemimpin PAS hanya memikirkan diri serta poket mereka sendiri dan perlu ditolak pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Mereka yang korap mereka yang rasuah mereka yang tidak menjaga kebajikan rakyat kita buang jauh jauh tegas Young Syef...
Peranan Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor Dalam Menangani Masalah Pelencongan Sosial

Peranan Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor Dalam Menangani Masalah Pelencongan Sosial

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 245 hits
Peranan Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor Dalam Menangani Masalah Pelencongan SosialAssalamuakaikum Hi korang Hari Jumaat yang indah ini KakYa nak kongsi dengan korang satu topik yang sangat menarik iaitu Pelencongan Sosial Di M...
Diorang Terburu Buru Keluar Dari Simpang Remaja Maut Digilis Lori Ketika Berbasikal Dengan Rakan Rakan

Diorang Terburu Buru Keluar Dari Simpang Remaja Maut Digilis Lori Ketika Berbasikal Dengan Rakan Rakan

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 196 hits
The ReporterSeorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut digilis lori ketika sedang berbasikal bersama beberapa rakannya Menurut sumber kejadian itu berlaku pada jam 3 05 petang Rabu 7 September 2022 di Pekan Meru Klang yang membabitkan mang...
Stress Sampai Susu Badan Tak Keluar Dua Anak Terkesan Puteri Sarah Sebak Imbau Dugaan Rumah Tangga

Stress Sampai Susu Badan Tak Keluar Dua Anak Terkesan Puteri Sarah Sebak Imbau Dugaan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 185 hits
Berdepan kemelut rumah tangga yang tiada berkesudahan sememangnya memberi kesan yang teramat mendalam buat pelakon Puteri Sarah Liyana Berkongsi kisah duka yang dilaluinya menerusi satu temubual Puteri Sarah mengalirkan airmata bila mengena...
Banyak Pengarah Hebat Akan Keluar Jik Lpf Lebih Longgar Syafiq Yusof

Banyak Pengarah Hebat Akan Keluar Jik Lpf Lebih Longgar Syafiq Yusof

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 198 hits
Syafiq Yusof menyatakan bahawa antara punca pengarah gagal untuk merealisasikan karya yang baik ialah berpunca dari kekangan dari Lembaga Penapisan Filem Dalam satu temubual bersama Syafiq Yusof memberikan pendapat berkenaan penghasilan Aba...
Puteri Sarah Akui Stres Pernah Pukul Anak Susu Badan Tak Keluar

Puteri Sarah Akui Stres Pernah Pukul Anak Susu Badan Tak Keluar

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 211 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui berdepan pelbagai tekanan sewaktu melalui kemelut rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof Menerusi temu bual eksklusif bersama Majalah Nona baru baru ini pelakon berusia 37 tahun i...
Terkini Kwsp Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan Untuk Keperluan Peribadi

Terkini Kwsp Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan Untuk Keperluan Peribadi

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 227 hits
Baru baru ini Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor mencadangkan kerajaan supaya membenarkan pengeluaran wang khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut kategori dan keperluan bagi mengurangkan beban kehidupan sekarang Penge...
Bawa Anak Keluar Cari Matahari Tanah Doktor Kongsi Petua Kalau Anak Batuk Tak Henti

Bawa Anak Keluar Cari Matahari Tanah Doktor Kongsi Petua Kalau Anak Batuk Tak Henti

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 209 hits
Musim anak selesema dan batuk kadang kadang buat mama papa jadi risau Mana tidaknya selesema dan batuk boleh berjangkit pada adik beradik yang lain Biasanya kalau anak selesema dan batuk kita akan elak daripada bawa anak keluar Tapi kali in...
5 Punca Masalah Najis Hijau Yg Anda Perlu Tahu

5 Punca Masalah Najis Hijau Yg Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 159 hits
Apakah punca kepada masalah najis hijau Artikel ini akan membincangkan punca dan rawatan kepada masalah ini Pengenalan Najis adalah produk perkumuhan bahan makanan dan minuman manusia Apabila kita makan pencernaan bermula seawal di dalam mu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator